Sabtu, 8 April 2017

SPRM perlu menilai semula bukti-bukti kekayaan Azmin

 
 
Sumber di SPRM mengesahkan Jawatankuasa Penilaian Maklumat SPRM akan menilai semula bukti-bukti baharu berhubung salah laku rasuah melibatkan MB Azmin Ali yang pernah disiasat oleh BPR pada 1997 sebelum ditutup tanpa ada tindakan susulan. 
 
Jika penilaian jawatankuasa mendapati ada bukti yang cukup, kes ini berkemungkinan besar akan dibuka semula untuk siasatan yang lebih telus dan terperinci. 

Kes ini menyelubungi Azmin ketika beliau bertugas sebagai Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kira-kira 22 tagun yang lalu. 

Dengan gaji hanya RM2,000 ketika itu, kekayaan luar biasa Azmin dianggarkan melebihi RM2juta sekaligus menimbulkan kesangsian banyak pihak sehingga mendorong Badan Pencegahan Rasuah ketika itu (BPR) menjalankan siasatan sebelum diarahkan ditutup pada 1997.  Siapa kah yang mengarahkan supaya siasatan itu ditutup menjadi tandatanya.

Sejak akhir-akhir ini beberapa keping photo telahpun menular di media social tentang kemewahan Azmin.
  
 
 

 
Catatan
Aspirasi Rakyat 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan