Khamis, 27 Jun 2019

Jho Low dan Backstab Agenda (Siri 3)

Selepas 1MDB melupuskan 40% pegangan ekuiti, Petro-Saudi meminta pihak 1MDB membuat pelaburan tambahan USD830 juta untuk urusniaga "JV" di dalam Projek GDF Suez SA dan di beberapa projek lain. Pada 9hb September 2010, Lembaga Pengarah 1MDB bersetuju dengan langganan tambahan Nota Murabahah berjumlah USD500 juta. Dan 6hb September 2010 pula, BNM benarkan 1MDB pinjamkan USD500 juta (RM1.57 bilion) bagi memenuhi tuntutan langganan Nota Murabahah Petro-Saudi untuk Projek GDF Suez SA. Transaksi wang USD500 juta dibayar ke dalam akaun 1MDB PetroSaudi Ltd. di J.P. Morgan (Suisse) SA (Geneva) pada 14hb September 2010. Nota: Pelaburan projek ini diuruskan di bawah Nota Murabahah.

※ Manakala pada 12hb Mei 2011, syarikat usahasama 1MDB PetroSaudi Ltd. sekali lagi memohon dana pelaburan tambahan berjumlah USD330 juta (RM1.02 bilion). 16hb Mei 2011, Lembaga Pengarah dan pemegang saham 1MDB telah meluluskan permohonan tersebut. Pada 20hb Mei 2011, BNM membenarkan langganan tambahan Nota Murabahah USD330 juta diterbitkan untuk 1MDB PetroSaudi Ltd yang disokong dengan jaminan korporat oleh PetroSaudi International Ltd. Pindahan wang USD330 kepada syarikat 1MDB PetroSaudi Ltd. dibuat dalam 4 peringkat kiriman dana, yang kesemuanya dikreditkan ke akaun milik PetroSaudi International Ltd. (Saudi), iaitu 3 kiriman pada bulan Mei 2011 dan 1 kiriman pada 25hb Oktober 2011.

※ Dengan kata lain, atas permintaan Petro-Saudi, pihak 1MDB bersetuju meminjam tambahan dana berjumlah USD830 juta (menjadikan jumlah pelaburan 1MDB meningkat kepada USD1.83 billion).

※ Jho Low dan Tariq Obaid tidak pernah berdiam diri, mereka berusaha mengalihkan risiko dijejaki oleh pelbagai pihak dengan memplotkan satu lagi agenda khianat terhadap Prince Turki dan DS Najib. Mereka andaikan "apabila kehilangan wang ini terbongkar, dunia akan melihat terlebih dahulu kedua2 pemimpin negara ini sebagai pembelot kepada negaranya". Tariq Obaid dan Jho Low telah masukkan sejumlah wang ke dalam akaun Prince Turki dan DS Najib.

※ Pada Disember 2015 melalui salinan e-mail yang diperolehi dari Justo, pihak siasatan AS diketuai oleh FBI mendapati USD330 juta dari akaun PetroSaudi International Ltd. (Saudi) telah dipindahkan (transferred) ke dalam akaun Swiss Good Star Ltd oleh Jho Low atas permintaan Tariq Obaid “CEO PetroSaudi”.



※ Salinan emel dan rekod2 bank yang diteliti (money trail) oleh The Guardian juga mendapati dalam tempoh 9 bulan bermula September 2010, Tariq Obaid telah memindahkan USD77 juta dari akaun Swiss JP Morgan miliknya ke akaun Prince Turki Abdullah. Menurut pihak berkuasa AS pada Jun 2011 (money trail), Prince Turki juga telah menerima wang USD24.5 juta dari akaun bank Good Star Ltd yang dikawal oleh Jho Low. Dan beberapa hari seterusnya, sejumlah USD20 juta dari dana itu dipindahkan ke dalam akaun yang dimiliki oleh DS Najib.

Fakta 1MDB beralih konsep urusniaga usahasama dengan Petro-Saudi kepada Nota Murabahah dan "Asset Swap Arrangement" menjawab segala kemusykilan.

1. Sejumlah Wang USD330 juta dilencongkan dari akaun usahasama
※ Wang USD330 juta yang dilencongkan dari akaun PetroSaudi International Ltd. (Saudi) adalah wang tuntutan Langganan Nota Murabahah oleh Petro-Saudi yang dibayar oleh 1MDB untuk melabur di dalam syarikat PetroSaudi Oil Services Ltd. (PSOSL), iaitu subsidiari PetroSaudi International Ltd.. Wang itu telah dimasukkan (bank in) ke dalam akaun usahasama melalui 3 kiriman yang dibuat pada bulan Mei 2011 dan 1 kiriman pada 25hb Oktober 2011. Tetapi wang tersebut telah dilencongkan oleh Jho Low atas keizinan Tariq Obaid pemilik Petro-Saudi. Siasatan pihak FBI mendapati wang USD330 juta tersebut telah dipindahkan ke akaun Good Star Ltd antara 20hb Mei 2011 dan 25hb Oktober 2011.

※ Sistem pengurusan risiko (calculated risk management system) pihak 1MDB adalah tepat, membuat keputusan melupuskan 40% pegangan saham seterusnya bertukar kepada Nota Murabahah dan asset swap arrangement telah menyelamatkan wang 1MDB dari hilang (gone by the wind). Mengikut terma "perjanjian Nota Murabahah": Selepas proses akad jual beli dan wang USD330 juta itu telah masuk ke dalam akaun usahasama, maka wang tersebut bukan lagi wang 1MDB. 1MDB telah mementerai satu lagi perjanjian "Asset Swap Arrangement" yang benarkan 1MDB memiliki ekuiti aset syarikat PetroSaudi Oil Services Ltd. (PSOSL) sekiranya wang USD330 juta tidak dibayar.

※ Setelah 27 bulan melabur dalam Nota Murabahah (wang USD330 juta tersebut gagal dibayar oleh Petro-Saudi), pada 1hb Jun 2012 1MDB telah menebus semula Nota Murabahah termasuk keuntungan belum terima berjumlah USD2.22 bilion (RM6.80 bilion) melalui asset swap arrangement di mana subsidiari 1MDB, iaitu 1MDB
International Holdings Ltd. (1MDB-IHL) mengambil alih 49% kepentingan ekuiti dalam PetroSaudi Oil Services Ltd. (PSOSL), subsidiari PetroSaudi International Ltd. 1MDB-IHL  juga memeterai "call and put option" dengan PetroSaudi International Ltd. bagi mengambil alih baki 51% pegangan ekuiti dalam PSOSL pada harga opsyen USD10. Tarikh matang opsyen tersebut ialah pada 31 Disember 2015.

2. Wang yang dipindahkan (wired transferred) ke akaun Prince Turki dan DS Najib

※ Siasatan pihak FBI mendapati bermula September 2010, Prince Turki telah menerima 2 kali kemasukan wang dari pihak yang berkepentingan, iaitu

i).  Tariq Obaid memindahkan USD77 juta dari akaun Swiss JP Morgan miliknya ke akaun Prince Turki Abdullah.

ii). Pada Jun 2011, Jho Low telah memindahkan USD24.5 juta wang ke akaun Prince Turki dari akaun bank Good Star Ltd.

※ Beberapa hari kemudian, Jho Low melalui syarikat Good Star Ltd telah masukkan USD20 juta ke dalam akaun peribadi DS Najib di Kuala Lumpur.

※ Objectif Jho Low dan sekutunya Tariq Obaid adalah supaya dunia memandang Prince Turki dan DS Najib sebagai pembelot kepada negara masing2. Tetapi mereka ini lupa bahawa wang tersebut (USD500 juta dan USD330 juta) sudah menjadi milik Petro-Saudi apabila urusniaga diselesaikan secara Nota Murabahah. Oleh itu, nilai wang tersebut umpama "hadiah" tidak diminta dan kemasukan wang tersebut juga tidak ada bukti wujudnya perjanjian atau "mutual understanding" untuk pihak berwajib (DoJ, FBI, SPRM) buktikan bagi sabitkan Prince Turki dan DS Najib dengan mana2 perlanggaran undang2 yang ada.

Rujukan
1. https://educalingo.com/ms/dic-en/backstab
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Low_Taek_Jho
3. http://darulehsanleaks.blogspot.com/2017/12/mahathir-terlupa-tan-sri-larry-low.html?m=1
4. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/01/17/najib-terima-anugerah-raja-arab-saudi
5. http://m.utusan.com.my/berita/nasional/andre-justo-terima-rm8-2-juta-dari-the-edge-1.833431
6. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jho-low-banyak-ambil-duit-1mdb-untuk-dirinya-tun-mahathir-207000
7. https://www.malaysianreview.com/108740/jelaskan-mengapa-terima-arahan-jho-low/
8. http://limsiansee.blogspot.com/2015/07/jho-low-prince-turki-and-najib-photos.html?m=1
9. https://www.theguardian.com/world/2016/jul/28/1mdb-inside-story-worlds-biggest-financial-scandal-malaysia
10. Rujuk juga 1MDB-summary-report-audit-executive.pdf

Oleh: Pena MZR
28hb Jun 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan