Rabu, 10 Julai 2019
MANA SUARA NGO PAKATAN HARAPAN?
Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan pro Pakatan Harapan (NGO) seolah tidak berminat membela mangsa rogol.
Mereka juga tidak pernah dilihat menyatakan sokongan dan mengadakan himpunan solidariti terhadap kematian ahli bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Apatah lagi untuk mengembeling kuasa rakyat menyatakan simpati dan solidariti terhadap mangsa-mangsa pencemaran sisa toksid di Pasir Gudang.
Kebarangkalian tinggi mangsa rogol dan mati tersebut bukan bernama Teoh Beng Hock.
Tersangatlah baculnya jika ada orang-orang Melayu Islam bersekutu dan mendokong perjuangan Pakatan Harapan atau NGO mereka.
Ironisnya, para pemimpin mereka tak malu mengaku sebagai pejuang Agama, Bangsa dan Negara.
Masihkah anda percaya bahawa orang-orang Melayu, umat Islam dan kaum peribumi tidak dibuli, dianiaya serta didiskriminasi di Malaysia oleh Pakatan Harapan?
8 DzulQaedah 1440H
Khamis 2.00pm
REBAT GST: PAC DAKWA TUDUHAN MENTERI KEWANGAN DAP TIDAK BENAR
Menteri Kewangan DAP, Joseph Lim Guan Eng sebelum ini menuduh bahawa kerajaan Barisan Nasional MEROMPAK rebat GST berjumlah RM19. 24 billion.
Meski pun dinafikan oleh Barisan Nasional dan Kastam Di Raja Malaysia (KDRM), kerajaan Pakatan Harapan bertegas menubuhkan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mengenainya.
Persidangan Parlimen pada kali ini didedahkan pula bahawa siasatan PAC juga mendapati bahawa kerajaan Barisan Nasional TIDAK MEROMPAK rebat GST tersebut.
Apa tindakan Joseph Lim Guan Eng seterusnya?
1. Apakah beliau telah atau akan meminta maaf?
2. Apakah beliau telah atau akan meletakkan jawatan atas tuduhan beratnya itu?
Politik toksid, tuduh dahulu siasat kemudian dan politik jijik fitnah DAP dan Pakatan Harapan bukan sahaja diamalkan sebelum mereka memenangi pilihanraya umum, malah diteruskan juga setelah mereka membentuk kerajaan.
Politik sebegini tidak hanya diamalkan ke atas Barisan Nasional, UMNO, PAS dan pembangkang bahkan ia juga diamalkan oleh Pakatan Harapan terhadap komponen parti masing-masing dan sesama pemimpin mereka.
Menteri Kewangan DAP dan kerajaan Pakatan Harapan juga wajar mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) terhadap dakwaan-dakwaan mereka bahawa berlakunya penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa terhadap agensi dan entiti ekonomi negara yang lain.
Bukankah menubuhkan RCI bagi menyiasat Tabung Haji, FELDA, FELCRA, YaPEIM, KHAZANAH, MARA dan lain-lain merupakan sebahagian dari Janji dan Manifesto Pakatan Harapan pada siri-siri kempen PRU 14 lalu.
By ;
Zamzuri Mohamed Tahir
8 DzulQaedah 1440H
Khamis 12.15pm

Sabtu, 6 Julai 2019
Keegowan memakan diri menyebabkan ekonomi negara merundum
Dalam keghairahan kerajaan PH mentadbir negara juga cubaan untuk mencari pendapatan Negara... Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan terutamanya keegowan kerajaan PH yang telah memansuhkan GST dan mereka gantikan pula dengan SST hanya dapat perolehi punggutan cukai Rm20b setahun berbanding cukai GST yg terbukti memungut lebih Rm40b setahun. Kekurangan Rm20b setahun itu yang menampakkan kerajaan PH dalam keadaan kelang kabut dan terpaksa mereka mencari jalan mudah, melancarkan cukai-cukai tambahan lain yang secara tak langsung ianya telah membebankan rakyat...
Keegowan Politik PH kini rakyat yang terbeban dan dengan Regim TDM dan DAP mereka masih tidak mengakui yang mereka telah kehilangan pendapatan negara melebihi Rm20b setahun. Mereka telah hilang pendapatan yg diusahakan dibawah kepimpinan oleh DSN.. Seandainya kerajaan PH, meneruskan GST atau mereka mengurangkan kadar GST sudah pasti kerajaan PH boleh mengaup keuntungannya dan mereka juga boleh melaksanakn hampir 80% janji-janji manifasto mereka di mana bantuan rakyat hanya rm7b setahun dan rm13b lagi boleh bayar hutang Negara yang diwarisi dari Kerajaan Umno Bn.
Inilah kesilapan dan keegowan kerajaan PH telah lakukan dimana ianya telah memakan diri sendiri. Strategik politik kebodohan dan kesombongn mereka kini Rakyat semakin menyampah asik-asik mereka cuba untuk menyalahkan kerajaan Bn dan DSN.... Sampai kehari ini mereka masih gagal mencari formula untuk menstabilkn ekonomi negara.
Nampak gayanya segala model dan plan ekonomi TDM sudah tak sesuai lagi diguna pakai dizaman ini dengan menggantikan sistem cukai GST kepada SST di mana sistem GST telahpun diamalkan lebih 160 negara- negara dunia dengan jayanya...
Di sini kita terpaksa akui bahawa DSN adalah PM dan Menteri kewangan terbaik masa kini dengan Plan dan Model ekonominya... 👍👌
- TintaBiru
Sabtu, 29 Jun 2019
Suspek lari ke luar Negara sengaja atau menurut perintah.?? (Siri 2)
Modus operandi: Lari Ke Luar Negara, Sengaja atau Menurut Perintah?. Kenapa Mendiang Lorraine Esme Osman, Sirul Azhar, Jho Low dan Nik Faisal Sanggup Bawa Diri Lari Ke Luar Negara? (Siri 2).
※ Koperal Sirul Azhar Umar bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) juga bekas pengawal peribadi (body guard) Tun Mahathir yang terlibat di dalam "pembunuhan" model dari Mongolia mendiang Altantuya masih di Brisbane Australia menunggu untuk diekstradisi. Kenapa kerajaan PH masih lagi gagal membawa Sirul pulang ke Malaysia?. Sedangkan pada 10hb Julai 2018, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski sedia ekstradisi Sirul ke Malaysia melalui jaminan surat permohonan kerjasama rasmi antara kerajaan (konsep G2G). Kenapa kerajaan PH masih tidak mahu beri kerjasama untuk bawa Sirul pulang ke Malaysia?. Siapa arah Sirul Azhar Umar dan rakannya bunuh Altantuya?. Apa hubung kait Altantuya dengan pemimpin negara?. Siapa Altantuya?. Project introducer, pentermah (translater), Debt collector (pemiutang), commission earner, perempuan simpanan, kekasih gelap atau isteri gelap?. Apa bahayanya maklumat yang Altantuya ada sehingga beliau terpaksa dibunuh (execution)?.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-altantuya-australia-masih-belum-dapat-permintaan-ekstradisi-sirul-duta-180110
※ Sebagaimana mendiang Lorrain Esme Osman, mendiang Altantuya juga terpaksa bawa rahsia yang disimpannya sehingga ke dalam kubur, cuma cara kematian sahaja yang berbeza iaitu " R.I.P. kerana menurut perintah" dan "disingkirkan (execution) kerana engkar perintah".
※ Pada 12hb Januari 2019 peguam Perancis Apoline Cagnat yang meneliti dokumen skandal pembelian kapalselam Scorpene mendakwa nama Altantuya penterjemah warga Mongolia disebut beberapa kali di dalam kontrak pembelian kapalselam.
“Kami tahu Altantuya datang ke Perancis. Kami faham bahawa dia terlibat untuk menterjemah hal2 dalam rundingan Scorpene. Siapa yang lantik mendiang Altantuya sebagai penterjemah?. Adakah benar peranan Altantuya itu sebagai penterjemah?.
※ Pada tahun 1997 sewaktu Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA’97) setelah membuat tinjauan, Tun Mahathir dilihat menunjuk minat kepada model kapal selam "Scorpene" buatan Perancis walau pun terdapat persaingan 2 lagi kapal selam dari 2 negara iaitu Rusia dan Turki yang turut menyertai pameran LIMA’97 ketika itu. Pada tahun 1998, setahun selepas itu Tun Mahathir telah menulis surat pada Michel Rocard, Perdana Menteri Perancis berkaitan hal kapal selam.
※ Buku yang dilancarkan pada 18hb Mei 2015 di Putrajaya bertajuk “Surat Terpilih Dr Mahathir Kepada Pemimpin Dunia”, mukasurat 218 jelas membuktikan bahawa pada tahun 1998, kedua2 Perdana Menteri Perancis dan Tun Mahathir bertukar2 sebanyak 4 pucuk surat. Kandungan surat itu menyatakan hasrat Malaysia agar Malaysian Airlines (MAS) mendapat lebih hak mendarat di Paris, dan Malaysia akan mendapatkan 2 kapal selam buatan Perancis dari jenis Scorpene yang akan dihantar pada 2009. Persoalan: Apakah dan Siapa mendorong Tun Mahathir membuat keputusan untuk membeli kapalselam Scorpene buatan Perancis?.
※ Perancangan membeli kapal selam telah dimulakan oleh Tun Daim Zainuddin apabila beliau bersama TS Mokhzani Tun Mahathir menubuhkan syarikat Perimekar Sdn Bhd pada bulan Ogos 1999. Di peringkat awalnya, Tun Daim melantik Ibrahim Mohd Noor (CEO BERNAS ketika itu) sebagai proksi beliau sebagai penggerak Perimekar Sdn Bhd yang beroperasi di sebuah banglo Jalan Lembah Ledang berdekatan Jalan Semantan Kuala Lumpur.
※ Tidak ramai tahu bahawa Ibrahim sememangnya ada pejabat di sana, kerana sebelum itu beliau telah memulakan usaha niaga di dalam media dan periklanan menerusi Blue Inc Sdn Bhd.
※ Sebagai proksi Tun Daim, beliau diberi kelebihan dari sudut ‘pengetahuan istimewa’. Beliau tahu ketika Tun Mahathir akhirnya bersetuju dengan program pembelian kapal selam. Seterusnya, beliau dan TS Mokhzani Tun Mahathir telah menubuhkan "Pasukan Nukleus" sebagai medium memulakan kertas cadangan pembelian kapalselam. Mereka pergi ke beberapa syarikat pembuat kapal Jerman yang terkenal seperti HDW dan Blohm & Voss.
※ Namun begitu, awal tahun 2001 telah berlaku perselisihan faham antara Tun Daim dan Tun Mahathir. Lim Kit Siang, kawan terbaik Tun Mahathir ketika ini memerhati peristiwa ini dan mengulas bahawa selisih faham Mahathir-Daim bukanlah kerana perbezaan dasar untuk menamatkan polisi "bail-outs" dan "buy-outs".
※ Sebaliknya, LKS mendakwa “persengketaan itu adalah berkenaan siapa patut menjadi "benefisiari" daripada bail-outs dan buy-outs kerajaan pada ketika kerajaan perlu memilih benefisiari, kerana sumber2 awam yang terbatas dan tidak mampu menyelamatkan semua syarikat kroni dan individu.”
※ Akibat selisih faham tersebut, pada 31hb Mei 2001 Tun Daim telah meletak jawatan sebagai menteri kewangan dengan Tun Mahathir sendiri mengambil alih jawatan menteri kewangan. Maka, telah berlaku perubahan di dalam struktur 'directorship' Perimekar Sdn Bhd. di mana Ibrahim Mohd Noor juga telah meletak jawatan. Kekosongan yang ditinggalkan oleh Ibrahim Mohd Nor diganti oleh Mazlina Makhzan isteri Abdul Razak Baginda.
※ Pada September 2001, pemilikan Perimekar Sdn Bhd telah dipindahkan (merger) ke Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melalui ‘special purpose vehicle’ Boustead Bhd yang dikenali sebagai Ombak Laut Sdn Bhd. Lembaga Pengarah Perimekar Sdn Bhd yang baru adalah Laksamana Muda (Bersara) Hussin Tamby, Mazlina Makhzan (isteri Abdul Razak Baginda), Rozana Abdullah Meili dan Abdul Rani Mohd Hussin Abdullah.
※ Akhirnya, Perimekar Sdn Bhd dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd mengikut pegangan saham yang dipersetujui.
※ Perjanjian membeli 2 buah kapal selam model Scorpene dari DCNS dan Thales telah ditandatangani apabila Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan ketika itu (Tun Mahathir) meluluskan "budget" pemerolehan aset2 kerajaan Malaysia. Majlis tandatangan kontrak perolehan pembelian kapal selam Scorpene telah berlangsung di Ballroom Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 5hb Jun 2002.
※ Pihak PH cuba kaitkan cerita "pembunuhan" mendiang Altantuya dengan DS Najib kononnya bersangkutan dengan urusniaga pembelian kapal selam Scorpene, walhal DS Najib tidak pernah terlibat di dalam kontrak pembelian kapal selam Scorpene. Persoalan: Di manakah kaitan DS Najib dengan Altantuya?. Sedangkan DS Najib tidak pernah jejak kaki ke Perancis dalam tempoh urusan pembelian kapalselam Scorpene.
※ Fakta menarik yang lain sebagai renungan: Cadangan dan rundingan pembelian kapal selam bermula sejak tahun 1995 lagi, di mana Tun Mahathir sendiri adalah Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan pula adalah Syed Hamid Jaafar Albar manakala DS Najib Abdul Razak adalah Menteri Pelajaran. DS Najib menjadi Menteri Pertahanan buat kali pertama pada tahun 1990 sehingga 1995 sebelum diganti buat kali ke-2 oleh Syed Hamid bermula tahun 1995 sehingga 1999. Dan pada 2hb September 1998 DS Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Tun Mahathir mengambil alih jawatan Menteri Kewangan dari DS Anwar Ibrahim dari 7hb September 1998 hingga 7hb Januari 1999. Kemudian Tun Daim dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 19hb Januari 1999 sehingga beliau meletak jawatan pada 31hb Mei 2001. Kekosongan jawatan Menteri Kewangan yang ditinggalkan oleh Tun Daim disandang sendiri oleh Tun Mahathir bermula 5hb Jun 2001 hingga 31hb Oktober 2003.
Rujukan
9. https://www.malaysia-today.net/2017/08/10/kapal-selam-kerala-kena-tembak-lagi/
10. https://soscili.my/scorpene-apa-kaitan-pembelian-kapal-berbilion-ringgit-dengan-pembunuhan-altantuya/
11. https://m.malaysiakini.com/news/238051
12. http://le-iza-busana.blogspot.com/2013/07/arkitek-scorpene-dedah-fitnah.html?m=1
13. https://pakdin.my/daim-zainuddin-dan-mokhzani-mahathir-yang-mencadangkan-pembelian-kapal-selam/
14. http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=najibtpm&id=3607
15. http://taipingmali.blogspot.com/2017/08/apa-lah-tok-wan-semua-salah-orang-salah.html?m=1
16. http://wwwmegatpanjialam.blogspot.com/2017/08/daim-zainuddin-dan-mokhzani-mahathir.html?m=1
17. https://www.viramon.com/news/senaraimenterikewangan
18. http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=najibtpm&id=3607
19. https://theflyingkick.blogspot.com/2017/08/sengaja-atau-tidak-isu-scorpene.html?m=1
20. http://suarasensasi.blogspot.com/2018/03/skandal-kontrek-kapal-peronda.html?m=1
29hb Jun 2019
Oleh: Pena MZR

Suspek sengaja lari ke luar Negara atau menurut perintah.? (Siri 1)
Modus Operandi: Lari Ke Luar Negara, Sengaja atau Menurut Perintah?. Kenapa Mendiang Lorraine Esme Osman, Sirul Azhar, Jho Low dan Nik Faisal Sanggup Bawa Diri Lari Ke Luar Negara? (Siri 1).
※ Catatan sejarah di dalam beberapa kes skandal yang menggemparkan Malaysia apabila didiagnosis dan diimbas pada skop "Modus Operandi" melibatkan integreti maruah dan isu kepentingan awam dilihat mempunyai ciri2 kesamaan. Antaranya Skandal BMF, pembunuhan Altantuya, kes SRC International dan kes 1MDB.
※ Mendiang Lorraine Esme Osman bekas Pengerusi Bumiputra Malaysia Finance (BMF) Hong Kong Ltd. yang meninggal dunia di London pada 8hb Ogos 2011 telah membawa bersamanya rahsia "skandal BMF" sehingga ke dalam kubur. Siapa Lorrain Esme Osman dalam skandal BMF?. Kambing Hitam, alibi atau "key person"?. Beliau adalah bekas pengerusi BMF Hong Kong sudah tentu tahu kedudukan sebenar siapa yang beria2 memberi kelulusan pinjaman kepada George Tan dan Carrian Group.
※ Skandal BMF bermula apabila George Tan pengasas syarikat konglomerat Carrian Group yang ditubuhkan pada tahun 1977 membuat pinjaman dengan BMF (Hong Kong) Ltd. Pinjaman tersebut dikatakan untuk kegunaan syarikat Carrian di dalam pelaburan hartanah di Hong Kong. Skandal ini mula dikesan oleh juruaudit Jalil Ibrahim ketika beliau membuat beberapa semakan dokumen yang terbabit. Namun begitu, Jalil Ibrahim telah dibunuh di Hong Kong sebelum beliau siapkan laporan siasatannya.
※ Skandal BMF turut memaksa kerajaan Malaysia tampil dengan "Kertas Putih" untuk dibentangkan di Parlimen bertajuk "Laporan Akhir Jawatankuasa Penyiasat Bumiputra Malaysia Finance Limited (Hong Kong) pada 1986".
※ Daripada laporan akhir kertas putih dan laporan kes prima facie rasuah, Jawatankuasa Penyiasat telah merumuskan bahawa telah berlaku kes penipuan dan manipulasi yang dilakukan di antara 19hb Disember 1979 hingga 12hb Oktober 1982 oleh ahli2 Lembaga Pengarah dan pegawai BMF yang bersubahat dengan syarikat Carrian Group dan George Tan. Ini termasuk penipuan yang dipanggil "Concerted Plan (rancangan bersama)" melibatkan pinjaman AS$292 juta dan AS$580 juta telah diluluskan kepada Carrian Group.
※ The Asian Correspondent menyatakan dokumen rasmi yang didedahkan oleh CIA kepada umum pada 17hb Januari 2017 berjudul “The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir?” yang tercatat siasatannya sehingga 5hb Mac 1985 merupakan antara 13 kertas siasatan yang tidak dapat diselesaikan (unsolved cases) oleh CIA.
※ Namun begitu CIA bertegas berkenaan "kuasa dan protokol kerajaan" (power and government services protocol), kerajaan Malaysia (merujuk Perdana Menteri) tidak boleh kata tidak tahu mengenai skandal itu kerana ia babitkan Bank Bumiputera, bank dimiliki kerajaan yang berkait rapat dengan UMNO (merujuk kepada stakeholder) pada masa itu dan dipantau rapat oleh Kementerian Kewangan (juga merujuk kepada Institusi kewangan induk iaitu BNM).
※ CIA menyatakan “Tidak mungkin pihak kerajaan (merujuk kepada PM dan BNM) tidak tahu peningkatan had pinjaman bagi cawangan di luar negara dengan membenarkan lebih banyak dana disalurkan ke Hong Kong. Di mana tindakan hanya diambil oleh kerajaan Malaysia selepas duit Tan (merujuk kepada George Tan) daripada sumber lain sudah habis”.
※ BNM merupakan badan berkanun yang mula beroperasi pada 26hb Januari 1959. Seksyen 15(1) Akta Bank Negara Malaysia 1958 (Semakan 2009) peruntukkan bahawa Gabenor hendaklah dilantik oleh YDPA, dan Timbalan Gabenor oleh Menteri perlu bertanggungjawab terhadap kewangan negara.
※ Siapa Gabenor BNM ketika skandal BMF bermula dan masih lagi dalam siasatan?. Di antara Gabenor BNM ketika itu ialah Tun Ismail bin Mohamed Ali. Beliau merupakan Gabenor BNM ke 2, berkhidmat dari bulan Julai 1962 hingga Julai 1980. Tun Ismail adalah abang Dr Siti Hasmah dan abang ipar Tun Mahathir. Gabenor BNM ke-3 pula ialah TS Dato Abdul Aziz bin Haji Taha, dilantik menjadi Gabenor BNM pada 26hb Julai 1980. Walau pun rekod rasmi menyatakan beliau memegang jawatan Gabenor BNM sehingga Jun 1985 namun beliau telah meletak jawatan sebagai Gabenor BNM pada 4hb Mac 1985 disebabkan adanya pendirian beliau dikatakan tidak bersetuju dengan Tun Daim Menteri Kewangan ketika itu (berkenaan beberapa polisi kewangan dan Perbankan BNM).
※ Kemudian, jawatan Gabenor BNM ke-4 diisi oleh TS Jaafar Hussein pada 7hb Mac 1985 sehingga beliau meletak jawatan pada 1hb April 1994 apabila terlibat dengan manipulasi permainan FOREX. Pada awal tahun 1990-an TS Jaafar, Tun Mahathir dan Tun Daim telah didapati terlibat dalam skandal permainan FOREX yang mengakibatkan BNM mengalami kerugian lebih RM30 bilion.
Rujukan
1. https://www.thestar.com.my/news/nation/2011/08/11/scandalhit-exbmf-chairman-lorrain-dies-in-london/
2. (foia.cia.gov)
https://www.cia.gov/library/readingroom/document/cia-rdp85t01058r000101050001-9
3. https://www.cia.gov/library/readingroom/docs/CIA-RDP85T01058R000101050001-9.pdf
4. https://www.nytimes.com/1985/01/08/business/malaysia-discloses-details-of-bank-scandal.html
5. http://ktemoc.blogspot.com/2017/01/cia-report-prompts-revisit-of-bmf.html?m=1
6. https://warisanumistik.wordpress.com/2015/11/11/kenali-gabenor-matawang-malaysia/
7. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ismail_Mohd_Ali
8. http://puteralapismahang.blogspot.com/2018/01/m-176-prestasi-dan-defisiensi.html?m=1

Khamis, 27 Jun 2019
Jho Low dan Backstab Agenda (Siri 3)
Selepas 1MDB melupuskan 40% pegangan ekuiti, Petro-Saudi meminta pihak 1MDB membuat pelaburan tambahan USD830 juta untuk urusniaga "JV" di dalam Projek GDF Suez SA dan di beberapa projek lain. Pada 9hb September 2010, Lembaga Pengarah 1MDB bersetuju dengan langganan tambahan Nota Murabahah berjumlah USD500 juta. Dan 6hb September 2010 pula, BNM benarkan 1MDB pinjamkan USD500 juta (RM1.57 bilion) bagi memenuhi tuntutan langganan Nota Murabahah Petro-Saudi untuk Projek GDF Suez SA. Transaksi wang USD500 juta dibayar ke dalam akaun 1MDB PetroSaudi Ltd. di J.P. Morgan (Suisse) SA (Geneva) pada 14hb September 2010. Nota: Pelaburan projek ini diuruskan di bawah Nota Murabahah.
※ Manakala pada 12hb Mei 2011, syarikat usahasama 1MDB PetroSaudi Ltd. sekali lagi memohon dana pelaburan tambahan berjumlah USD330 juta (RM1.02 bilion). 16hb Mei 2011, Lembaga Pengarah dan pemegang saham 1MDB telah meluluskan permohonan tersebut. Pada 20hb Mei 2011, BNM membenarkan langganan tambahan Nota Murabahah USD330 juta diterbitkan untuk 1MDB PetroSaudi Ltd yang disokong dengan jaminan korporat oleh PetroSaudi International Ltd. Pindahan wang USD330 kepada syarikat 1MDB PetroSaudi Ltd. dibuat dalam 4 peringkat kiriman dana, yang kesemuanya dikreditkan ke akaun milik PetroSaudi International Ltd. (Saudi), iaitu 3 kiriman pada bulan Mei 2011 dan 1 kiriman pada 25hb Oktober 2011.
※ Dengan kata lain, atas permintaan Petro-Saudi, pihak 1MDB bersetuju meminjam tambahan dana berjumlah USD830 juta (menjadikan jumlah pelaburan 1MDB meningkat kepada USD1.83 billion).
※ Jho Low dan Tariq Obaid tidak pernah berdiam diri, mereka berusaha mengalihkan risiko dijejaki oleh pelbagai pihak dengan memplotkan satu lagi agenda khianat terhadap Prince Turki dan DS Najib. Mereka andaikan "apabila kehilangan wang ini terbongkar, dunia akan melihat terlebih dahulu kedua2 pemimpin negara ini sebagai pembelot kepada negaranya". Tariq Obaid dan Jho Low telah masukkan sejumlah wang ke dalam akaun Prince Turki dan DS Najib.
※ Pada Disember 2015 melalui salinan e-mail yang diperolehi dari Justo, pihak siasatan AS diketuai oleh FBI mendapati USD330 juta dari akaun PetroSaudi International Ltd. (Saudi) telah dipindahkan (transferred) ke dalam akaun Swiss Good Star Ltd oleh Jho Low atas permintaan Tariq Obaid “CEO PetroSaudi”.
※ Salinan emel dan rekod2 bank yang diteliti (money trail) oleh The Guardian juga mendapati dalam tempoh 9 bulan bermula September 2010, Tariq Obaid telah memindahkan USD77 juta dari akaun Swiss JP Morgan miliknya ke akaun Prince Turki Abdullah. Menurut pihak berkuasa AS pada Jun 2011 (money trail), Prince Turki juga telah menerima wang USD24.5 juta dari akaun bank Good Star Ltd yang dikawal oleh Jho Low. Dan beberapa hari seterusnya, sejumlah USD20 juta dari dana itu dipindahkan ke dalam akaun yang dimiliki oleh DS Najib.
Fakta 1MDB beralih konsep urusniaga usahasama dengan Petro-Saudi kepada Nota Murabahah dan "Asset Swap Arrangement" menjawab segala kemusykilan.
1. Sejumlah Wang USD330 juta dilencongkan dari akaun usahasama
※ Wang USD330 juta yang dilencongkan dari akaun PetroSaudi International Ltd. (Saudi) adalah wang tuntutan Langganan Nota Murabahah oleh Petro-Saudi yang dibayar oleh 1MDB untuk melabur di dalam syarikat PetroSaudi Oil Services Ltd. (PSOSL), iaitu subsidiari PetroSaudi International Ltd.. Wang itu telah dimasukkan (bank in) ke dalam akaun usahasama melalui 3 kiriman yang dibuat pada bulan Mei 2011 dan 1 kiriman pada 25hb Oktober 2011. Tetapi wang tersebut telah dilencongkan oleh Jho Low atas keizinan Tariq Obaid pemilik Petro-Saudi. Siasatan pihak FBI mendapati wang USD330 juta tersebut telah dipindahkan ke akaun Good Star Ltd antara 20hb Mei 2011 dan 25hb Oktober 2011.
※ Sistem pengurusan risiko (calculated risk management system) pihak 1MDB adalah tepat, membuat keputusan melupuskan 40% pegangan saham seterusnya bertukar kepada Nota Murabahah dan asset swap arrangement telah menyelamatkan wang 1MDB dari hilang (gone by the wind). Mengikut terma "perjanjian Nota Murabahah": Selepas proses akad jual beli dan wang USD330 juta itu telah masuk ke dalam akaun usahasama, maka wang tersebut bukan lagi wang 1MDB. 1MDB telah mementerai satu lagi perjanjian "Asset Swap Arrangement" yang benarkan 1MDB memiliki ekuiti aset syarikat PetroSaudi Oil Services Ltd. (PSOSL) sekiranya wang USD330 juta tidak dibayar.
※ Setelah 27 bulan melabur dalam Nota Murabahah (wang USD330 juta tersebut gagal dibayar oleh Petro-Saudi), pada 1hb Jun 2012 1MDB telah menebus semula Nota Murabahah termasuk keuntungan belum terima berjumlah USD2.22 bilion (RM6.80 bilion) melalui asset swap arrangement di mana subsidiari 1MDB, iaitu 1MDB
International Holdings Ltd. (1MDB-IHL) mengambil alih 49% kepentingan ekuiti dalam PetroSaudi Oil Services Ltd. (PSOSL), subsidiari PetroSaudi International Ltd. 1MDB-IHL juga memeterai "call and put option" dengan PetroSaudi International Ltd. bagi mengambil alih baki 51% pegangan ekuiti dalam PSOSL pada harga opsyen USD10. Tarikh matang opsyen tersebut ialah pada 31 Disember 2015.
2. Wang yang dipindahkan (wired transferred) ke akaun Prince Turki dan DS Najib
※ Siasatan pihak FBI mendapati bermula September 2010, Prince Turki telah menerima 2 kali kemasukan wang dari pihak yang berkepentingan, iaitu
i). Tariq Obaid memindahkan USD77 juta dari akaun Swiss JP Morgan miliknya ke akaun Prince Turki Abdullah.
ii). Pada Jun 2011, Jho Low telah memindahkan USD24.5 juta wang ke akaun Prince Turki dari akaun bank Good Star Ltd.
※ Beberapa hari kemudian, Jho Low melalui syarikat Good Star Ltd telah masukkan USD20 juta ke dalam akaun peribadi DS Najib di Kuala Lumpur.
※ Objectif Jho Low dan sekutunya Tariq Obaid adalah supaya dunia memandang Prince Turki dan DS Najib sebagai pembelot kepada negara masing2. Tetapi mereka ini lupa bahawa wang tersebut (USD500 juta dan USD330 juta) sudah menjadi milik Petro-Saudi apabila urusniaga diselesaikan secara Nota Murabahah. Oleh itu, nilai wang tersebut umpama "hadiah" tidak diminta dan kemasukan wang tersebut juga tidak ada bukti wujudnya perjanjian atau "mutual understanding" untuk pihak berwajib (DoJ, FBI, SPRM) buktikan bagi sabitkan Prince Turki dan DS Najib dengan mana2 perlanggaran undang2 yang ada.
Rujukan
1. https://educalingo.com/ms/dic-en/backstab
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Low_Taek_Jho
3. http://darulehsanleaks.blogspot.com/2017/12/mahathir-terlupa-tan-sri-larry-low.html?m=1
4. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/01/17/najib-terima-anugerah-raja-arab-saudi
5. http://m.utusan.com.my/berita/nasional/andre-justo-terima-rm8-2-juta-dari-the-edge-1.833431
6. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jho-low-banyak-ambil-duit-1mdb-untuk-dirinya-tun-mahathir-207000
7. https://www.malaysianreview.com/108740/jelaskan-mengapa-terima-arahan-jho-low/
8. http://limsiansee.blogspot.com/2015/07/jho-low-prince-turki-and-najib-photos.html?m=1
9. https://www.theguardian.com/world/2016/jul/28/1mdb-inside-story-worlds-biggest-financial-scandal-malaysia
10. Rujuk juga 1MDB-summary-report-audit-executive.pdf
Oleh: Pena MZR
28hb Jun 2019

Jho Low dan Backstab Agenda (Siri 2)
※ Jho Low tidak bersendirian, beliau dibantu oleh pasukan peribadinya dan gerak kerjanya disokong oleh rangkaian konspirasi yang berprofil tinggi, iaitu;
1. Anggota konspirasi backstab terdiri daripada Jho Low (konspirator), Tariq Obaid (pemilik Petro-Saudi), Dato Shahrul Hilmi (bekas CEO 1MDB juga kawan rapat Jho Low) dan Nik Faisal (CEO SRC International juga kawan baik Jho Low). Nota: Prince Turki anak Raja Abdullah Raja Arab Saudi hanya digunakan tanpa sedar (manipulasi) oleh Jho Low sebagai "guarantor" untuk menjamin Tariq Obaid supaya 1MDB bersetuju "JV" dengan syarikat Petro-Saudi. Semasa mesyuarat pertama di atas kapal mewah, Prince Turki sendiri tidak menyedari malah tidak mengetahui yang beliau telah bersubahat dengan Jho Low yang ingin "menyamun" wang syarikat 1MDB.
2. Pasukan kan peribadi Jho Low terdiri daripada i). Li Lin Seet (Ketua Pegawai Pelaburan Good Star Ltd, Naib Presiden Jynwel Capital-syarikat Jho Low di Hong Kong dan beliau bersama Jho Low dalam Kumpulan Wynton & Unity Capital-Singapore), ii). Tiffany Heah (peguam UBG Bank juga penasihat undang2 Jho Low) dan iii). Patrick Mahony (pengarah syarikat investment group Ashmore iaitu pemodal utama pengoperasiaan syarikat Petro-Saudi dan pada 30hb September 2009 beliau juga dilantik sebagai "pengurus pelaburan” bagi syarikat Good Star Ltd).
※ Rumours yang dimainkan oleh Jho Low melalui e-mail kepada pasukan peribadinya dan pasukan konspirasi "backstab" bermula dari peristiwa Raja Abdullah Raja Arab Saudi perkenan menerima DS Najib mengadap pada Julai 2009. Intipati perjumpaan: DS Najib menyatakan hasrat Malaysia yang ingin melabur menerusi syarikat 1MDB dengan mana2 syarikat milik Arab Saudi di dalam skop bersesuaian dengan kata lain “1MDB ingin membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak besar”.
※ DS Najib sendiri pun tidak tahu yang 1MDB akan melabur dalam syarikat Petro-Saudi milik Tariq Obaid sehinggalah beliau bersama keluarga (anak2 dan isteri), Jho Low, Tariq Obaid dan Prince Turki bermesyuarat di atas sebuah kapal mewah di pinggir pantai Monaco Perancis pada 28hb Ogos 2009.*Nota: Mesyuarat di atas kapal mewah tersebut adalah satu "plot twist" bagi memerangkap DS Najib PM ketika itu yang dirancang oleh Jho Low supaya 1MDB bersetuju memulakan projek usahasama (JV) dengan syarikat Petro-Saudi.
1. Pada tahun 2008, Sultan Mizan Sultan Trengganu (YDPA ketika itu) telah melantik Jho Low sebagai penasihat kewangan kepada syarikat Trengganu Investment Authority (TIA).
2. Pada Julai 2009, Raja Abdullah Raja Arab Saudi telah perkenalkan DS Najib kepada Prince Turki (anak ke-7 Raja Abdullah). Prince Turki juga telah diamanahkan oleh Raja Abdullah untuk membantu menunaikan hasrat DS Najib melabur dengan syarikat kepunyaan warga Arab Saudi. Tariq Obaid pula kawan lama Prince Turki. Dan Jho Low merupakan kenalan Tariq Obaid dan Prince Turki.
※ Selepas mesyuarat tersebut, Jho Low meneruskan "backstab agenda" dengan mengarahkan Tiffany Heah (Jho Low law advisor) dan pasukannya menyediakan satu draf undang2 yang bakal ditandatangani oleh pihak 1MDB dan Petro-Saudi. Sambil itu, Jho Low dan Tariq Obaid pula terus berkomplot untuk bersetuju menubuhkan anak syarikat Petro-Saudi bernama 1MDB-PETROSAUDI tanpa pengetahuan pihak 1MDB dengan meletakkan Good Star Ltd sebagai anak syarikatnya.
※ Pada 18hb September 2009, Jho Low telah menghubungkan Tariq Obaid (Petro-Saudi) dan Dato Shahrul Halmi (CEO 1MDB) pertama kalinya melalui e-mail supaya mereka berdua sedar, bersedia dan berupaya mewujudkan persefahaman (mutual understanding) di dalam gerak kerja yang dirancang. Selepas itu pada 28hb September 2009, perjanjian usahasama (joint venture agreement) antara 1MDB dan Petro-Saudi ditandatangani di atas "final JV Agreement" yang dibuat oleh Tiffany Heah. Pihak 1MDB tidak menyedari bahawa adanya klausa tersembunyi (hidden agenda) yang membolehkan Jho Low melencongkan wang pelaburan dari pihak 1MDB.
※ Kontroversi mula timbul apabila CEO 1MDB (Dato Sharul Halmi) membayar USD1 bilion untuk kontrak JV kepada Petro Saudi di dalam akaun 1MDB-Petro Saudi. Pada 30hb September 2009 Petro-Saudi telah melencongkan sebanyak USD700 juta keluar dari akaun JV. Persoalan: Ke mana perginya wang tersebut?.
※ Menurut akhbar The Guardian, wang berjumlah USD700 juta telah dihantar ke satu akaun bank di Zurich, Switzerland bernama RBS Coutts, di mana akaun itu adalah di bawah kawalan sebuah syarikat bernama Good Star yang beribu pejabat di kepulauan Seychelles tetapi didaftarkan di Cayman Islands. Semakan dilakukan mendapati, syarikat Good Star Ltd itu milik mutlak Jho Low bukannya milik syarikat Petro-Saudi.
※ Pada 30 September 2009, rekod menunjukkan Good Star Ltd membayar Tariq Obaid sebanyak USD85 juta dimasuk (Bank in) ke akaun Swiss JP Morgan. Pada 20hb Oktober 2009, Tariq Obaid menghantar e-mail kepada penghubungnya di JP Morgan mengarahkan wang USD33 juta dipindahkan ke akaun milik Patrick Mahony. Di ruangan tarikh kejadian ini, tiada pemindahan wang yang dibuat oleh Jho Low atau Tariq Obaid ke akaun Prince Turki.
※ Kenapa DS Najib bukan individu bersubahat dalam kes penyelewengan wang USD700 juta yang dilencongkan keluar dari akaun usahasama 1MDB-PETRO-SAUDI?. Ada beberapa sebab, antaranya;
1. "Janji" Raja Abdullah raja Arab Saudi yang akan mengiktiraf pelaburan syarikat 1MDB sebagai pelaburan antara kerajaan dengan kerajaan (G2G conceptual). Pada 16hb Febuari 2010 iaitu 5 bulan selepas perjanjian usahasama antara syarikat 1MDB dan Petro-Saudi dimenterai, DS Najib telah dianugerahkan darjah tertinggi kerajaan Arab Saudi, King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama) oleh Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud.
2. Semasa bermesyuarat di atas kapal mewah pada 28hb Ogos 2009, Prince Turki tanpa bertangguh (without delay) telah memberi 4 surat jaminan pelaburan iaitu i). Surat yang menyatakan mesyuarat kali pertama dihadiri oleh Raja Abdullah, Prince Turki dan DS Najib di Istana Raja Abdullah. Surat ini menggunakan "kepala surat" DiRaja Arab Saudi. ii). Surat dari kerajaan Arab Saudi yang memberi sokongan 100% kepada syarikat Petro-Saudi (G2G). iii). Prince Turki juga berikan surat sokongan dari Banque Saudi Fransi Bank (with bank letterhead) berkenaan kedudukan kewangan Petro-Saudi yang kukuh. iv). Bank milik kerajaan Arab Saudi juga memberi jaminan yang Tariq Obaid dan Prince Turki adalah pemilik syarikat Petro-Saudi. Prince Turki mengaku bahawa beliau adalah Co-founder syarikat Petro-Saudi.
3. Wang USD700 juta tersebut bukan hilang di dalam akaun 1MDB tetapi "hilang" di dalam akaun syarikat usahasama 1MDB-PETRO-SAUDI selepas bayaran dibuat oleh 1MDB.
※ Kelebihan yang diperolehi oleh DS Najib (kenyataan no 1-2 di atas) telah digunakan sepenuhnya oleh pihak 1MDB untuk mengadakan rundingan semula. Maka pada 30hb Mac 2010 setelah 6 bulan melabur, 1MDB dan Petro-Saudi menterai perjanjian "share sale agreement" bagi melupuskan ke semua 40% pegangan ekuiti USD1 bilion dalam syarikat usahasama 1MDB-PETRO-SAUDI (kontrak yang dicurigai) dengan balasan USD1.20 bilion melalui langganan Nota Murabahah pada kadar keuntungan 8.67% setahun (matang pada 31hb Mac 2021). Ianya disokong dengan jaminan korporat daripada PetroSaudi International Ltd. Hasilnya, pada 1hb Jun 2012 setelah 27 bulan melabur, 1MDB telah menebus semula Nota Murabahah termasuk keuntungan belum terima berjumlah USD2.22 bilion (RM6.80 bilion) melalui "asset swap arrangement" iaitu peraturan pematuhan oleh ISDA master agreement (Multicurrency-Cross Border) 1992.
※ Pihak 1MDB menggunakan beberapa kaedah sistem piawaian pelaburan untuk dijadikan garis panduan bagi menentu-ukur urusniaga 1MDB supaya berada dilandasan benar. Antaranya;
i. Asset Swap Arrangement
※ Menurut ISDA master agreement (Multicurrency-Cross Border) 1992, definasi Asset Swap Arrangement ialah apabila berlaku aktiviti antara penjual (grantor) dan peserta (counterparty) bagi aktiviti Asset Swap (bertukar harta), maka ianya perlu dicatat sebagai penambahan di jadual dan perlu disahkan aktiviti tersebut dengan tarikh terkini. Dan jika ada pembetulan, penambahan dan pengubahsuaian yang dibuat dari masa ke semasa pada jadual, ianya perlu mengikut tatacara "Securities Issuance Agreement".
ii). Nota Murabahah
Nota Murabahah ialah kontrak pematuhan rasmi akad jual beli melibatkan harga kos aset dan keuntungan yang dinyatakan dengan jelas kepada pembeli. Nota Murabahah merupakan instrumen yang digunakan oleh 1MDB untuk melindungi keputusan yang dibuat oleh pihak 1MDB apabila berlakunya ketidak-tentuan aliran wang dari akaun usahasama. Ini kerana transaksi yang dilakukan telah melalui proses "AKAD jual beli". Sekiranya berlaku kehilangan wang selepas transaksi ke akaun usahasama, wang tersebut bukan lagi dalam tanggungan 1MDB. Di dalam Murabahah, segala bentuk wang keluar untuk pelaburan, pinjaman atau suntikan modal di panggil "Langganan Nota Murabahah".
Oleh: Pena MZR
28hb Jun 2019
Langgan:
Catatan (Atom)