Khamis, 27 Jun 2019

Jho Low Dan Backstab Agenda (Siri 1)

※ Backstab agenda merupakan  agenda KHIANAT DENGAN NIAT kategori "jenayah kolar putih" yang diadunkan bersama "plot twist". Ianya didefinasikan sebagai tipu helah perancang (konspirator) berbentuk radikal (drastik) bagi mengubah jalan cerita (manipulasi) supaya keputusan yang disasarkan dapat dicapai. Kaedah Backstab agenda akan menampakkan mangsa (target person) bersalah pada pandangan umum kerana telah melanggar kontrak, musnahnya kepercayaan atau merosakkan keyakinan masyarakat yang menjurus kepada konflik moral dan psikologi dalam hubungan antara individu, organisasi atau antara individu dan organisasi.

※ Di dalam satu siri penerangan (revision and review) oleh Tony Pua, beliau memberi sedikit penerangan berkenaan satu plot didalangi oleh Jho Low untuk kenakan DS Najib melalui rangkaian beliau menerusi "backstab agenda". Sila klik link YouTube ini: https://www.youtube.com/watch?v=cFOgi_xqPzo&feature=youtu.be

※ Siapa Jho Low?. Taek Jho (Cina ringkas: 刘特佐; pinyin: Liú Tèzuǒ; atau Jho Low merupakan usahawan dan ahli perniagaan, lahir di George Town, Pulau Pinang. Merupakan cucu usahawan kelahiran China, Low Meng Tak yang membina harta kekayaan keluarga Low di China dan Thailand di tahun 60-an dan 70-an melalui lombong bijih besi, pembinaan, penjualan arak dan hartanah. Bapa Low ialah TS Larry Low Hock Peng pengasas syarikat pelaburan MWE Holdings, yang juga kroni rapat Tun Mahathir. Semasa Tun Mahathir sebagai PM ke-4, TS Larry Low diberikan pelbagai kontrak kerajaan, antaranya ialah Projek keretapi Kerteh-Kuantan, Projek Perumahan pegawai2 kerajaan, Projek Mukah Coal Stockyard, Projek Mukah Coal-Fired Power PlantRC works for coal handling & conveyor system, Projek Kota Samarahan Bus Terminal, Projek Assyakirin Commercial Centre, Projek Bandar Baru Betong, Projek Betong Bus Terminal, Projek Bintulu Sentral dll.

※ Agenda "khianat dengan niat" Jho Low terbongkar apabila Xavier Andre Justo (bekas Pekerja Petro-Saudi) berjaya menyeludup keluar 90 GB data dokumen dan 227,000 e-mail dari pelayan komputer Tariq Obaid pemilik syarikat Petro-Saudi. 90 GB data dan 227,000 e-mail tersebut mengandungi komunikasi (chit chat) sulit dan dokumen2 berkenaan urusniaga 1MDB-PetroSaudi yang berlaku di belakang tabir. Ianya telah membongkar konspirasi licik Jho Low yang merancang untuk "menyamun" wang pelaburan dari syarikat 1MDB.

※ Malangnya infomasi dari 90 GB data dan 227,000 e-mail itu telah jatuh ke tangan musuh2 DS Najib terlebih dahulu, ketika Justo dalam usaha mencari "pembeli" yang berminat untuk memiliki maklumat sulit itu dengan harga USD2 juta. Pada Oktober 2014, Claire Rewcastle Brown (pengarang Sarawak Report) pertama kali berjumpa dengan Justo di Hotel Plaza Athénée Bangkok. Kemudian Januari 2015, Claire Brown membawa pemilik akhbar the Edge Tong Kooi Ong (kroni Tun Mahathir) bertemu dengan Justo di hotel The Fullerton Singapura. Di mana selepas sessi penerangan, akhirnya Tong Kooi Ong bersetuju dengan syarat2 yang diberi oleh Justo. Dengan sebab itulah selepas BN tumbang kepada PH, pada 30hb Januari 2019 Tong Kooi Ong membayar saguhati RM8.2 juta (AS$2 juta) sebagai imbuhan ke atas "jasa" Justo membekalkan maklumat sehingga kerajaan BN tumbang setelah 61 tahun mentadbir Malaysia.

Oleh: Pena MZR
28hb Jun 2019





Tiada ulasan:

Catat Ulasan