Ahad, 24 November 2019

Episod baru: Tun Mahathir (PPBM) serang Lim Kit Siang (DAP), Lim Kit Siang serang Tun Mahathir.

◾️Dalam satu sidang akhbar pada 24hb November 2019 selepas mempengerusikan mesyuarat Presiden PAKATAN HARAPAN, Tun Mahathir berkata "Kekalahan PH/PPBM di Tanjung Piai kerana pengundi2 Melayu dan Cina tidak gembira dengan parti DAP".

◾️"Pengundi Melayu berfikir yang PH dikuasai oleh DAP dan pengundi Cina beranggapan yang DAP telah digunakan sebagai alat oleh dirinya sebagai pengerusi PPBM".

◾️Manakala di konvensyen DAP Perak di Ipoh pada 24hb November 2019 Lim Kit Siang pula berkata, "PH menerima tamparan kuat di Tanjung Piai kerana pengundi kecewa terhadap rekod pencapaian kerajaan pusat dalam tempoh 18 bulan lepas".

◾️“Saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan perdana menteri bahawa manifesto PH bukan “kitab suci” atau dengan cadangan Menteri PPBM membina “kereta terbang” sebagai satu projek kerajaan, atau penahanan 12 individu atas dakwaan terlibat dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang tidak lagi wujud.

◾️Petikan dari laporan akhbar tersebut menunjukkan yang kerajaan PH memang mempunyai masalah dalaman yang boleh dikatakan serious tetapi tidak perlu gabungan parti MN/PU mencampuri urusan mereka. Perkataan paling tepat bagi merungkai masalah kepimpinan PH ialah "tunggu dan lihat" apa yang bakal terjadi. Disamping itu, parti2 MN/PU perlu bersiap siaga untuk menghadapi segala kemungkinan.

1.
https://thecoverage.my/news/mahathir-heaps-the-blame-on-dap-for-tanjung-piai-lost-malay-chinese-voters-were-both-unsatisfied-with-the-dap-at-the-focus-of-their-unhappiness/
2.
https://malaysiagazette.com/2019/11/24/akhirnya-kit-siang-akui-ph-menjanjikan-sesuatu-mustahil-dalam-manifesto/

24hb November 2019
Oleh: Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan