Isnin, 25 November 2019

Sah: PKR akan pecah kepada 2 kumpulan

◾️Hampir 2/3 PKR kini dikuasai oleh DS Azmin Ali. Sokongan MP, ADUN, reformis dan ahli tertinggi parti kepada DS Anwar semakin terhakis.

◾️Boleh dikatakan ke semua aktivis seperti Tian Chua, Sivarasa, Maria Chin Abdullah, Latheefa Koya, Hishamuddin Rais kini berada bersama kem Azmin bukan Anwar. Malah ramai orang lama di akar umbi turut kecewa dan menjauhkan diri dari DS Anwar.

◾️Sikap dan pendirian DS Anwar yang berubah terhadap Tun Mahathir telah mengubah segalanya. Pengikut2 setia yang bangkit memperjuangkan reformasi sejak 20 tahun lalu (bermula 2hb September 1998) telah mula berubah fikiran apabila mereka dapati dengan senang DS Anwar serahkan PKR untuk kepentingan politik Tun Mahathir.

◾️Ada 2 sebab kenapa PKR ditubuhkan;
1. Membebaskan DS Anwar dari penjara!
2. Menjatuhkan Tun Mahathir sekaligus mengheret Tun ke muka pengadilan.

◾️Reformis tidak dapat menerima pendirian DS Anwar. Apabila keadaan terdesak (constraint conditions), barulah merancang untuk jatuhkan Tun Mahathir semula. Bagi reformis, ini bukan perjuangan tetapi kerja sia2 semata2 untuk memuaskan nafsu DS Anwar mengejar jawatan PM ke-8.

◾️Peluang ini disambut baik oleh DS Azmin Ali dan team. Mereka akan mula menyerang DS Anwar dan team secara terbuka. Dijangkakan awal bulan Disember 2019, perseteruan ini akan semakin jelas di mana DS Azmin Ali dan DS Anwar Ibrahim akan saling menyerang dan membalas serangan. Tun Mahathir akan tersenyum gembira kerana misi beliau untuk pecahkan PKR telah berhasil.
1.
https://m.malaysiakini.com/news/500089
2.
https://twitter.com/mahazalimreturn/status/1198871071937581057?s=20

25hb November 2019
Oleh: Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan