Rabu, 11 September 2019

Sindiket jual Mykad palsu tumpas. Pegawai berpangkat tinggi ditahan

▪️Jual MyKad dengan harga RM100,000 - RM600,000 kepada warga asing terutamanya warga China.

▪️Satu kegiatan sindiket terdiri 20 individu termasuk kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) P. Pinang telah ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan kes penjualan MyKad kepada warga asing.

▪️Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, tangkapan itu dilakukan pada 19hb Ogos 2019 lagi oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) P. Pinang dan Bahagian (D14) Siasatan Jenayah Terancang Bukit Aman.

▪️Kesemua mereka berusia 32 - 70 tahun ditahan dalam operasi khas susulan penahanan beberapa suspek terdahulu.

▪️“Mereka ditahan terdiri 17 warga tempatan termasuk 2 wanita, masing2 satu lelaki dan wanita warga China serta seorang lelaki warga India ditahan bagi membantu siasatan.

▪️“Kesemua mereka yang ditahan melibatkan ejen, orang tengah, penganjur, pemilik kad pengenalan, sijil lahir dan pasport Malaysia palsu,”

▪️Media dimaklumkan, kes pemberian 5 MyKad itu tiada kaitan dengan JPN kerana ia berpunca daripada sindiket penipuan, manakala seorang lagi wanita China diberikan MyKad kerana beliau berkahwin dengan warganegara Malaysia hampir 20 tahun.

▪️Ketua Pengarah JPN, Ruslin Jusoh dilaporkan berkata, wanita itu yang memiliki status Penduduk Tetap dan kad pengenalan merah, diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 2017.

▪️Hasil tangkapan itu, PDRM turut merampas 38 telefon bimbit, pasport (34), kad pengenalan (11) , komputer riba (6).

▪️Turut dirampas ialah 58 salinan pasport, salinan kad pengenalan (6) dan buku daftar pesuruhjaya sumpah (4), beberapa dokumen JPN, kereta (6) dan wang tunai bernilai RM38,340.21

▪️Kesemua 20 individu berkenaan ditahan mengikut Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2010.

▪️“Siasatan dibuat mengikut Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) SOSMA 2012 dan direman selama 28 hari di bawah Seksyen 4(5) Akta SOSMA 2012.
1.
https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sindiket-jual-mykad-palsu-tumpas-1.969302
2.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/09/11/sindiket-jual-mykad-tumpas-pegawai-berpangkat-tinggi-dtahan/
3.
https://www.msn.com/en-my/news/berita/sindiket-jual-mykad-tumpas-pegawai-berpangkat-tinggi-dtahan/ar-AAH8dsT?li=BBr8Hnu


Oleh:
Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan