"Muafakat Nasional comprising UMNO and PAS regained a 14% increase in votes to 52% in the current pole as opposed to 38% in the baseline poll. Political disenchantment also appears to have increased slightly every month"-Dr Rais Hussein.
※ Kajian EMIR Research oleh Dr Rais Hussein mendapati; "Sokongan pengundi kepada MN (UMNO + PAS) meningkat 14% kepada 52% dari garis dasar 38% (ukuran pada PRU14). Sentimen ini terus meningkat setiap bulan".
※ Ini adalah bukti yang PH tidak akan memenangi PRU15 melawan MN dengan cara biasa. Mereka terpaksa melawan MN dengan strategi ampuh yang luar dari kotak pemikiran biasa. Pepatah kata dari Senator US pada 1932 James E. Watson "If we can't beat them, we join them". Mereka dari kem PH terpaksa mencipta satu "Plot Twist" bagi masuk ke dalam kem MN.
※ Selepas "Langkah Sheraton", kehadiran TSMY sebagai PM ke-8 dan parti PPBM sedikit sebanyak telah berhasil memporak-perandakan hubungan dalaman MN antara pimpinan UMNO dan PAS. Ada pihak cuba asingkan kekuatan UMNO (3.7 juta ahli) dan kekuatan PAS (1.065 juta ahli).
※ Isu konflik kepentingan yang muncul antara UMNO, PAS dan PPBM ialah apabila PPBM ingin diserap ke dalam MN dan cadangan mendaftarkan PN sebagai parti politik seperti BN. Akhirnya, PAS bersama UMNO dalam MN. PAS bersama PPBM dalam PN. Pada PRU15 nanti, pertandingan adalah 1 dengan 1 lawan parti PH di kawasan majoriti Melayu. Tidak akan ada pertembungan antara parti PAS, UMNO dan PPBM.
※ Selepas Langkah Sheraton juga, di kem PH turut dilanda krisis dalaman ekoran dari perebutan jawatan PM ke-9 antara Tun Mahathir dan DSAI. Tun Mahathir menyifatkan PH tidak berminat mengambilalih kerajaan persekutuan dari parti Perikatan Nasional (PN). Ini susulan keputusan PKR yang masih mahu DSAI sebagai Perdana Menteri dan tidak sependapat dengan ahli PH lain iaitu PAN (AMANAH) dan DAP. Menurut beliau "situasi ini menunjukkan bahawa PH tidak berminat untuk kalahkan TSMY".
※ Lantaran itu, Tun Mahathir mengambil langkah untuk tubuhkan parti baru (PPBM blackout/PEJUANG) dengan 3 matlamat utama, iaitu;
1. Menghalang DSAI daripada menjadi PM ke-9.
2. Memenangi PRU15 sekali gus mengambilalih kerajaan pusat dari kerajaan PN.
3. Melantik DS Mukhriz anak beliau sebagai PM.
※ Maklumat dalaman parti PEJUANG (PPBM blackout-bunga hitam) menyatakan, PPBM (bunga merah-TSMY) bercadang memohon minuman 40 kerusi dan maksimum 60 kerusi dengan tambahan 20 kerusi Parlimen sebagai opsyen. Manakala di pihak UMNO dan PAS masih belum kedengaran gosip tentang pembahagian kerusi.
※ Percayakah jika saya katakan PPBM (bunga merah-TSMY) dan PPBM blackout/PEJUANG-(bunga hitam-Tun Mahathir) masih lagi mempunyai ikatan kekitaan (partnership)?. Mereka ini akan memanipulasi pembahagian kerusi untuk mencipta kemenangan secara tidak adil.
※ Analogi mudah: Di mana PPBM (bunga merah- TSMY) letak calon, maka di situ lah PPBM blackout/PEJUANG (bunga hitam-Tun Mahathir) akan hantar calon, siapakah akan jadi pemenang?. Sudah tentu "parti bunga" juga yang akan menang!
※ Sekiranya PPBM-(bunga merah-TSMY) berjaya minta 60 kerusi, lawan mereka adalah tetap parti PPBM blackout/PEJUANG (bunga hitam-Tun Mahathir). Akhirnya, yang tetap menang adalah parti bunga...!!!. Parti bunga akan menang percuma 60 kerusi tanpa bersusah payah fikirkan pengumuman keputusan PRU oleh SPR...
※ Dan kemenangan PPBM atas 60 kerusi ini belum tentu milik PN atau MN. Ianya mungkin milik Tun Mahathir sekiranya sekali lagi beliau bakal PM ke-9. DS Mukhriz pula akan dilantik jadi Timbalan Perdana Menteri!.
※ Ini adalah permainan Tun Mahathir pakar strategi parti PEJUANG. Pendirian ikhlas TSMY terhadap PN atau pun MN belum nampak jelas. Langkah Sheraton menghantar TSMY ke sebelah MN bukan kosong, ada maksud tersirat!. "Pecahkan kekuatan UMNO dan PAS sambil manipulasi pembahagian kerusi!".
20hb Ogos 2020
Oleh: Pena MZR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan