Sabtu, 29 Jun 2019

Suspek sengaja lari ke luar Negara atau menurut perintah.? (Siri 1)

Modus Operandi: Lari Ke Luar Negara, Sengaja atau Menurut Perintah?. Kenapa Mendiang Lorraine Esme Osman, Sirul Azhar, Jho Low dan Nik Faisal Sanggup Bawa Diri Lari Ke Luar Negara? (Siri 1).

※ Catatan sejarah di dalam beberapa kes skandal yang menggemparkan Malaysia apabila didiagnosis dan diimbas pada skop "Modus Operandi" melibatkan integreti maruah dan isu kepentingan awam dilihat mempunyai ciri2 kesamaan. Antaranya Skandal BMF, pembunuhan Altantuya, kes SRC International dan kes 1MDB.

※ Mendiang Lorraine Esme Osman bekas Pengerusi Bumiputra Malaysia Finance (BMF) Hong Kong Ltd. yang meninggal dunia di London pada 8hb Ogos 2011 telah membawa bersamanya rahsia "skandal BMF" sehingga ke dalam kubur. Siapa Lorrain Esme Osman dalam skandal BMF?. Kambing Hitam, alibi atau "key person"?. Beliau adalah bekas pengerusi BMF Hong Kong sudah tentu tahu kedudukan sebenar siapa yang beria2 memberi kelulusan pinjaman kepada George Tan dan Carrian Group.

※ Skandal BMF bermula apabila George Tan pengasas syarikat konglomerat Carrian Group yang ditubuhkan pada tahun 1977 membuat pinjaman dengan BMF (Hong Kong) Ltd. Pinjaman tersebut dikatakan untuk kegunaan syarikat Carrian di dalam pelaburan hartanah di Hong Kong. Skandal ini mula dikesan oleh juruaudit Jalil Ibrahim ketika beliau membuat beberapa semakan dokumen yang terbabit. Namun begitu, Jalil Ibrahim telah dibunuh di Hong Kong sebelum beliau siapkan laporan siasatannya.

※ Skandal BMF turut memaksa kerajaan Malaysia tampil dengan "Kertas Putih" untuk dibentangkan di Parlimen bertajuk "Laporan Akhir Jawatankuasa Penyiasat Bumiputra Malaysia Finance Limited (Hong Kong) pada 1986".

※ Daripada laporan akhir kertas putih dan laporan kes prima facie rasuah, Jawatankuasa Penyiasat telah merumuskan bahawa telah berlaku kes penipuan dan manipulasi yang dilakukan di antara 19hb Disember 1979 hingga 12hb Oktober 1982 oleh ahli2 Lembaga Pengarah dan pegawai BMF yang bersubahat dengan syarikat Carrian Group dan George Tan. Ini termasuk penipuan yang dipanggil "Concerted Plan (rancangan bersama)" melibatkan pinjaman AS$292 juta dan AS$580 juta telah diluluskan kepada Carrian Group.

※ The Asian Correspondent menyatakan dokumen rasmi yang didedahkan oleh CIA kepada umum pada 17hb Januari 2017 berjudul  “The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir?” yang tercatat siasatannya sehingga 5hb Mac 1985 merupakan antara 13 kertas siasatan yang tidak dapat diselesaikan (unsolved cases) oleh CIA.

※ Namun begitu CIA bertegas berkenaan "kuasa dan protokol kerajaan" (power and government services protocol), kerajaan Malaysia (merujuk Perdana Menteri) tidak boleh kata tidak tahu mengenai skandal itu kerana ia babitkan Bank Bumiputera, bank dimiliki kerajaan yang berkait rapat dengan UMNO (merujuk kepada stakeholder) pada masa itu dan dipantau rapat oleh Kementerian Kewangan (juga merujuk kepada Institusi kewangan induk iaitu BNM).

※ CIA menyatakan “Tidak mungkin pihak kerajaan (merujuk kepada PM dan BNM) tidak tahu peningkatan had pinjaman bagi cawangan di luar negara dengan membenarkan lebih banyak dana disalurkan ke Hong Kong. Di mana tindakan hanya diambil oleh kerajaan Malaysia selepas duit Tan (merujuk kepada George Tan) daripada sumber lain sudah habis”.

※ BNM merupakan badan berkanun yang mula beroperasi pada 26hb Januari 1959. Seksyen 15(1) Akta Bank Negara Malaysia 1958 (Semakan 2009) peruntukkan bahawa Gabenor hendaklah dilantik oleh YDPA, dan Timbalan Gabenor oleh Menteri perlu bertanggungjawab terhadap kewangan negara.

※ Siapa Gabenor BNM ketika skandal BMF bermula dan masih lagi dalam siasatan?. Di antara Gabenor BNM ketika itu ialah Tun Ismail bin Mohamed Ali. Beliau merupakan Gabenor BNM ke 2, berkhidmat dari bulan Julai 1962  hingga Julai 1980. Tun Ismail adalah abang Dr Siti Hasmah dan abang ipar Tun Mahathir. Gabenor BNM ke-3 pula ialah TS Dato Abdul Aziz bin Haji Taha, dilantik menjadi Gabenor BNM pada 26hb Julai 1980. Walau pun rekod rasmi menyatakan beliau memegang  jawatan Gabenor BNM sehingga Jun 1985 namun beliau telah meletak jawatan sebagai Gabenor BNM pada 4hb Mac 1985 disebabkan adanya pendirian beliau dikatakan tidak bersetuju dengan Tun Daim Menteri Kewangan ketika itu (berkenaan beberapa polisi kewangan dan Perbankan BNM).

※ Kemudian, jawatan Gabenor BNM ke-4 diisi oleh TS Jaafar Hussein pada 7hb Mac 1985 sehingga beliau meletak jawatan pada 1hb April 1994 apabila terlibat dengan manipulasi permainan FOREX. Pada awal tahun 1990-an TS Jaafar, Tun Mahathir dan Tun Daim telah didapati terlibat dalam skandal permainan FOREX yang mengakibatkan BNM mengalami kerugian lebih RM30 bilion.

Rujukan
1. https://www.thestar.com.my/news/nation/2011/08/11/scandalhit-exbmf-chairman-lorrain-dies-in-london/
2. (foia.cia.gov)
https://www.cia.gov/library/readingroom/document/cia-rdp85t01058r000101050001-9
3. https://www.cia.gov/library/readingroom/docs/CIA-RDP85T01058R000101050001-9.pdf
4. https://www.nytimes.com/1985/01/08/business/malaysia-discloses-details-of-bank-scandal.html
5. http://ktemoc.blogspot.com/2017/01/cia-report-prompts-revisit-of-bmf.html?m=1
6. https://warisanumistik.wordpress.com/2015/11/11/kenali-gabenor-matawang-malaysia/
7. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ismail_Mohd_Ali
8. http://puteralapismahang.blogspot.com/2018/01/m-176-prestasi-dan-defisiensi.html?m=1


29hb Jun 2019
Oleh: Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan