Rabu, 11 September 2019

Dua ADUN DAP Perak letak jawatan dalam parti

Dua ADUN DAP di Perak meletakkan jawatan dalam jawatankuasa DAP negeri itu.

ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Keng meletakkan jawatan sebagai Timbalan Bendahari manakala ADUN Pokok Assam, Leow Thye Yih meletakkan jawatan sebagai Penolong Setiausaha Organisasi DAP.

Peletakan jawatan mereka kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung kedudukan anggota Exco Kerajaan Negeri, Paul Yong Choo Keong yang sedang menghadapi tuduhan merogol pembantu rumahnya.

Cheok Keng juga peguambela Paul Yong berkata, peletakan jawatan itu adalah muktamad dan berkuatkuasa serta-merta.

“Kami tidak berpuas hati dengan berita yang kita dengar pagi ini (11hb September 2019) bahawa jawatan Exco YB Paul Yong akan dibincang pada peringkat PH Perak dengan tidak memberitahu kami terlebih dahulu bahawa isu ini akan dibincang pada peringkat itu.

“Pada pandangan kita, sekiranya jawatan YB Paul Yong akan dibincang pada peringkat PH ia perlu dibincangkan terlebih dahulu pada peringkat Jawatankuasa DAP Perak,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, pada Rabu (10hb September 2019).

Keputusan muktamad itu diakui dibuat tanpa berunding terlebih dahulu dengan Kor Ming selaku Pengerusi DAP negeri, namun kedua2 menegaskan mereka masih ahli parti dan taat kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Kenyataan Kor Ming yang disiarkan di dalam beberapa portal berita pada 11hb September 2019 menyatakan kedudukan Paul Yong akan dibincangkan oleh PH Perak.

Menurut Cheok Keng, mereka khuatir jika isu itu dibincangkan, kedudukan Paul Yong mungkin akan terjejas sedangkan di dalam mesyuarat parti sebelum ini mereka sepakat bahawa Exco berkenaan tidak bersalah dan sepakat pertahankannya.

Thye Yih turut membidas Kor Ming apabila mendakwa semua jawatan pada pemilihan jawatankuasa negeri ditentukan oleh Ahli Parlimen Teluk Intan itu sendiri dan bukannya secara bergilir2 menurut perlembagaan parti.

Thye Yih menegaskan bahawa jawatankuasa tersebut tidak sah termasuk juga jawatan Pengerusi DAP Perak. Ini bukan lagi Democratic Action Party (DAP) tetapi di bawah naungan Kor Ming, ia sudah menjadi 'Dictator Action Party'
1.
https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-adun-dap-perak-letak-jawatan-dalam-parti-217245%3famp=1
2.
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/dua-adun-letak-jawatan-dalam-jawatankuasa-dap-perak-1.969006

Oleh
Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan