Sabtu, 31 Ogos 2019

Kenapa politikkan kempen "QuranHour" kerana ianya tidak membabitkan pelajar Non Muslim

Sin Chew Daily dilihat terus bermain API!! Sebaik sahaja Akhbar Cina ini berjaya dengan permainan sentimen membatalkan Khat Jawi di Sekolah, kini QuranHour pula menjadi sasaran Akhbar Cina ini. Teo Nie ching  seperti biasa menjadi pembakar api! Cuba menyemarakkan lagi isu tersebut,  masihkah kita tak nampak...?

Akhbar berbahasa Cina itu turut melaporkan bahawa beberapa guru besar sekolah Cina terperanjat selepas mereka mendapat surat pekeliling dan laporan tersebut tiada ulasan dari Jabatan Pendidikan Negeri maupun dari Kementerian.

Surat bertarikh 28 ogos telah dimaklumkan kepada guru besar bahawa kempen tersebut boleh dibuat pada masa masa yang sesuai. Ini bertujuan agar dapat menggalakkn rakyat Malaysia berinteraksi dengan Quran sebagai "Bangsa Yang Merdeka"

Akhbar Sin Chew Daily turut melapurkan,  ia bukan satu arahan tapi sekolah digalakkan turut serta dengan kempen itu.
Jesteru itu Guru Besar sekolah Cina akan menganjurkan kempen "Patriotik" bagi menggantikan #QuranHour.

Berdasarkan dari penjelasan mereka, kempen QuranHour ini telahpun bermula sejak tahun 2015 dan ianya tidak membabitkan murid bukan muslim. Tiada terdapatpun murid bukan islam yang terbabit dalam kempen ini.. Tetapi kenapa Sin Chew Daily mengeluarkan kenyataan tersebut. Adakah ianya bertujuan seolah-olah cuba menghangatkan lagi suasana politik perkauman..??


Oleh :
Simah Mamat
Aktivis NGO PerSoNa


Khamis, 29 Ogos 2019

Bagaimana Pendatang Tanpa Izin mudah mendapat kad pengenalan..??

Pendatang tanpa izin dapat I/C..? Siapakah dalangnya..??

Baru² ini kita dikejutkan dengan satu berita dimana, system di KLIA tak berfungsi untuk beberapa hari. Kebetulan pada masa yang sama, di laman media sosial pula tercetus fenomena kelambakan pendatang dari negara China samada mereka datang sebagai pelancung atau melalui agen pekerjaan, sehingga hari ini tidak dapat dipastikan.

Dari situasi di atas kini muncul pula cerita dimana beberapa keping kad pengenalan turut tersebar. Mereka menggunakan kad pengenalan dengan nombol, alamat yang agak mencurigakan. Adakah mereka ini sebenarnya pendatang asing yang datang ke Malaysia dan telah diberikan kad pengenalan oleh pihak² tertentu..??

Ada yang telah membuat semakan ke atas beberapa kad pengenalan dengan pejabat suruhanjaya pilihan raya SPR, dan hasil dari semakan ini, didapati mereka ini tiada rekod yang didaftarkan mereka sebagai pemilih.
Situasi ini membimbangkan Warganegara Malaysia kerana dikhuatiri fenomena ini boleh mencetus suasana tidak sihat di dalam negara. Mungkinkah ada tangan² ghaib individu tertentu bersubahat di dalam pemalsuan kad pengenalan ini. Atas tujuan tertentu. Siapakah dalangnya..?

Kita bukan menolak mereka yang bukan warganegara untuk mencari rezki di Malaysia. Tetapi apabila pendatang asing ini boleh mendapat kad pengenalan dengan senang bermakna hak2 Warganegara akan mereka monopoli sesuka hati mereka.

Malah kami juga khuatir mereka mendapat kad pengenalan tersebut dengan cara tidak sah yakni melalui pintu belakang..

Harap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan menyeluruh. Seandainya ada sindikit yang memalsukan kad pengenalan ini segeralah bertindak dan dalangnya di dakwa di muka pengadilan..

Oleh:
Simah Mamat
Aktivis NGO PerSoNa

Rabu, 28 Ogos 2019

SISTERS IN ISLAM (SIS) KEKAL SEBUAH PERTUBUHAN SESAT..!!

Berikut adalah beberapa senarai isu yang pernah menjadi persoalan berhubung pendirian Pertubuhan Sisters in Islam (SIS). Mereka adalah sebuah pertubuhan yang sering menyebarkan pemikiran liberal yang sesat dan menyeleweng serta terpesong dari ajaran Islam. Mereka juga sering melakukan sesuatu yang bertentangan syarak dan agama antaranya :

(a) Sisters in Islam menyokong perhimpunan LGBT (14 Mac 2019)
Baca: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/541058/himpunan-lgbt-3-dipanggil-beri-keterangan-isnin
(b) Sisters menggesa amalan bersunat diharamkan (26 Januari 2019)
Baca: https://www.ismaweb.net/2019/01/26/sisters-in-islam-gesa-amalan-bersunat-diharamkan/
(c) Sisters menyatakan al-Quran tidak pernah mewajibkan pemakaian tudung dan ia hanya pilihan peribadi seseorang. (22 June 2015)
Baca: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2015/06/22/quran-doesnt-specify-womens-hair-as-aurat-muslim-ngo-insists-as-conservativ/919835
(d) Sisters menolak hukum Hudud (14 Oct 2015)
Tonton: https://www.youtube.com/watch?v=C07uS-0gyu8
Baca: Sisters in Islam tegas bantah hudud, dakwa tidak adil kepada wanita (5 Oct 2011)
http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.915.121
(e) Sisters memperlekehkan Fatwa (4 Ogos 2018)
Baca: https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/sharing-the-nation/2013/08/04/the-essence-of-fatwa
(f) Sisters mempertahankan peserta Ratu cantik dan menyifatkan Fatwa sebagai tidak demokratik (23 July 2013)
Baca: http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.1188.10
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga telah menolak permohonan semakan kehakiman oleh Sisters in Islam (SIS) bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng. Hakim, Datuk Nordin Hassan memutuskan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor bahawa SIS Forum Berhad terpesong dari ajaran Islam adalah sah dan tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang.
Lihat: https://www.indahnyaislam.my/2019/08/fatwa-selangor-isytihar-sis-sesat-dan-menyeleweng-kekal/


Oleh:
Simah Mamat
Aktivis NGO PerSoNa

Isnin, 26 Ogos 2019

Jgn sampai cacing naik ke mata..


Inilah pejuang yang sebenar .... Jadi pada yang tidak faham tolong belajar sejarah bukn dengan membabi buta iktiraf pengganas komunis sebagai wira!!!

Sejak pemerintahan Pakatan Harapan (PH), gerakan pelampau sama ada radikal agama atau liberal yang mengikut ideologi Cina Komunis semakin bermaharajalela dan menunjukkan taring, gerakan ini bukan sahaja mengingkari keputusan kerajaan, malah mereka juga sudah berani menderhakai institusi Raja-Raja dan Yang Di-pertuan Agong.

Jgn sampai cacing sudah naik ke mata, baru kita sedar di mana semuanya sudah terlambat.

Oleh
Simah Mamat
Aktivis NGO PerSoNa

Ahad, 25 Ogos 2019

PBB sifatkan peratusan kemiskinan Malaysia tidak realistik

▪️Kadar kemiskinan terendah iaitu 0.4% yang dicapai pada 2016 adalah kerana Malaysia meletakkan penanda aras kemiskinan sebanyak RM980 sebulan bagi setiap isi rumah.

▪️Dalam satu laporan yang didedahkan pada Jumaat (23hb Ogos 2019) Pelapor Khas Kemiskinan dan Hak Asasi Manusia PBB, Philip Alston menyifatkan kadar kemiskinan negara 0.4% pada 2016 kini tidak realistik kerana penanda aras yang rendah berbanding kos sara hidup yang tinggi. Kadar kemiskinan yang sebenar di Malaysia adalah kira2 15%.

▪️Realitinya, Malaysia dilihat mempunyai kadar kemiskinan hampir dengan negara lain iaitu 15%. Masalah utamanya ialah kewujudan 0.4% melibatkan 25 ribu isi rumah di Malaysia dikategorikan miskin. Pada akhirnya, ia dilihat pada proses membuat polisi.

▪️Pegawai kerajaan ada yang mengatakan tiada kemiskinan jadi tidak perlu program basmi kemiskinan terlalu mendalam kerana kononnya kamu hanya perlukan polisi kerajaan. Namun realitinya, kemiskinan tidak mampu memadamkan dapatan daripada polisi sosial dan ekonomi.

▪️Polisi Bumiputera perlu selari dengan matlamat memastikan kesejahteraan orang Melayu sama seperti kesejahteraan orang Asli kerana prinsipnya sama. Harap kerajaan terus mempromosikan polisi yang positif, dan jabatan yang berkaitan. Harap menteri berkaitan terus pertahankan hak orang asal serta tidak bersikap pasif.

▪️Masalah besar adalah realiti politik Malaysia. Tiada kerajaan yang semalam berkata bahawa tiada kemiskinan, tapi hari ini ia diubah dan beritahu bahawa seorang daripada 6 orang Malaysia miskin.

▪️Alston mengiktiraf pelbagai inisiatif yang diambil kerajaan selama ini untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, serta menambah baik akses kepada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan. Kerajaan tidak perlu sembunyi fakta sebenar dalam realiti tahap kemiskinan negara.

▪️Kerajaan tidak mahu melakukan perkara itu. Kerajaan biasanya mengatakan Malaysia sebuah negara kaya, bakal mencapai status negara berpendapatan tinggi dan rakyat layak dapat kehidupan yang lebih baik, kita tidak lagi akan menggunakan RM980 sebagai penanda aras lagi, kita akan tingkatkannya. Itu adalah indikasi kehidupan miskin yang tinggi

Laporan penuh Alston akan dibentang kepada Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva pada Jun 2020
1.
https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/pbb-sifatkan-peratusan-kemiskinan-malaysia-tidak-realistik-215729%3famp=1
2.
http://www.astroawani.com/video-malaysia/pbb-kemiskinan-tegar-lebih-buruk-dari-yang-digambarkan-1805899


Oleh: Pena MZR

Konsep 3R kerajaan diminta agar bersikap lebih telus dan adil

Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan hendaklah memberi penjelasan secara lengkap berhubung konsep 3R supaya ianya lebih telus, jelas dan tidak disalah guna pihak tertentu dari kerajaan maupun pihak pembangkang dan juga pengiat media sosial khususnya.

Adakah seseorang pemimpin politik itu akan  dianggap bersalah sekiranya mereka cuba untuk mempertahankan prinsip atau agama apabila terdapat pihak tertentu yang secara lantang menghina agama Islam, raja-raja dan menghina orang melayu.?

Apakah ianya satu kesalahan bagi seseorang yang menyuruh agar pihak berwajib lebih peke agar segera mengambil tindakan terhadap orang yang menghina raja-raja seperti dalam bentuk perkataan iaitu rompak dan syaitan.?
Apabila kita cuba membela dalam konteks yang dinyatakan, adakah ia akan dianggap sebagai seorang yang menggunakan isu beraja? Sebaliknya kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang menghina raja-raja. Bukankah itu yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan..?
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang memainkan isu 3R, menerusi segala undang-undang sedia ada termasuk Akta Hasutan 1948.
“Saya hendak mengingatkan jangan ‘main-main’. Polis ada. Mereka tahu dan diberi arahan untuk gunakan apa juga undang-undang yang ada.
“Akta Hasutan selagi ia belum dimansuhkan, ia masih dikuatkuasakan. Soal sama ada ada yang setuju atau tidak, itu soal lain. Saya fikir semua orang setuju kerana yang penting soal keamanan dan keselamatan negara tidak boleh dikompromi,” kata Muhyiddin
Sepatutnya kerajaan perlu bersikap lebih adil dan profesional tanpa mengira siapa yang terbabit yang mengeluarkan perkataan-perkataan yang mengores hati rakyat. Jangan pula bila pembangkang nak pertahankan soal prinsip ini akan diambil tindakan, tetapi kalau pihak kerajaan timbulkan persoalan tentang perkara sama dibiarkan, ini tidak kena. Maknanya ‘rule of law’ itu mesti berlaku, 
Kerajaan mestilah berubah dan menunjukkan sikap bertanggungjawab tanpa memilih siapa yang menimbulkannya dan siapa pula yang membalasnya. Sikap kerajaan yang sering memihak kepada individu di dalam kepimpinan Pakatan Harapan ini memang amat ketara sekali, sehingga ianya menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pemimpin pembangkang, NGO, dan rakyat. 

Oleh :
Simah Mamat
Aktivis NGO PerSoNa



Sabtu, 24 Ogos 2019

Dr Zakir Naik tidak akan dihantar pulang keputusan terbaik dari Tun Mahathir

Ternyata tulisan Tok Mat dlm FB beliau yang meminta supaya PM berfikir dengan bijak serta mengambil tindakan yang waras berkaitan isu Dr Zakir Naik yang hendak dihantar pulang ke India tu mendapat perhatian daripada Tun Dr Mahathir. Dengan kenyataan tersebut ianya merubah keputusan PM. Syabas dan tahniah kepada Tok Mat kerana berjaya mempengaruhi PM dengan tulisan yang penuh simbolik serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (kbat) πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2544583598938374&id=100001602753927

Zakir Naik, Kemajmukan Malaysia dan Hak Asasi. Kekuatan sebenar Malaysia ialah kemajmukannya. Kehidupan harmoni pelbagai kaum dan agama, telah menjadi karakter utama negara ini. Lalu sesiapa jua yang cuba mengugat keharmonian ini, wajar bertangungjawab atas tindakan mereka.

Jika benar apa yang diucapkan oleh Zakir Naik di Kota Baharu itu, bersifat menghasut dan boleh mengancam kehidupan rukun damai masyarakat Malaysia, maka beliau harus bertanggungjawab dan menghadapi proses undang-undang.

Kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin dalam Perlembagaan. Tetapi ia bukan mutlak. Tiada siapa jua, walau seorang ulama besar mahupun negarawan, mempunyai kebebasan untuk memperlekehkan status, kedudukan dan kewarganegaraan kaum tertentu di Malaysia.

Kepada Zakir Naik, anda telah dilayan dengan terhormat di negara ini. Dan anda seorang pendakwah yang terkemuka. Maka adalah tanggungjawab anda untuk berlaku bijaksana dan menujukkan teladan bahawa Islam itu adalah kebaikan untuk semua.

Jika anda tidak berupaya melakukan itu, maka anda tidak boleh menyalahkan Kerajaan Malaysia jika ia bertindak keatas saudara. Namun tindakan mengusir Zakir Naik haruslah dipertimbang sebaik-baiknya. Tun Mahathir berhadapan dengan keadaan yang sukar.

Tidak mengusir beliau akan dilihat sebagai penerimaan kata-kata beliau yang menyinggung perasaan, malah tidak menghormati kaum-kaum tertentu di Malaysia. Namun begitu, jika dihantar pulang, nyawa dan hak asasi beliau akan terancam, maka kita mesti bertindak rasional.

Walau macamana tidak setuju pun kita dengan pendapat Zakir Naik dalam isu tertentu, keadilan hanya akan dapat dicapai jika kita mendapat jaminan bahawa hak asasi beliau dihormati, jika beliau diusir. Jika diyakini bahawa hak asasi itu akan dikompromi, maka Malaysia bertanggungjawab untuk bertindak dengan bijaksana berdasarkan amalan terbaik perundangan antarabangsa.

Perdana Menteri harus mengimbangi kepentingan nasional, hak asasi Zakir Naik dan pertimbangan politik pelbagai kaum di Malaysia. Yang pasti, kita mengharapkan keputusan berhikmah dari beliau.
Dato Seri Haji Mohamad bin Haji Hasan
Timbalan Presiden UMNO - Tok Mat


Oleh : 
Simah Mamat
Aktivis NGO PerSoNa