Sabtu, 7 September 2019

TS Zeti Disyaki Melakukan Salah Guna Kuasa Semasa Beliau Sebagai Gabenor BNM.


▪️Pada 21hb Ogos 2019 blogger "another brick in the wall" telah meluahkan rasa terkejut apabila sumber awam memberitahu bahawa ada akaun pasangan (spouse) bekas Gabenor BNM dibekukan pihak berkuasa di Singapura, tetapi maklumat tersebut tidak menyatakan nama, sebab dan alasan2 kenapa akaun tersebut dibekukan.

▪️Blogger ini menyenaraikan 8 bekas Gabenor BNM. Apabila diselidiki menerusi pencarian di laman sesawang, didapati nama TS Zeti dan keluarganya pernah disyaki terlibat dengan skandal yang berlaku tahun 2005 berkenaan penggabungan Southern Bank Bhd (SBB) dan Kumpulan CIMB. FYI:, TS Zeti menjadi Gabenor BNM dari 1hb Mei 2000-28hb April 2016.

▪️Urusan pembelian Southern bank mula dicurigai wartawan WSJ Leslie Lopez yang telah  mendedahkan perkara tersebut pada 14hb Disember 2005. WSJ mengaitkan faktor utama iaitu "kuasa" bank pusat (BNM) tidak meluluskan tawaran pembelian dari Asia General Holdings Ltd (AGHL) Singapura tanpa alasan.

▪️Apakah asasnya dakwaan Leslie Lopez wartawan WSJ ini?. Bagi merungkai persoalan ini, fakta akan dianalisa dari permulaan SBB "setuju" terima tawaran dari AGHL sehingga faktor SBB-BCHB bergabung.

▪️Pada 18hb Ogos 2005 SBB mengumumkan bahawa pihak mereka berpuas hati di atas tawaran berjumlah SGD918.75 juta (RM2,071.78 juta) dari AGHL secara tunai. Manakala pada 23hb Ogos 2005, Bursa Malaysia pula secara rasmi mengumumkan telah menerima proposal pengambilalihan SBB oleh syarikat AGHL. Proses kelulusan (approval) bidaan ini hanya bergantung kepada BNM. Deposit RM50 juta telah dibayar secara tunai oleh AGHL.

▪️Dalam pada itu, laporan The star 22hb Oktober 2005 telah memaklumkan yang Kumpulan Commerce Asset-Holding Bhd (CAHB) menerima kebenaran dari pihak BNM bertarikh 21hb Oktober 2005 untuk memulakan rundingan dengan pihak SBB. CAHB pula memberitahu Bursa Malaysia yang rundingan akan dimulakan dengan mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah, berjumpa Datuk Syed Mohd Yusof Syed Nasir dan lain2 pemegang saham utama SBB. Hampir 28% saham utama SBB dipegang Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Datuk Syed Yusof.

▪️Setelah mendapat kebenaran dari BNM, The star pada 13hb November 2005 memberitahu pihak CIMB Bhd mengalu2kan pihak SBB berbincang sebarang syarat2 bidaan penggabungan yang bakal dikemukakan. Walau bagaimana pun, CIMB berdepan dengan sambutan dingin (initial cool reception) dari CEO SBB Tan Teong Hean.

▪️Pihak SBB menyedari BNM telah membenarkan BCHB mencelah. Maka laporan the star pada 16hb November 2005, memaklumkan bahawa pemilik SBB telah memohon sokongan penuh ahli lembaga pengarah mereka agar tiada bantahan pada EGM nanti. Pembelian saham oleh AGHL berdasarkan 51.58% pegangan saham SBB sebagai "option agreement". Manakala "option agreement" pula bersandar kepada bidaan harga SGD12.25 seunit saham AGHL untuk nilai SGD473.92 juta keseluruhan.

▪️Ekoran dari itu, the star pada 3hb Disember 2005 melaporkan Datuk Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir telah menghantar satu surat rasmi kepada TS Tan Teong Hean CEO SBB untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi SBB. Beliau juga merupakan non-independent director dan non-executive director yang memiliki saham langsung (direct share) 62.5 juta unit bernilai RM1 sesaham, juga mempunyai 275.621 juta unit saham secara terus (direct) di dalam Ramuda Sdn Bhd, saham tidak langsung (indirect share) Killinghall (M) Bhd dan Ramuda Mining Sdn Bhd. Beliau meletak jawatan atas faktor mahu mengelak dari wujudnya "conflict of interest" kerana diri beliau juga ada kepentingan di dalam BCHB.

▪️Laporan the star pada 13hb Disember 2005 menyatakan SBB menerima surat jawapan BNM bertarikh 6hb Disember 2005 memaklumkan proposal mereka tidak diluluskan. BNM hanya mencadangkan kepada SBB supaya mencari alternatif lain selain dari syarikat insuran hayat. Ekoran dari itu, SBB telah menghantar segera surat pada 7hb Disember 2005 memohon satu penjelasan pihak BNM sebab2 proposal AGHL tidak diluluskan (declined).

▪️Dalam satu sidang media SBB yang diadakan pada tarikh 12hb Disember 2005, pengarah Non-Eksekutif Ian Buchanan meminta BNM lebih transparen kerana pihaknya meluangkan masa setahun menilai pembida. Pihak SBB ingin tahu apa faktor terkurang dan apa yang pihak SBB tidak tahu tetapi BNM tahu.

▪️Manakala The star pada 17hb Disember 2005 menekan ulasan kepada perkembangan yang dianggap 3 penjuru antara Southern Bank Bhd (SBB), Asia General Holdings Ltd (AGHL) dan CIMB Bhd yang masing2 berusaha yakinkan CEO SBB TS Tan Teong Hean. Meski pun rundingan tersebut dihangatkan oleh liputan media, tetapi ianya tidak dapat dibanding dengan percubaan kontroversi "twist and turn over" AGHL dan CIMB Bhd yang boleh ditafsir sebagai gangguan kepada CEO SBB.

▪️Beliau berada ditengah antara 2 personaliti terhebat iaitu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Datuk Syed Mohd Yusof Syed Tahir. TS Tan Teong Hean mengenali Sultan Selangor sejak tahun 1970-an lagi. Sultan Selangor dan Datuk Syed Yusof memiliki 58% saham Killinghall dan Ramuda yang mengawal SBB.

▪️Pada 13hb Januari 2006, the star melaporkan munculnya Datuk Chua Ma Yu bekas stockbroker juga "founder" RHB "partner" TS Rashid Hussein yang berminat untuk membeli saham Killinghall Bhd. Beliau pasti memiliki 14.1% saham Killinghall (M) Bhd bersamaan 28.2 juta unit melalui belian tunai bernilai RM112.8 juta.

▪️Mengikuti rapat Datuk Chua ialah "pembeli misteri" yang membeli 3.8 juta unit saham Killinghall (M) Bhd dan 45.7 juta unit saham ICULS Killinghall juga dibeli "pembeli misteri". Kesemuanya memberi nilai pegangan 21.27% dalam ekuiti Killinghall.

▪️Siapa pembeli misteri (mysterious buyer) ini?. Adakah Datuk Tawfiq Ayman suami TS Zeti Gabenor BNM?. Kenapa perlu dirahsia nama pemegang saham Killinghall (M) Bhd di saat wujud unsur2 kontroversi dalam pengambilalihan SBB?. Adakah wujud juga unsur2 "insider trading"?.

▪️FYI:Killinghall (M) Bhd adalah pemegang saham terbesar di dalam SBB. SBB pula sasaran pembida utama BCHB.

▪️The star 20hb Januari 2006 melaporkan SBB yang disebut bakal bergabung dengan CIMB telah menjelaskan prinsipnya, mereka akan melihat potensi pasaran (market driven) yang ditawarkan oleh pembida. Jika pembida tidak dapat menepati jangkaan, pihak SBB terpaksa melihat potensi masa depan dengan syarikat lain.

▪️Berita the star 9hb Febuari 2006 melaporkan kenyataan Bursa Malaysia berkenaan keputusan SBB yang membuka pintu rundingan kepada pihak Kumpulan CIMB. Maklumbalas pihak BCHB kepada Bursa agak suram, walau bagaimana pun BCHB sudi menawarkan belian aset SBB serendah RM4.30 seunit saham SBB.

▪️Sultan Selangor, Syed Yusof dan founder SBB CEO TS Tan Teong Hean memiliki 30.15% saham Killinghall melalui pegangan saham peribadi dalam Ramuda Sdn Bhd. Yang menariknya, Datuk Chua Ma Yu juga baru saja memiliki saham dalam Killinghall (M) Bhd sebanyak 14.03%.

▪️Pada 13hb Febuari 2006, BCHB mengeluarkan tawaran kepada SBB untuk bersetuju membayar RM6.35 billion yang akan dibuat melalui 2 pecahan bayaran iaitu tawaran secara terus RM4.15 kepada ke semua pemegang saham SBB. Kedua, lembaga pengarah SBB ditawar RM4.08 sesaham dalam tunai dengan nilainya RM6.17 bilion. Malangnya, lembaga pengarah SBB sepakat menolak tawaran dari CIMB kerana "asasnya di bawah nilai sebenar bank" dan tawaran itu tidak mematuhi peraturan penggabungan.

▪️Pada 26hb Febuari 2006, the star melaporkan pemegang saham utama di dalam SBB iaitu Killinghall (M) Bhd kecewa dengan beberapa ahli Lembaga Pengarah SBB kerana menolak tawaran dari BCHB. Ekoran dari itu, telah berlaku satu rombakan drastik ahli lembaga pengarah di dalam Killinghall (M) Bhd.

▪️Pada 26hb Febuari, Majalah Financial Times menegaskan mungkin telah wujud unsur2 konspirasi di dalam proses pengambilalihan SBB apabila tawaran selain pihak BCHB ditolak.

▪️SBB pula menyalahkan pihak "stock exchange" kerana tidak betul2 mengenalpasti rakan pembida. Menurut SBB, central bank (BNM) juga membenarkan pihak lain mencelah dalam masa perundingan, keutamaan akan diberi kepada pembida tempatan.

▪️Malaysiakini telah terbitkan satu message individu tanpa nama pada 3hb Mac 2006. Individu ini arif mengenai dunia perbankan dan massagenya menunjukkan beliau terlalu dekat dengan situasi yang berlaku. Menurutnya, beliau tidak boleh tolong, tetapi simpati dan terkilan dengan nasib TS Tan Teong Hean  apabila berdepan pemangsa (predator) yang berhubungan kuat dengan kuasa politik, polisi kerajaan pula menguntungkan mereka dan mereka ini tahu peraturan dunia perbankan. Tiada apa yang boleh dilakukan, SBB pernah digesa bergabung (marry) tetapi mereka pula yang memilih pasangan itu.

▪️Sekarang semua boleh lihat peranan kuasa politik di dalam aktiviti komersial. Peraturan BNM menetapkan sesuatu perundingan perlu mendapat kebenaran dari bank pusat terlebih dahulu. Peraturan tersebut juga bermakna central bank boleh mengawal sebarang tawaran dari bank lain. Ianya merupakan satu keburukan kepada pengaruh minoriti.

▪️Pada 17hb Mac 2006 setelah 5 bulan berunding, Southern bank Bhd dan Bumiputra-Commerce Holding Bhd (BCHB) bersetuju untuk bergabung (merger).

▪️Pada 1hb Jun 2006, the star melaporkan yang BCHB telah melengkapkan pemerolehan SBB termasuk segala aset2 dan liabiliti bernilai RM6.7 bilion apabila telah menandatangani perjanjian urusniaga pada 31hb Mei 2006. Secara prinsip, kata sepakat penggabungan SBB-BCHB dicapai sejak 15hb Mac 2006 lagi walau pun rundingan dimulakan dalam Oktober 2005.

▪️10 tahun kemudian, salah guna kuasa disyaki dilakukan oleh TS Zeti telah diviralkan melalui portal THERECOUNTER dan portal Sarawak Report (SR). Paling menakjubkan ialah watak2 yang terlibat di dalam skandal penggabungan SBB-CIMB ini terdiri dari beberapa individu yang terlibat di dalam kes konspirasi menjatuhkan DS Najib dan memfitnah syarikat 1MDB.

▪️Syak wasangka mula timbul apabila urusniaga ini disyaki melibatkan pihak ke-3 suami TS Zeti iaitu Datuk Tawfiq Ayman yang berfungsi sebagai "broker" di dalam urusan penggabungan SBB-BCHB. Jika benar, TS Zeti didapati ada unsur2 "conflict of interest" di dalam urusniaga ini.

▪️Pada 5hb Ogos 2015, artikel berjudul "The Southern Bank CIMB hostile takeover: Abuse of power and connections" telah diterbitkan. Ianya menceritakan kisah salah guna kuasa oleh TS Zeti apabila beliau mengguna kuasa yang ada padanya serta menggunakan pengaruhnya (Datuk Tong Kooi Ong CIMB panel advisor) agar DS Nazir Razak Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB bersetuju menguruskan "merger" SBB-CIMB.

▪️FYI: Datuk Tong Kooi Ong pemilik kumpulan media "The Edge" adalah Panel Penasihat CIMB merupakan kroni TS Zeti yang memberi sokongan kuat terhadap penggabungan ini.

▪️Clare Rewcastle Brown dalam artikel "The PM, 1MDB And Off-Shore Accounts" keluaran SR pada 7hb Ogos 2015 telah menyatakan bahawa "the International Consortium Of Investigative Journalists (ICIJ)" sedang menyiasat beberapa akaun TS Zeti dan keluarga di British Virgin Isles (BVI). Clare Rewcastle Brown namakan 2 syarikat Rhapsody Limited dan Glittering Snow international Ltd dimiliki oleh TS Zeti dan keluarga, termasuk pelbagai syarikat lagi di BVI.

▪️Selepas dari tarikh 5hb Ogos 2015, laporan Claire dan SR lebih kepada isu2 1MDB. Dan laporan blogger TheReCounter pula secara berterusan fokus kepada isu salah guna kuasa TS Zeti dan keluarganya. Bersambung.....

1.
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2019/08/spore-frozen-account-of-ex-bnm.html?m=1
2.
https://www.wsj.com/articles/SB113451166386921601
3.
http://disclosure.bursamalaysia.com/FileAccess/viewHtml?e=57216
4.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2005/10/22/cahb-and-sbb-to-start-merger-talks
5.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2005/11/13/cimb-hails-southern-banks-bid-to-talk-on-merger
6.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2005/11/16/sbb-urges-shareholders-to-support-asia-general-buy
7.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2005/12/03/syed-yusuf-resigns-as-southern-bank-chairman
8.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2005/12/13/sbb-still-keen-on-asia-general
9.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2005/12/17/on-opposite-sides-of-southern-bank
10.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/200

6/01/13/chua-ma-yu-enters-the-fray-in-sbb-bid
11.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2006/01/20/sbb-to-rethink-options-if-offer-price-isnt-right
12.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2006/02/09/sbb-calls-off-merger-talks-with-bchb
13.
http://www.kollect.my/article.php?story=20060317105720530&mode=print
14.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2006/02/28/killinghall-shareholder-unhappy-with-sbb-board-move
15.
https://www.ft.com/content/f0b07fc0-9d4a-11da-b1c6-0000779e2340
16.
https://m.malaysiakini.com/letters/47781
17.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2006/03/13/tan-signals-end-to-southern-bank-saga
18.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2006/03/16/sbb-board-accepts-bchb-offer/
19.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2006/06/01/bchb-wraps-up-sbb-assets-deal
20.
https://www.cimb.com/en/who-we-are/overview/corporate-governance/board-committees.html
21.
https://therecounter.wordpress.com/2015/08/05/the-southern-bank-cimb-hostile-takeover-abuse-of-power-and-connections/


Oleh :
Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan