Khamis, 15 Oktober 2020

Jualan Ladang PWS di Palembang milik PPP Negeri Perak pada harga bawah pasaran.

 

MB Perak DS Faizal Azumu, SU Politik kepada PM ke-8 (Tn Hj Saiful Adli) dan CEO PPPNP jual Ladang PWS di Palembang milik PPP Negeri Perak pada harga bawah pasaran.

※ Pada 24hb April 2020 syarikat Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) melalui anak syarikat mereka yang diperbadankan di Singapura Taiko Plantations Pte Ltd mengumumkan untuk membeli pemilikan 60% ekuiti saham PT Pinang Witmas Sejati pada harga tawaran RM341.55 juta.

※ Ladang Kelapa Sawit PT Pinang Witmas Sejati (PWS) di Palembang Indonesia seluas 15,000 hektar (37,065 ekar) adalah milik Ladang Lekir Sdn Bhd anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak State Agricultural Development Corporation). Manakala 40% pemilikan ekuiti saham ladang PWS ini pula adalah milik syarikat PT Trimitra Sumberbuana Indonesia.

※ Pada 14hb Julai 2019, bekas ADUN Slim, arwah Dato Khusairi Abdul Talib yang pernah menjadi Pengerusi Ladang Lekir Sdn Bhd (2009-2018) membuat satu pendedahan bahawa kerajaan negeri Perak di bawah MB DS Faizal Azumu (Peja), Tn Hj Saiful Adli Pengerusi Ladang Lekir Sdn Bhd yang juga SU Politik kepada PM ke-8 TSMY dan CEO PPPNP Tn Hj Yahanis Yahya sedang berusaha untuk menjual ladang PWS kepada sebuah syarikat yang berdaftar di BSKL secara rundingan terus.

※ Menurut arwah Dato Khusairi, pada tahun 2007 nilaian ladang PWS adalah di sekitar AS$230 juta (RM946 juta) ke AS$250 juta (RM1.03 billion) tetapi desas desus harga yang bakal ditawarkan kepada "pembeli" antara AS$120 juta (RM493 juta) ke AS$130 juta (RM534 juta) yang mana harganya jauh lebih rendah berbanding dengan nilaian harga pada 2 tahun lalu (2017).

※ Namun begitu, ketiga2 individu terpenting dalam penjualan ladang PWS ini MB Perak, SU Politik kepada PM ke-8 (Saiful Adli) dan CEO PPPNP telah menjual ladang ini dengan harga jauh lebih rendah lagi iaitu pada harga tawaran syarikat KL Kepong RM341.55 juta.

※ Arwah Dato Khusairi pernah ajukan beberapa soalan tetapi ianya kekal tiada jawapan. Antara soalan2nya;

1. Adakah penjualan ini telah dibincang dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak kerana ia berkaitan dengan kepentingan umum iaitu sumber pendapatan negeri Perak?.

2. Kenapa penjualan dirancang ketika harga sawit berada pada paras rendah?. 

3. Adakah wujud salah laku dalam proses penjualan sehingga menyebabkan harga ladang tersebut merosot lebih 100% berbanding harga ladang tersebut pada tahun 2017?.

※ Akhirnya, pada 28hb April 2020, KLK bhd mengumumkan yang anak syarikat mereka Taiko Plantations Pte Ltd telah memenuhi segala syarat2 "sale and purchase agreement" dengan Ladang Lekir Sdn Bhd bagi pemilikan 60% saham ekuiti PT Pinang Witmas Sejati (PWS) pada harga jualan keseluruhan kekal RM341.55 juta.

※ Sebagai kesimpulan, penjualan ladang PWS (PT Pinang) di bawah harga pasaran mesti disemak semula melalui satu siasatan suruhanjaya Di Raja bagi mengetahui kenapa penjualan dilakukan dalam keadaan tergesa2 dan di bawah harga pasaran sebenar. PWS (PT Pinang) pernah menghasilkan pendapatan bersih di antara RM20 juta hingga RM25 juta setahun ketika harga sawit tinggi di pasaran malah difahamkan hasil bersih tahun 2019 ialah RM1.2 juta sebulan.


Rujukan

1.

https://focusmalaysia.my/mainstream/kl-kepong-buys-into-oil-palm-plantation-in-indonesia/

2.

https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/37738

3. https://www.theedgemarkets.com/article/klk-buy-60-stake-indonesia-oil-palm-firm-rm342-mil

4.

https://m.facebook.com/1088073988030324/photos/a.1088560747981648/1568880953282956/?type=3&source=57&__tn__=EH-R


16hb Oktober 2020

Oleh: Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan