Selasa, 12 November 2019

Analisa PRK P165 Tanjung Piai - Siri 1

Ringkasan (summary)
◾️Ada 6 calon yang bertanding
1. DS Dr Wee Jack Seng
BN/MN/MCA
2. Karmainie bin Sardini
PH/PPBM
3. Wendy a/p Subramanian
GERAKAN
4. Prof Dr Ir Dato Badrulhisham bin Abdul Aziz
BERJASA
5. Dr Ang Chuan Lock
Bebas
6. Faridah Ariani binti Ghafar
Bebas

◾️Terdapat 2 parti pernah memenangi PRU yang lepas iaitu BN/MCA dan PH/PPBM. Ini bermakna, parti MCA dan PPBM masing2 mempunyai pengundi istiqamah (hardcore/diehard voters).

◾️Parti2 lain seperti GERAKAN, BERJASA dan bebas tidak mempunyai pengundi2 istiqamah. Mereka hanya harapkan ihsan pengundi2 atas pagar, pengundi tidak berparti dan pengundi2 pasif.

◾️Percubaan parti GERAKAN, BERJASA dan bebas ini lebih kepada 'kaedah cuba-jaya (try and error method). Fungsi parti2 ini lebih kepada 'pemecah undi'.
i. Calon BERJASA dan calon bebas (Faridah Ariani binti Ghafar) sedikit sebanyak boleh menarik undi orang2 Melayu.
ii. Calon GERAKAN dan calon bebas (Dr Ang Chuan Lock) boleh menarik undi kaum bukan Melayu.
***Kekuatan mereka menarik pengundi hanya disekitar 10% sahaja.

◾️Pada PRU14 yang lalu, BN/MCA mendapat 67.32% undi Melayu, 17.47% (3,279) undi Cina, 30% undi India dan 50% undi lain2 kaum. Manakala PH/PPBM mendapat 21.1% (5,403) undi Melayu, 82.53% (15,488) undi Cina, 70% undi India dan 50% undi lain2 kaum.

◾️Najib Othman merupakan ahli parti BERJASA tetapi PRU14 lepas, beliau bertanding atas tiket PAS dan mendapat 2,962 undi (11.57%) yang rata2 undi tersebut disumbangkan oleh Bangsa Melayu. Pada PRK kali ini senarionya berbeza, PAS akan bersama2 dengan calon Muafakat Nasional (MN) yang diwakili oleh calon dari MCA.

◾️FYI: sejak dari DS Ong Ka Ting lagi, lawan BN/MCA adalah DAP tetapi DAP sentiasa kalah. Hanya di PRU14, strategi PH mengena apabila meletak calon Melayu (PPBM) di Tanjung Piai.

◾️FYI: Ini bukan bermakna penduduk di Tanjung Piai mahukan wakil rakyat Melayu. Isu Bangsa atau kaum tidak timbul di Tanjung Piai. Ianya lebih kepada strategi politik untuk menarik 20% (5,403 undi) pengundi2 Melayu mengundi calon Melayu dari PH.

◾️Sebelum ini pada PRU11, PRU12 dan PRU13, Bangsa Melayu hanya membuang undi untuk BN/MCA. Hanya kaum bukan Melayu yang mengundi DAP. Perbezaan antara MCA dan DAP ialah DAP secara perlahan2 berjaya membina pengundi tegar (kaum Cina) sehingga 12,500 orang bermula dari zaman DS Ong Ka Ting lagi. Hanya sejumlah 3,000 orang pengundi kaum Cina sahaja yang menjadi rebutan antara parti MCA dan DAP.

◾️Cuba bandingkan undi Melayu untuk PH di PRU14 (5,403/20%) dengan majoriti undi yang diperolehi oleh BN/MCA (5,457 undi majoriti) pada PRU13. Ini jelas terbukti, strategi PH/PPBM meletakkan calon Melayu di PRU14 adalah tepat.


Oleh:
Pena MZR

Bersambung Siri 2....

1 ulasan:

  1. https://lipis-zaini.blogspot.com/2019/11/live-prk-parmimen-tanjung-piai.html

    BalasPadam