Isnin, 21 September 2020

Jaga Agama, Jaga Bangsa, Jaga Negara... Jangan sampai Bangsa Melayu HILANG negara.

 


Jaga Agama, Jaga Bangsa, Jaga Negara... Jangan sampai Bangsa Melayu HILANG negara.

※ Singapura menyertai Malaysia pada 16hb September 1963. Parti politik utama, Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah mendominasi kemenangan pada setiap kali Pilihanraya Singapura. PAP pula sering kali lantang bersuara dengan nada tidak puas hati ke atas polisi hak2 keistimewaan bangsa Melayu dan kaum bumiputera.

※ Pertembungan Ideologi PAP yang menuntut hak kesamarataan kaum dan ideologi UMNO pendokong titah Raja2 Melayu seperti mana termaktub di dalam kandungan Perlembagaan Persekutuan banyak mencetuskan konflik antara kaum dan perkara ini dilihat semakin tiada penyelesaian. Maka pada 9hb Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman terpaksa singkir Singapura keluar dari Malaysia.

※ Ketika itu jumlah penduduk Singapura disekitar 1.63 juta orang dengan komposisi kaum seperti berikut Cina 77% (1,255,100 orang), Melayu (241,240 orang), India 7% (114,100 orang) dan lain2 kaum 1.2% (19,560 orang).

※ Selepas Singapura menjadi negara republik, bangsa Melayu Singapura dikategori sebagai etnik minoriti. Perlembagaan Singapura Perkara XIII, Provisi Umum, seksyen 152 dan kedudukan istimewa etnik Melayu menyatakan bangsa Melayu telah diiktiraf sebagai masyarakat asli yang perlu dilindungi. 

※ Maka telah tercapailah hasrat Sir Stamford Raffles pencatur demografi kependudukan kaum di Singapura dengan lebihkan etnik bukan Islam daripada Islam. Sir Thomas Stamford Bingley Raffles, FRS (5hb Julai 1781 – 5hb Julai 1826) merupakan ahli persatuan kajipurba (Antiquarian) Amerika dan ahli persatuan pengajian pondok besar (grand lodge) Freemason England.

※ Terma perkataan "dilindungi" boleh disama-ertikan sebagai "kuasa politik etnik Melayu bukan lagi ancaman kepada pembentukan negara Republik Singapura". Bangsa pendatang seperti kaum Cina dan India akan kekal sebagai sumber utama kepada kuasa politik di Singapura buat selama2nya. Melainkan hanya keajaiban kuasa Allah jualah yang akan menterbalikkan kuasa politik di Singapura sehingga jatuh semula kepada tangan bangsa Melayu.

※ Pada 25hb September 2019, Berita Harian melaporkan jumlah penduduk Singapura mencecah 5.7 juta dengan demografi 74% (4,218,000 orang) terdiri dari kaum Cina, 13% (741,000 orang) Melayu, 9% (513,000 orang) India dan 4% (228,000 orang) lain2 kaum. Lebih 22,550 telah mendapat taraf warga baru dan 530,000 orang dapat taraf penduduk tetap (PR).

※ Proses neutrallisasi dan mendaftar warga asing sebagai warga Singapura akan menjadi polisi kerajaan Singapura secara berterusan demi memastikan etnik Melayu kekal sebagai etnik minoriti di Singapura. 

※ Mereka sering kali beringat2. Bayangkan, kerajaan Singapura telah pun mempunyai seramai 530,000 orang penduduk tetap (PR) yang boleh diserap sebagai warganegara pada bila2 masa sahaja sekiranya perlu untuk mengimbangi keberadaan penduduk Melayu Singapura yang berjumlah 741,000 orang.

Persoalan: 

i. Mampukah etnik Melayu minoriti bangkit dari tidur yang panjang untuk merampas kuasa politik dari etnik Cina Singapura?. 

ii. Sanggupkah bangsa Melayu di Malaysia jadi seperti bangsa Melayu di Singapura?. Sudah tentu jawapannya tidak SANGGUP!. Oleh itu, ingatlah pesan Hulubalang Pahang, Mat Kilau bin Imam Rasul Tok Gajah: "Jaga Agama, Jaga Bangsa, Jaga Negara... Jangan sampai Bangsa Melayu HILANG negara".

Rujukan

1. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Orang_Melayu_di_Singapura

2. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Stamford_Raffles

3. https://www.beritaharian.sg/setempat/jumlah-penduduk-singapura-mencecah-57-juta-lebih-22550-warga-baru

4. https://m.facebook.com/notes/kelab-warisan-tanjong-karang/sejarah-singapura-untuk-semut-komeng-yang-buta-sejarah-/215315168511957/

5. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Singapura


21hb September 2020

Oleh: Pena MZR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan