Khamis, 27 Jun 2019

Jho Low dan Backstab Agenda (Siri 2)


※ Jho Low tidak bersendirian, beliau dibantu oleh pasukan peribadinya dan gerak kerjanya disokong oleh rangkaian konspirasi yang berprofil tinggi, iaitu;

1. Anggota konspirasi backstab terdiri daripada Jho Low (konspirator), Tariq Obaid (pemilik Petro-Saudi), Dato Shahrul Hilmi (bekas CEO 1MDB juga kawan rapat Jho Low) dan Nik Faisal (CEO SRC International juga kawan baik Jho Low). Nota: Prince Turki anak Raja Abdullah Raja Arab Saudi hanya digunakan tanpa sedar (manipulasi) oleh Jho Low sebagai "guarantor" untuk menjamin Tariq Obaid supaya 1MDB bersetuju "JV" dengan syarikat Petro-Saudi. Semasa mesyuarat pertama di atas kapal mewah, Prince Turki sendiri tidak menyedari malah tidak mengetahui yang beliau telah bersubahat dengan Jho Low yang ingin "menyamun" wang syarikat 1MDB.

2. Pasukan kan peribadi Jho Low terdiri daripada i). Li Lin Seet (Ketua Pegawai Pelaburan Good Star Ltd, Naib Presiden Jynwel Capital-syarikat Jho Low di Hong Kong dan beliau bersama Jho Low dalam Kumpulan Wynton & Unity Capital-Singapore), ii). Tiffany Heah (peguam UBG Bank juga penasihat undang2 Jho Low) dan iii). Patrick Mahony (pengarah syarikat investment group Ashmore iaitu pemodal utama pengoperasiaan syarikat Petro-Saudi dan pada 30hb September 2009 beliau juga dilantik sebagai "pengurus pelaburan” bagi syarikat Good Star Ltd).

※ Rumours yang dimainkan oleh Jho Low melalui e-mail kepada pasukan peribadinya dan pasukan konspirasi "backstab" bermula dari peristiwa Raja Abdullah Raja Arab Saudi perkenan menerima DS Najib mengadap pada Julai 2009. Intipati perjumpaan: DS Najib menyatakan hasrat Malaysia yang ingin melabur menerusi syarikat 1MDB dengan mana2 syarikat milik Arab Saudi di dalam skop bersesuaian dengan kata lain “1MDB ingin membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak besar”.

※ DS Najib sendiri pun tidak tahu yang 1MDB akan melabur dalam syarikat Petro-Saudi milik Tariq Obaid sehinggalah beliau bersama keluarga (anak2 dan isteri), Jho Low, Tariq Obaid dan Prince Turki bermesyuarat di atas sebuah kapal mewah di pinggir pantai Monaco Perancis pada 28hb Ogos 2009.*Nota: Mesyuarat di atas kapal mewah tersebut adalah satu "plot twist" bagi memerangkap DS Najib PM ketika itu yang dirancang oleh Jho Low supaya 1MDB bersetuju memulakan projek usahasama (JV) dengan syarikat Petro-Saudi.

※ Kenapa DS Najib percaya kepada Jho Low?. Ianya berkait dengan reputasi Jho Low, ada 2 sebab iaitu;

1. Pada tahun 2008, Sultan Mizan Sultan Trengganu (YDPA ketika itu) telah melantik Jho Low sebagai penasihat kewangan kepada syarikat Trengganu Investment Authority (TIA).

2. Pada Julai 2009, Raja Abdullah Raja Arab Saudi telah perkenalkan DS Najib kepada Prince Turki (anak ke-7 Raja Abdullah). Prince Turki juga telah diamanahkan oleh Raja Abdullah untuk membantu menunaikan hasrat DS Najib melabur dengan syarikat kepunyaan warga Arab Saudi. Tariq Obaid pula kawan lama Prince Turki. Dan Jho Low merupakan kenalan Tariq Obaid dan Prince Turki.

※ Selepas mesyuarat tersebut, Jho Low meneruskan "backstab agenda" dengan mengarahkan Tiffany Heah (Jho Low law advisor) dan pasukannya menyediakan satu draf undang2 yang bakal ditandatangani oleh pihak 1MDB dan Petro-Saudi. Sambil itu, Jho Low dan Tariq Obaid pula terus berkomplot untuk bersetuju menubuhkan anak syarikat Petro-Saudi bernama 1MDB-PETROSAUDI tanpa pengetahuan pihak 1MDB dengan meletakkan Good Star Ltd sebagai anak syarikatnya.

※ Pada 18hb September 2009, Jho Low telah menghubungkan Tariq Obaid (Petro-Saudi) dan Dato Shahrul Halmi (CEO 1MDB) pertama kalinya melalui e-mail supaya mereka berdua sedar, bersedia dan berupaya mewujudkan persefahaman (mutual understanding) di dalam gerak kerja yang dirancang. Selepas itu pada 28hb September 2009, perjanjian usahasama (joint venture agreement) antara 1MDB dan Petro-Saudi ditandatangani di atas "final JV Agreement" yang dibuat oleh Tiffany Heah. Pihak 1MDB tidak menyedari bahawa adanya klausa tersembunyi (hidden agenda) yang membolehkan Jho Low melencongkan wang pelaburan dari pihak 1MDB.

※ Kontroversi mula timbul apabila CEO 1MDB (Dato Sharul Halmi) membayar USD1 bilion untuk kontrak JV kepada Petro Saudi di dalam akaun 1MDB-Petro Saudi. Pada 30hb September 2009 Petro-Saudi telah melencongkan sebanyak USD700 juta keluar dari akaun JV. Persoalan: Ke mana perginya wang tersebut?.

※ Menurut akhbar The Guardian, wang berjumlah USD700 juta telah dihantar ke satu akaun bank di Zurich, Switzerland bernama RBS Coutts, di mana akaun itu adalah di bawah kawalan sebuah syarikat bernama Good Star yang beribu pejabat di kepulauan Seychelles tetapi didaftarkan di Cayman Islands. Semakan dilakukan mendapati, syarikat Good Star Ltd itu milik mutlak Jho Low bukannya milik syarikat Petro-Saudi.

※ Pada 30 September 2009, rekod menunjukkan Good Star Ltd membayar Tariq Obaid sebanyak USD85 juta dimasuk (Bank in) ke akaun Swiss JP Morgan. Pada 20hb Oktober 2009, Tariq Obaid menghantar e-mail kepada penghubungnya di JP Morgan mengarahkan wang USD33 juta dipindahkan ke akaun milik Patrick Mahony. Di ruangan tarikh kejadian ini, tiada pemindahan wang yang dibuat oleh Jho Low atau Tariq Obaid ke akaun Prince Turki.

※ Kenapa DS Najib bukan individu bersubahat dalam kes penyelewengan wang USD700 juta yang dilencongkan keluar dari akaun usahasama 1MDB-PETRO-SAUDI?. Ada beberapa sebab, antaranya;
1. "Janji" Raja Abdullah raja Arab Saudi yang akan mengiktiraf pelaburan syarikat 1MDB sebagai pelaburan antara kerajaan dengan kerajaan (G2G conceptual). Pada 16hb Febuari 2010 iaitu 5 bulan selepas perjanjian usahasama antara syarikat 1MDB dan Petro-Saudi dimenterai, DS Najib telah dianugerahkan darjah tertinggi kerajaan Arab Saudi, King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama) oleh Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud.
2. Semasa bermesyuarat di atas kapal mewah pada 28hb Ogos 2009, Prince Turki tanpa bertangguh (without delay) telah memberi 4 surat jaminan pelaburan iaitu i). Surat yang menyatakan mesyuarat kali pertama dihadiri oleh Raja Abdullah, Prince Turki dan DS Najib di Istana Raja Abdullah. Surat ini menggunakan "kepala surat" DiRaja Arab Saudi. ii). Surat dari kerajaan Arab Saudi yang memberi sokongan 100% kepada syarikat Petro-Saudi (G2G). iii). Prince Turki juga berikan surat sokongan dari Banque Saudi Fransi Bank (with bank letterhead) berkenaan kedudukan kewangan Petro-Saudi yang kukuh. iv). Bank milik kerajaan Arab Saudi juga memberi jaminan yang Tariq Obaid dan Prince Turki adalah pemilik syarikat Petro-Saudi. Prince Turki mengaku bahawa beliau adalah Co-founder syarikat Petro-Saudi.
3. Wang USD700 juta tersebut bukan hilang di dalam akaun 1MDB tetapi "hilang" di dalam akaun syarikat usahasama 1MDB-PETRO-SAUDI selepas bayaran dibuat oleh 1MDB.

※ Kelebihan yang diperolehi oleh DS Najib (kenyataan no 1-2 di atas) telah digunakan sepenuhnya oleh pihak 1MDB untuk mengadakan rundingan semula. Maka pada 30hb Mac 2010 setelah 6 bulan melabur, 1MDB dan Petro-Saudi menterai perjanjian "share sale agreement" bagi melupuskan ke semua 40% pegangan ekuiti USD1 bilion dalam syarikat usahasama 1MDB-PETRO-SAUDI (kontrak yang dicurigai) dengan balasan USD1.20 bilion melalui langganan Nota Murabahah pada kadar keuntungan 8.67% setahun (matang pada 31hb Mac 2021). Ianya disokong dengan jaminan korporat daripada PetroSaudi International Ltd. Hasilnya, pada 1hb Jun 2012 setelah 27 bulan melabur, 1MDB telah menebus semula Nota Murabahah termasuk keuntungan belum terima berjumlah USD2.22 bilion (RM6.80 bilion) melalui "asset swap arrangement" iaitu peraturan pematuhan oleh ISDA master agreement (Multicurrency-Cross Border) 1992.

※ Pihak 1MDB menggunakan beberapa kaedah sistem piawaian pelaburan untuk dijadikan garis panduan bagi menentu-ukur urusniaga 1MDB supaya berada dilandasan benar. Antaranya;
i. Asset Swap Arrangement
※ Menurut ISDA master agreement (Multicurrency-Cross Border) 1992, definasi Asset Swap Arrangement ialah apabila berlaku aktiviti antara penjual (grantor) dan peserta (counterparty) bagi aktiviti Asset Swap (bertukar harta), maka ianya perlu dicatat sebagai penambahan di jadual dan perlu disahkan aktiviti tersebut dengan tarikh terkini. Dan jika ada pembetulan, penambahan dan pengubahsuaian yang dibuat dari masa ke semasa pada jadual, ianya perlu mengikut tatacara "Securities Issuance Agreement".

ii). Nota Murabahah
Nota Murabahah ialah kontrak pematuhan rasmi akad jual beli melibatkan harga kos aset dan keuntungan yang dinyatakan dengan jelas kepada pembeli. Nota Murabahah merupakan instrumen yang digunakan oleh 1MDB untuk melindungi keputusan yang dibuat oleh pihak 1MDB apabila berlakunya ketidak-tentuan aliran wang dari akaun usahasama. Ini kerana transaksi yang dilakukan telah melalui proses "AKAD jual beli". Sekiranya berlaku kehilangan wang selepas transaksi ke akaun usahasama, wang tersebut bukan lagi dalam tanggungan 1MDB. Di dalam Murabahah, segala bentuk wang keluar untuk pelaburan, pinjaman atau suntikan modal di panggil  "Langganan Nota Murabahah".

Oleh: Pena MZR
28hb Jun 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan