Jumaat, 19 Julai 2019

DS Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir saling Sabotaj. (Siri 1)



▪️Fasa pecah dan perintah (devide and rules phase) yang dihalakan kepada parti UMNO, BN dan PAS tidak menjadi. Ini merupakan isyarat jelas yang telah disampaikan oleh kedua2 Presiden UMNO (DS Zahid) dan PAS (TGHH), bahawa Islam dan bangsa Melayu menolak usaha dari parti yang bersekongkol dengan parti cauvinis DAP.

▪️Namun begitu, tempias "devide and rules phase" telah terkena parti PKR. Perbezaan pendirian berkenaan keputusan siasatan mengenai watak di dalam video semburit telah mencetus suasana tegang di dalaman parti PKR. DS Anwar (Presiden) dan DS Azmin Ali (Timbalan Presiden) berbeza pendirian berkenaan isu moral dan sahsiah kepimpinan. PKR kini secara tidak langsung telah sah berpecah kepada 2 "team" iaitu team Anwar dan team Azmin.

▪️Episod penyingkiran watak dan pembongkaran (character removal & demolition) yang sengaja diwujudkan dalam saingan antara Anwar Ibrahim (PKR) vs Azmin Ali (PKR) kini diubah-suai (manipulated) kepada episod penyingkiran dan pembuktian watak (personality removal & argumentation character). Sidang media DS Anwar pada 17hb Julai 2019 berkenaan gesaan Anwar agar Azmin Ali meletak jawatan merupakan satu perangkap yang telah dijangka oleh konspirator. Mereka ingin melihat watak sebenar (the true color of) Anwar Ibrahim ketika berhadapan dengan pesaing (yang juga reformis sejak tahun 1998) untuk jawatan PM ke-8. Persoalan: Siapa cadangkan Anwar Ibrahim membuat sidang media?.

▪️Tangkapan oleh pihak PDRM terhadap individu yang terkait dengan Haziq (watak utama kes semburit di Sandakan) merupakan individu2 yang ingin melihat Anwar Ibrahim ditabal sebagai PM ke-8. PKR Perak sahkan bahawa Pengerusi negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak merupakan antara 3 individu ditahan polis bagi membantu siasatan kes video semburit. Farhash adalah setiausaha politik kepada Presiden PKR DS Anwar Ibrahim. Munculnya nama Farhash (argumentation character) yang direman menyebabkan tanggapan ramai orang termasuk pemimpin2 politik secara prejudice melihat Anwar Ibrahim sebagai individu "tamak kuasa" dan tidak boleh dipercayai apabila "kawan makan kawan".

▪️Terdahulu diberitakan seramai 14 MP sahaja yang menyokong Azmin Ali. Namun begitu, pada 19hb Julai 2019 dilaporkan bahawa kedudukan Azmin Ali dalam PKR semakin selesa apabila sokongan dari ahli2 Parlimen (MP), ADUN2, pengerusi PKR negeri2 dan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR terus meningkat.

▪️Machiavelli dalam Buku VI Seni Perang (The Art of War) menulis bahawa konspirator sedaya upaya membahagi pasukan musuh (teori devide and rules), dengan timbulkan syak orang2 yang dipercayai, dan dengan memberi punca bagi mereka memecahkan pasukannya. Berdasarkan kepada teori devide and rules Machiavelli, kemungkinan besar terdapat plot untuk singkirkan Anwar Ibrahim dan keluarga dari PKR (personality removal).

▪️Anwar Ibrahim diberitakan pernah merancang untuk membuat "vote no confidence" terhadap Tun Mahathir tetapi tidak kesampaian. Dan Anwar juga pernah mencanangkan akan melakukan serangan terbuka (all out onslaught) terhadap Tun Mahathir sekiranya tidak meletak jawatan selepas bulan September 2019. Namun begitu, dipercayai Azmin Ali dan pasukannya akan menyingkirkan Anwar Ibrahim dan keluarga dari PKR selepas rombakan kabinet.

▪️DS Anwar dan pasukannya masih lagi mempunyai masa untuk bertindak balas. Mereka dipercayai tidak akan berdiam diri untuk berdepan dengan pasukan Azmin Ali dan Tun Mahathir.
1.
http://theunspinners.blogspot.com/2019/01/azmin-isytiharkan-perang-terhadap-anwar.html?m=1
2.
http://www.utusan.com.my/berita/politik/azmin-patut-letak-jawatan-jika-video-sahih-1.938698
3.
https://m.malaysiakini.com/news/484275
4.
https://www.facebook.com/177896126093/posts/the-mahathir-anwar-fight-is-now-out-in-the-open-anwar-is-utilising-the-alternati/10156572854586094
5.
https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/its-just-politics/2019/07/07/a-crack-in-anwar-and-azmins-relationship/
6.
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2019/07/17/pegawai-anwar-video-seks

19hb Julai 2019
Oleh: Pena MZR

ANWAR TIDAK MAMPU MENGAWAL AHLINYA MACAMANA NAK JADI PM-8.??


Di dalam PKR itu sendiri apabila 27 orang MPP dab MP termasuk Timbalan Presiden dan 4 naib President begitu tegas dan begitu lantang MENGKRITIK DSAI di mana DSAI adalah Presiden mereka, ini cukup  jelas dilihat yang Anwar telah hilang kawalan terhadap partinya sendiri..Justeru sukar baginya untuk menjawat jawatan PM-8. Ini kerana sokongan ahli yang berhormat secara tanpa selindung menyebelahi pesaing Anwar..

Menidakkan mana-mana pemimpin PKR dilantik sebagai PM8 mungkinkah telah diatur secara halus oleh tangan-tangan ghaib sejak PM7 angkat sumpah..? Ini dapat dilihat apabila Tun seringkali berubah memberi kenyataan bilakah tarikh sebenar penyerahan kuasa dapat dilakukan. Dulunya hanya 2 tahun serahan jawatan akan berlaku, kemudian Tun mengumumkan beliau memerlukan masa 3 tahun kononnya untuk memulihkan ekonomi sebelum serahan kuasa dilakukn. 

Namun baru-baru ini Mukhriz pula mengeluarkan kenyataan seolah-olah jawatan Perdana Menteri itu bakal menjadi warisan turun temurun dan mengelarkan Anwar jangan tamak kuasa.

Tahniah diucapkan pada DSAI kerana tamakkan kuasa & menolak mentah-mentah tawaran kerjasama yg dihulur BN masa tu. DSAI memilih untuk percaya pada sosok yg mengencing dia berulang kali.  Anwar tetap Anwar.. Beliau tetap tidak sedar dan merasa serik..

Oleh ;
Tinta Biru SM

Khamis, 18 Julai 2019

DI PENANG -RAKUSNYA DAP MENJUAL TANAH


Lim Guan Eng jual apa di Penang:
1. Tapak masjid di Queens Bay
2. Tanah laut di Gurney Drive
3. Tanah sawit di Batu Kawan.
4. Tanah PPR Tmn Manggis.
5. Tanah Peel Street
6. Tanah laut di Teluk Kumbar.

Ribuan ekar dijual kpd swasta & kroni dgn nilai berbilion dlm masa 10 tahun.
Sbb itu kewangan negeri sentiasa surplus, bkn sbb LGE pandai urus ekonomi tapi pandai jual aset negeri. Tetapi dia memang pandai main wayang, kononnya Penang ada lebihan wang sebab kerajaan DAP bersih dan tiada rasuah. Memang wayang sungguhlah SUA DAP ni.

Jika pendapatan tambahan itu adalah dari penjualan tanah serta aset kerajaan negeri, mengapa Kerajaan P.Pinang tidak boleh menjual sebidang tanah lagi yang bernilai RM1 bilion bagi mengelak meminjam dari Bank EXIM di China yang akan turut melibatkan kos faedah..?

Adakah dengan menjual aset kerajaan negeri yang semakin berkurangan bagi menampung kenaikan perbelanjaan operasi tahunan yang besar boleh dianggap sebagai satu tadbir urus yang baik untuk jangka masa akan datang?

Dengan pembohongan ini, mereka masih mampu memerintah sehingga sekarang. Yang peliknya.. Butakah mata orang penang? Pekak kah telinga depa? Tak bijak kah mereka untuk berfikir? Mujur penang hanya sebuah negeri yang di pinjamkan oleh kedah... Jika tak, dah lama dah jadi kowloon or 2nd Hong Kong... Fikir lah wahai org melayu penang...

Oleh ;
Tinta Biru SM

Rabu, 17 Julai 2019

HANYA 14 ORANG AHLI PARLIMEN PKR SOKONG AZMIN (DAN MAHATHIR)

Dalam kepimpinan PKR itu sendiri terbahagi kepada kem-kem yang memihak kepada seseorang pemimpin.. Walaupun satu parti namun masing2 tidak sehaluan.

Kita lihat disini terdapat senarai sebenar 27 pemimpin2 PKR yang terdiri daripada 14 Ahli Parlimen, 8 ADUN dan 5 Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR yang berada di kem Azmin. Terdahulu diberitakan seramai lebih 20 MP yang menyokong Azmin. Namun kini hanya tinggal 14 MP sahaja. Terdapat 6 MP teah U-turn, termasuk Shamsul Iskandar. Sebab ada ura2 Shamsul Iskandar ingin lawan Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan akan datang.

AHLI PARLIMEN
1. YB Zuraida Kamaruddin - Naib Presiden PKR (Menteri Perumahan)
2. YB Dr. Xavier Jayakumar - Naib Presiden PKR (Menteri Air)
3. YB Baru Bian - Pengerusi MPN Sarawak / Ahli MPP (Menteri Kerja Raya)
4. YB Dato’ Saifuddin Abdullah - Ahli MPP (Menteri Luar Negeri)
5. YB Sivarasa Rasiah - Ahli MPP (Timbalan Menteri)
6. YB Ali Biju - Naib Presiden PKR (MP)
7. YB Dato’ Sri Dr Santhara - Timbalan Setiausaha Agung / Ahli MPP (MP)
8. YB Dato’ Rashid Hasnon - Ahli MPP (MP)
9. YB Dato’ Dr Mansor Othman - Ahli MPP (MP)
10. YB Dato’ Kamarudin Jaafar - Ahli MPP (MP)
11. YB Steven Choong - MP Tebrau
12. YB Jonathan Yasin - MP Ranau
13. YB Willy Mongin - MP Puncak Borneo
14. YB Maria Chin Abdullah - MP Petaling Jaya

ADUN
1. YAB Amirudin Shari - Ahli MPP
2. YB Haniza Talha - Ketua Wanita / Ahli MPP
3. YB Elizabeth Wong - Ahli MPP
4. YB Azmizam Zaman Huri - Ahli MPP
5. YB Hee Loy Sian - Ahli MPP
6. YB Lee Kai Loon - Ahli MPP
7. YB Dr Daroyah - Timbalan Ketua Wanita / Ahli MPP
8. YB Muhammad Hilman Idham - Timbalan Ketua AMK /Ahli MPP

AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT PKR
1. Tian Chua - Naib Presiden
2. Rahimah Majid - Ahli MPP
3. Zakaria Abdul Hamid - Ahli MPP
4. Mohd Radzlan Jalaludin - Ahli MPP
5. Gan Pei Nei - Ahli MPP

Dalam usaha cantas mencantas ini seramai 4 orang pemimpin PKR bersuara menegur Presiden mereka Anwar Ibrahim agar tidak mengeluarkan kenyataan2 yang boleh merosakknn parti. Mereka adalah penyokong kem Azmin Ali.




Selasa, 16 Julai 2019

Tun Mahathir sudah terdesak atau tidak?. (Siri 4)



▪️Chapter "The lastman standing" telah memasuki bab penyingkiran watak dan pembongkaran (character removal & demolition). Kini saingan antara Anwar Ibrahim vs Azmin Ali vs Mukhriz telah berubah kepada saingan antara Anwar Ibrahim vs Mukhriz Mahathir setelah Azmin sudah pasti tersingkir.

▪️Jentera khas parti PPBM buat masa ini masih lagi gagal merungkai jalan penyelesaian untuk membantu Tun Mahathir melawan tuntutan kem DS Anwar Ibrahim. Ternyata kem penyatuan Ummah antara UMNO, BN, PAS dan NGO2 yang diusaha atas asas Islam dan Bangsa Melayu telah menutup rapat pintu kerjasama dengan mana2 parti komponen PH menjadi penyebab kedudukan Tun Mahathir semakin terhimpit.

▪️Kem DS Anwar pula dilihat semakin meningkatkan tekanan kepada DS Azmin Ali. Sepucuk surat arahan dari PKR pusat dikirim meminta Azmin "cuti" sehingga siasatan kes semburit dapat diselesaikan. Namun begitu, DS Azmin enggan menurut perintah parti sambil memberi maklum balas "keras" sewaktu diajukan soalan oleh pihak media.

▪️Kesanggupan DS Anwar membela Wan Ji ustaz DAP atas dakwaan dipukul dalam lokap polis menunjukkan kesungguhan beliau untuk bersama dengan DAP di masa depan. Ungkapan 6 patah perkataan dari Superman Hiew penceramah DAP ketika kempen di PRU ke-14 untuk Tun Mahathir... "ambil nyawa dia, ketika dia sakit"... memberi gambaran bahawa DAP tetap akan memusnahkan kerjaya politik Tun Mahathir apabila tiba masa yang sesuai. Mungkin inilah saat yang DAP tunggu2 selama ini.

▪️Anwar Ibrahim vs Mukhriz.
Realitinya, Mukhriz belum lagi dibenarkan oleh konspirator untuk menonjolkan diri sebagai penghalang kepada cita2 Anwar untuk jadi PM ke-8. Beliau memerlukan proksi yang sanggup berdepan dengan Anwar Ibrahim. Samada kebetulan atau dirancang, pada malam 16hb Julai 2019 kem Azmin telah bermesyuarat dengan Tun Mahathir dan bersetuju untuk meletak Zuraida (PKR) sebagai bakal PM ke-8 bersaing dengan Anwar Ibrahim. Kali ini siapa pula yang terperangkap?.

1.
https://www.sinarharian.com.my/article/31432/BERITA/Nasional/Peralihan-jawatan-PM-Penyokong-Tun-M-Anwar-berbalas-teguran
2
https://www.facebook.com/gerakperak/posts/995569074177349/
3.
https://m.malaysiakini.com/news/483987
4.
https://m.malaysiakini.com/news/484109
5.
https://m.utusan.com.my/berita/politik/pas-tolak-kerjasama-ph-terus-ta-8217-awun-dengan-umno-1.937780
6.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156581015201094&id=177896126093&__tn__=%2As%2As-R


17hb Julai 2019
Oleh: Pena MZR


Isnin, 15 Julai 2019

Tun Mahathir sudah terdesak atau tidak?. (Siri 3)


▪️Terkini, Tun Mahathir telah mengerahkan seluruh kekuatan jentera2nya bagi melengahkan peralihan kuasa (power transition) kepada bakal PM ke-8 DS Anwar Ibrahim. DS Khairuddin Abu Hassan, Zahid Mat Arip dan Tamrin Tun Ghafar merupakan "special machinery horses" yang setia menjalankan tugas2 khas Tun Mahathir. "Devide and rules phase" yang digunakan untuk melemahkan gabungan UMNO PAS ternyata tidak memberi kesan kepada kedua2 parti tersebut.

▪️"The lastman standing" yang semakin sengit antara Anwar Ibrahim (PKR) vs Azmin Ali (PKR) kini telah beralih kepada Anwar Ibrahim vs Mukhriz (PPBM) apabila saingan dari Azmin Ali sudah di "checkmate" oleh konspirator melalui rakaman video adegan semburit dan rakaman cctv di hotel Four Points by Sheraton Sandakan. Azmin Ali disyaki sebagai suspek utama dalam skandal semburit tersebut.

▪️Ketika diwawancara oleh Nikkei Asian Review, DS Mukhriz menyatakan yang beliau berada di "mood" bersedia untuk menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia sekiranya peluang dibuka untuknya. Beliau berpendapat bahawa tiada perjanjian khusus yang menetapkan peralihan kuasa antara Tun Mahathir dan DS Anwar. Kedudukan siapa yang bakal dipilih sebagai PM ke-8 masih terbuka dan pandangan Mukhriz ini turut disokong oleh Azmin Ali.

▪Laporan RPK pada 13hb Julai menerusi facebooknya menyatakan bahawa DS Anwar memberi tempoh selewat2nya sehingga bulan September 2019 untuk Tun Mahathir meletak jawatan. Jika Tun Mahathir engkar, maka beliau akan membuat serangan secara terbuka (all out onslaught).
1.
https://www.malaysia-today.net/2019/07/11/mahathirs-son-says-hes-ready-to-inherit-malaysias-political-legacy/
2.
http://m.utusan.com.my/berita/nasional/mukhriz-gambarkan-anwar-tamak-kuasa-1.935331#VersionedContentId(1.935330.1562917033)
3.
https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/13/tinggal-angan-angan-sahaja-anwar-jadi-pm-ke-8-mathis/
4.
https://youtu.be/ruNaL6A9-4s
5.
https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/12/azmin-pm-ke-8-tun-m-tolak-anwar/
6.
https://www.facebook.com/177896126093/posts/the-mahathir-anwar-fight-is-now-out-in-the-open-anwar-is-utilising-the-alternati/10156572854586094


15hb Julai 2019
Oleh : Pena MZR

Ahad, 14 Julai 2019

MENTERI PH DALANG DAN BIKIN VIDEO SEKS - Ketua Polis Negara


Kenyataan Ketua Polis Negara, Dato' Abdul Hamid Bador bahawa terdapatnya menteri yang cuba menjatuhkan seorang menteri yang terkait dengan video seks amat menarik untuk diteliti.

Kenyataan beliau mengiringi  temuramah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dengan Asia Nikkie News (sebelumnya) yang menyatakan bahawa beliau sudah bersedia untuk menggalas tugas yang lebih besar di Putrajaya.

Dan Mukhriz tidak menolak keinginannya untuk menjadi perdana menteri, sama sebagaimana menteri dan pemimpin lain.

Jika ianya suatu babak novel atau drama, kenyataan Mukhriz adalah Bab Kedua dan kenyataan Hamid adalah Bab Ketiga.

Cantik susunan plot ceritera ini.

Di mana Bab Pertama dan Pendahuluannya?

Ianya bermula dari percutian Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saat ketika isu video tersebut meletus.

Siapakah yang memangku jawatannya dan mempunyai akses penuh terhadap unit tertentu dalam pasukan keselamatan negara?

Ramai di kalangan sahabat-sahabat saya yang mungkin berpendapat bahawa Muhyiddin akan dikaitkan dengan video tersebut memandangkan beliau juga mempunyai cita-cita yang tergendala sebagai perdana menteri di zaman Barisan Nasional.

Selaku menteri, Muhyiddin juga mempunyai akses penuh kepada polis Cawangan Khas atau perisikan negara.

Atas dasar tersebut, persepsi awam bahawa beliau mungkin memerangkap DS Mohamed Azmin Ali tidak boleh ditolak begitu sahaja.

Justeru itu, kenyataan Hamid  pada hari ini seolah-olah membina persepsi negatif terhadap Muhyiddin berdasarkan persepsi awam sebelumnya.

Benarkah Muhyiddin terlibat dan sanggupkah Hamid menentang  bossnya sendiri?

Kita biarkan sementara persoalan tersebut dan lihat siapakah yang meraih keuntungan politik darinya.

Saya lebih cenderung kepada pendapat awal saya bahawa isu video seks tersebut akan memberi keuntungan politik kepada Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.

Dan saya konsisten menyatakannya sejak dari mula lagi isu video tersebut tercetus.

Alasannya mudah, Anwar, Azmin dan Muhyiddin sudah tercemar dengan skandal seks dan menjadi liabiliti kepada Pakatan Harapan sekiranya terpilih sebagai perdana menteri menggantikan Mahathir.

Justeru itu, adalah tidak mustahil seseorang yang mempunyai hubungan yang akrab dengan Mukhriz membikin (bak kata Hamid) dan menjadi dalang isu video tersebut.

Dan seseorang itu mestilah mempunyai keinginan yang melampau agar Mukhriz bakal dinobatkan sebagai perdana menteri, suatu hari nanti.

Seseorang itulah, yang termasuk dalam Bab Pendahuluan dan Bab Pertama plot (jalan cerita) isu video seks ini sehinggakan Anwar dan Azmin sendiri enggan membuat laporan polis tentangnya.

Siapakah seseorang itu?

Pelakon utama ceritera ini, Haziq Abdullah Ali sudah tentu dapat menjawabnya kerana dia sangat kental dan kebal mengaku perlakuan seksnya.

By;
Zamzuri Mohammed Tahir