Jumaat, 2 Oktober 2020

Fakta "Silent Majority"

※ "Silent Majority" diistilahkan sebagai sekumpulan besar pengundi yang tidak dapat ditentukan pendirian sokongan mereka berpihak kepada sesebuah parti politik samada berpihak kepada parti kerajaan atau berpihak kepada parti pembangkang atau pun berpihak kepada "kumpulan bebas". Mereka ini tidak pernah menyatakan pendirian mereka secara terbuka.

※ Satu kajian komprehensif yang dibuat sebelum PRU14, telah mengenal pasti saiz "Silent Majority" mengikut kaum adalah seperti berikut

1. Pengundi Melayu 50.7% (3,788,860 orang)

2. Pengundi Cina 66.3% (2,401,494 orang) 

3. Pengundi India 46.9% (478,777 orang)

※ FYI: Parti PEJUANG/black PPBM (kumpulan bebas) yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir mensasarkan kumpulan bebas sebagai pengundi mereka.

Tun Mahathir dan "parties mercenary"

※ Tun Mahathir dan pasukan beliau sedang bekerja untuk ini. Sekiranya sasaran Tun Mahathir dan pasukan beliau terhadap pengundi "Silent Majority" ini tercapai, bermakna Tun akan berjaya di PRU15 mengatasi BN.

※ Kekhuatiran kita adalah di sini, kerana 

1. Keahlian UMNO terkini adalah 3.7 juta orang (Melayu)

2. Keahlian MCA 1.07 juta orang (Cina)

3. Keahlian MIC 500,000 orang (India).

※ Cuba perhatikan jumlah bilangan pengundi kategori "Silent Majority" mengikut kajian di atas dengan jumlah bilangan pengundi BN yang ada.


2hb Oktober 2020

Oleh: Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan