Jumaat, 2 Oktober 2020

PPBM adalah "Trojan Horse" Tun Mahathir

Patut lah Tun Mahathir dengan perasaan yakin mengeluarkan kenyataan akhbar tidak akan bertanding pada PRU15. Sebab utama: PPBM akan ganti (sailang) UMNO di persada kuasa politik Malaysia. Nampak sangat yang pelan penyatuan PPBM + PAS + UMNO adalah "grand design" asal Tun Mahathir. PPBM adalah "trojan horse" Tun Mahathir dalam Perikatan Nasional (PN).

※ Ancaman PPBM/PEJUANG ini boleh diatasi dengan mudah apabila UMNO + PAS bersama. Gabungan UMNO + PAS sudah cukup untuk memastikan PPBM (PEJUANG) tidak boleh menguasai kawasan2 majoriti pengundi Melayu. Namun begitu ada Persoalan: Adakah PAS masih tetap setia bersama dengan UMNO seperti mana telah disepakati di dalam Piagam Penyatuan Ummah?. Pada masa ini, PAS juga  berpakat dengan PPBM di dalam kerajaan PN, ini yang merumitkan keadaan!

※ Alangkah baik sekiranya PAS tidak bersama PPBM di dalam kerajaan PN. Sebaliknya PAS boleh dengan hanya membuat pilihan menyatakan sokongan secara terbuka kepada PN dan TSMY. Sebanyak 7 PRK telah dilalui oleh UMNO/BN + PAS menerusi MN dan ianya adalah formula ampuh yang nyata berjaya.

※ Selepas kerajaan PN wujud, kerjasama UMNO + PAS di dalam MN menjadi longgar. Sepatutnya, saf kepimpinan di dalam MN terlebih dahulu digarap sehingga solid, akrab dan sehati barulah PPBM diajak bekerjasama. Ini untuk yakinkan semua pihak yang kehadiran PPBM tidak dianggap punca kepada pecah belah dan selisih faham antara PAS + UMNO. 

※ Contoh kerjasama terbaik pernah dibina ialah hubungan antara MIC dan UMNO di dalam BN. Lihatlah kepada parti MIC, Presiden MIC sebagai tanda setia (wala') kepada UMNO di dalam BN telah menarik diri dari kerajaan PN apabila sedar UMNO bukan parti komponen kerajaan PN. Ini baru betul2 kawan yang tidak tinggal kawan. Tahniah MIC, tahniah MCA.

※ Konsep Ukhuwah Islamiah di dalam MN antara UMNO + PAS adalah sama2 di depan demi Islam dan bangsa Melayu, tiada istilah kedudukan "Presiden di atas Presiden". Presiden UMNO + Presiden PAS duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Manakala hubungan di dalam kerajaan PN antara PPBM + PAS pula, dilihat taraf Presiden PPBM adalah "Presiden di atas Presiden", adakah kerana TSMY adalah PM ke-8?. Setiap cadangan dan usul dari PM ke-8 TSMY akan diterima oleh PAS sebagai satu arahan yang perlu dipenuhi. 

※ Penampakan kesepakatan antara PAS + PPBM seolah2 bagaikan "PAS pembela kepada PPBM, bukanlah PPBM pembela kepada PAS". Rakyat memerhati, apabila timbul sesuatu isu yang terkena PPBM, pemimpin PAS sentiasa berada di depan PPBM. Pemimpin PAS seakan2 lupa kepada "rakan Penyatuan Ummah". Apabila pemimpin UMNO buka mulut ketika dibuli PPBM, pemimpin PAS dengan segera jadi pembela PPBM!. Adakah ini kerana pemimpin PAS berjawatan tinggi di dalam kerajaan PN?. Ada yang jadi Menteri, Timbalan Menteri dan tak terkurang juga yang menjadi "Pengerusi2 GLC".

※ Seandainya hubungan PAS + UMNO tidak sampai ke PRU15, satu saja pesanan untuk PAS. "PPBM/PEJUANG adalah Trojan Horse kepada Tun Mahathir". Di belakang Tun Mahathir ada DAP ada PAN yang siap sedia menunggu peluang untuk bersama PPBM di dalam kerajaan PN.


1hb Oktober 2020

Oleh: Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Komen