Khamis, 30 Mac 2017

Pakatan Ali Baba yang semakin pupus menjelang PRU 14

Segala yang berlaku dalam Pakatan Harapan mesti mendapat izin dari Lim Kit Siang. Takkan tak Nampak lagi, siapa yang paling berkuasa dalam Pakatan Harapan..?

PKR, PPBM, PAN antara parti di dalam naungan Pakatan Harapan.  Mereka masing-masing punya pemimpin tertinggi namun di dalam kepimpinan tersebut keputusan muktamatnya  mestilah datangnya dari DAP. 

Baru-baru ini MP Kota Belut menyarankan agar Pemimpin Dap patut berterimakasih kepada beliau kerana berani menyampaikan hasrat akar umbi DAP agar Lim Kit Siang diminta undurkan diri setelah memegang pucuk pimpinan Parti Dap selama 51 tahun.  Sudah tiba masanya Parti Dap melantik muka-muka baru bagi mewarnai Parti Dap.  Ramai pemimpin DAP tidak berani bercakap di luar dan mereka akan berterimakasih kepada saya dan rakan-rakan dalam BN yang mengatakan bahawa sudah sampai masanya Lim Kit Siang bersara. 

Umurnya pun telah mencapai 76 tahun dan 51 tahun dalam arena politik.  Cukup-cukuplah menjadi racun berbisa yang merosakkan rakyat Malaysia.  Ramai ahli Dap juga menyedari akan kepincangan tersebut bila beberapa pemimpin DAP Melaka meletakkan jawatan kerana tidak boleh lagi menerima cara kepimpinan DAP Pusat.  Ini membuka mata pada yang lainnya dan ura-ura ada mengatakan bahawa terdapat beberapa pemimpin DAP akan menyertai BN mula tersebar dan ini juga menunjukkan yang BN kini semakin diyakini kepimpinannya.


Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Kit Siang Jangan Main Wayang Opera

 
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang,, Rafizal Abdul Rahim berkata, Penasihat Dap Lim Kit Siang hanya perlu melantik peguam seterusnya mengambil tindakan saman terhadap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa sekiranya dakwaan yang dibuat oleh Annuar iaitu Kit Siang seorang "RASIS" adalah satu fitnah.
Parti Dap tidak perlu bermain Wayang Opera, memperkudakan ahli mereka yang berbangsa Melayu untuk melakukan laporan polis terhadap Annuar.  “Hairan… sebab sebelum ini Dap dan saman memang tidak boleh dipisahkan. Tapi bila Annuar Musa berulang kali mengeluarkan kenyataan bahawa Kit Siang rasis, mengapa tiada sebarang tindakan yang diambil

 
“Adakah Dap ingin memperalatkan ahli mereka bagi menutup kenyataan sebenar… Apa lagi yang cuba diputar-belitkan oleh Dap bagi mengelirukan rakyat,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Rafizal, rakyat khususnya di Pulau Pinang sentiasa menantikan bilakah Kit Siang mahu mengambil tindakan saman terhadap Annuar kerana inilah peluang untuk Dap menghancurkan kreadibiliti Annuar sebagai Ketua Penerangan UMNO.

Ini bukan sahaja berkaitan kredibiliti Annuar sebagai Ketua Penerangan tetapi imej UMNO akan turut tercalar… Ini juga peluang untuk membuktikan bahawa Dap tidak rasis.  Jadi persoalan yang timbul kini, mengapa bila ada peluang sebegini Kit Siang terus kunci mulut dan tidak mengambil tindakan.  Inilah persoalan yang bermain di fikiran rakyat. Ia agak pelik bila bulan jatuh ke riba tetapi Dap enggan menerima,” katanya lagi.

Annuar Musa sebelum ini mencabar Kit Siang untuk menyaman dirinya ekoran kenyataannya yang mengatakan bahawa Dap adalah sebuah parti diktator, rasis dan anti Islam.
Jelasnya, jika sebelum ini kenyataan tersebut disuarakan di dalam parlimen dan dirinya dilindungi kekebalan berparlimen kini kenyataan tersebut diulang di luar parlimen dan sekiranya Kit Siang merasakan itu adalah satu fitnah maka segeralah mengambil tindakan saman.  Kit Siang Tidak Perlu Main Wayang Opera, Lantik Peguam Dan Saman Annuar Musa

 

Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 

 
 

Hanya di Malaysia sebuah parti Islam yg gemar beri perumpamaan binatang untuk bahasa kiasan



Bahasa melambangkan kepribadian
 
Rupanya di Malaysia hanya Presiden PAS yg pandai sungguh menggunakan kiasan, segala jenis binatang dikumpulkan untuk ditujukan kepada kumpulan islam yang lain....Benarkah pimpinan politik dari parti lain tak reti menggunakan bahasa kiasan atau mereka merasakan tidak manis digunakan untuk ditujukan kepada kumpulan atau parti politik tertentu yg lain .
Bila ulamak yg mulakan menghina mencerca dan melabel, penyokong2nya pun berpesta bersukaria ikut ulamak menghina mencerca dan melabelkan orang dengan binatang.... Na'uzubillah

 
Hanya di Malaysia sebuah parti Islam iaitu PAS yg pandai berkias dgn berbagai kiasan dlm bentuk binatang terhadap musuh politik mereka.   Ramai yang melihat Hadi Awang cuba mencari tempat selindung dengan mengunakan BN dan Umno untuk dipersalahkan jika RUU 355 ini tidak berjaya dibentangkan, walaupun PAS tahu terdapat dua usul untuk dipilih agar ianya Berjaya di bentangkan tetapi kenapa PAS enggan beri kata putus.  KENAPA ..??? 
 
Sebabnya senang sahaja, ini kerana dlm PAS itu sendiri byk yg bercanggah pendapat.. Pusat ckp setuju negeri pula membantah.  Mgkin Hadi dan pemimpin kanan PAS ada agenda sendiri dlm RUU355. Malah semasa Himpunan di Padang Merbok tempohari ramai penyokong tegar PAS yg tidak memahami Isu sebenar pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965... 
 
Jadi moral kenapa RUU 355 tidak dibentangkn dan dianggap RUU 355 ini adalah rang undg2 persendirian...
 
Bn tidak halang RUU 355 utk di bentangkan secara persendirian di Dewan Rakyat.  RUU 355 ini akan terus menjadi rang undang-undang persendirian dan kami menyerahkan sepenuhnya kepada speaker untuk menentukan (bila dibentangkan), bergantung pada aturan mesyuarat Dewan Rakyat. "Jika speaker putuskan untuk membenarkan RUU 355 dibentang, maka ia akan dibentangkan dan speaker juga akan memutuskan peraturan mengenai (pembentangan) RUU 355 itu. "Kita tidak akan bentang dan tentukan dasar kita dalam soal ini kerana RUU 355 ini adalah rang undang-undang persendirian," katanya DSNajib pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato Onn, di sini, hari ini.

Perkara ini mempunyai dua usul di Parlimen. Usul kerajaan dan usul persendirian.  Ianya masih kekal sebagai usul persendirian sehingga hari ini mengikut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Kerajaan tidak akan menjadikan pindaan RUU 355 ini sebagai usul kerajaan. 

1. Biarkan Hadi Awang yang bentangkan di bawah usul persendirian atau
2. Kerajaan ambil alih dan bentang melalui usul kerajaan

Akhirnya Dewan Tertinggi BN secara konsensus memilih pilihan pertama iaitu membuat keputusan untuk tidak membawanya  di bawah usul kerajaan.  Tiada sebab kononnya BN menolak RUU355 hanya satu dakwaan dan tuduhan puak-puak pembangkang
 
 
 
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 

Rabu, 29 Mac 2017

Guan Eng Terpaksa Larikan Diri Bila Disergah Peniaga Mak Mandin

Kecut perut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila dia disergah dan diserbu oleh wakil peniaga kecil di Mak Mandin. Memalukan betul! Rakyat tak puas hati sehingga mereka buat kacau di program Tokong

Paling memalukan apabila Guan Eng terpaksa membatalkan satu program yang diadakan di Hotel Lodge18 Jalan Bagan Luar, Butterworth, Pulau Pinang kerana berlaku kekecohan.



Bertambah kelakar lagi, Guan Eng terpaksa melarikan diri daripada wakil peniaga kecil di Mak Mandin kerana takut dan kecut perut untuk berhadapan dengan mereka. Mana tidaknya, sebelum ni bukan main berani lagi tunjuk hebat dan berlagak samseng sampai sanggup merobohkan gerai mereka sesuka hati.  Tapi sayangnya kecut telur pulak bila diajak untuk bersemuka….Beliau sanggup lari dan membatalkan terus program bersama penduduk Parlimen Bagan tersebut.  Tapi kalau tak salah kenapa Guan Eng nak larikan diri pulak?

Gerai yang diroboh langsung tak beri sebarang pampasan dan satu sen pun dekat peniaga.  Macam mana mereka nak cari makan lepas ni kalau kedai mereka telah dirobohkan.  Peniaga di Mak Mandin mengadu bahawa sebelum mengundi bukan main lagi tabur janji macam-macam tapi setelah penat mereka mengundi Guan Eng, akhirnya ini yang mereka dapat. Jasa undian yang diberikan peniaga tersebut dibalas dengan merobohkan gerai mereka.  Apabila geng peniaga Mak Mandin datang untuk berjumpa Guan Eng bagi menuntut keadilan terhadap tindakannya sebelum ini, senang-senang je Guan Eng dan Phee Boon Poh melarikan diri dan tidak mahu memberi penjelasan.

Tak kan dengan peniaga tepi jalan pun Guan Eng takut sampai lari tak cukup tanah kot?! Sebelum ini berani sangat roboh kedai India la, Melayu la, roboh perkampungan Melayu dan tutup punca rezeki mereka dan sebagainya.  Tapi bila diajak untuk bersemuka, senang-senang je Guan Eng lari dan sembunyikan kepala! Nampak sangat yang Setiausaha Agung DAP tu sebenarnya seorang yang pengecut dan hanya tahu cakap besar sahaja.



Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Impian PPBM Mahu Jadikan Mukhriz Sebagai PM Akan Terkubur

 Impian untuk mengangkat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai calon Perdana Menteri akan ‘terkubur’ kerana ia bercanggah dengan prinsip demokrasi.   Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata angan-angan disemat Pakatan Harapan jika berjaya menawan Putrajaya, berbeza dengan realiti masa kini.

 Katanya, pertimbangan untuk memilih Perdana Menteri harus bersandarkan beberapa faktor, khususnya parti yang mempunyai pegangan jumlah kerusi terbesar dalam Dewan Rakyat.
“Impian itu (memilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai calon Perdana Menteri) berbeza dengan realiti kerana dalam politik, kita kena lihat kekuatan parti.

“Ahli Parlimen UMNO yang menyandang kerusi Pekan (Datuk Seri Najib Razak) menjadi Perdana Menteri kerana UMNO adalah parti terbesar (jumlah kerusi terbanyak) dalam Parlimen.
“Kalau kita tengok Pakatan Harapan sekarang, parti paling kuat ialah DAP, justeru bagaimana seseorang daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, termasuk Ahli Parlimen Pagoh mahu menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita, di Parlimen, hari ini.

 Beliau mengulas senarai Kabinet bayangan Pakatan Harapan yang menjadi viral, baru-baru ini, dengan membariskan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.   Menurut lampiran berkenaan, ‘orang kanan’ Muhyiddin atau Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

 Barisan Menteri di Jabatan Perdana Menteri terdiri daripada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Rafizi Ramli, Salahuddin Ayub, Tony Pua dan Ramkarpal Singh.
Barisan Kabinet bayangan itu selaras pandangan Muhyiddin ketika berceramah di Kota Kiri, Padang Rengas, Sabtu lalu.

 Abdul Rahman berkata, DAP yang memegang ‘suara’ besar dalam Pakatan Harapan akan mempengaruhi setiap keputusan mana-mana pemimpin yang dicalonkan menjadi Perdana Menteri.
“DAP mempunyai kuasa untuk menarik balik sokongan mereka jika Muhyiddin yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri tidak mengikut telunjuk parti berkenaan berhubung mana-mana dasar.
“Ini kekhuatiran kita kerana bila calon itu datang daripada parti kecil, waima ada nafsu besar untuk jadi perdana menteri pun akan dipengaruhi parti terbesar dalam Pakatan Harapan,” katanya.


Cacatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Isnin, 27 Mac 2017

Nasib Penjawat Awam Di Dua Negara Asing

 

 


Di negara Turki, ribuan kakitangan awam dibuang kerja kerana menentang Presiden Tayyib Erdogan sementara di Malaysia seramai lima orang kakitangan awam yang bertugas sebagai guru hanya diberi notis tunjuk sebab.

“Sekiranya mereka gagal menjawab notis tunjuk sebab tersebut dalam masa dua minggu, mereka bakal dihadapkan ke Lembaga Tatatertib dan tindakan keras akan diambil,” demikian tegas Menteri Pendidikan Datuk Sri Mahdzir Khalid berhubung isu lima orang guru yang menaiki pentas pembangkang menghentam kerajaan (pusat).

Sekiranya RAKYAT Malaysia rasional dan matang, pasti dapat membuat perbandingan yang adil antara tindakan kerajaan Turki dan Malaysia terhadap para penjawat awam dan kakitangan kerajaan negara masing-masing.

Malaysia terlalu berlembut dalam semua hal yang bersangkutan tindakan.  Jika dibandingkan dengan Negara-Negara luar pengkhianat tidak akan dibiarkan, mereka pasti tidak akan sempat bersuara untuk kali kedua. 

Sebagai penjawat awam mereka lupa yang mereka telahpun menandatanggani surat akujanji semasa menerima jawatan yang mereka sandang sekarang..Mereka lupa mereka ada klausa yang telah ditetapkan pada Peraturan 21(1)P.U(A)395/1993 untuk dipenuhi.



Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Mahathir Pemimpin Yang Kecewa – PAS

 ​Pas menempelak kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan presidennya kurang berkarisma dalam membuat keputusan sehingga menyebabkan parti itu keliru membuat keputusan.   Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Mahathir sebenarnya yang tidak mempunyai pendirian tetap apabila sering keluar masuk dalam Umno sebelum ini.

“Apa yang dilakukan ini jelas menunjukkan beliau seorang yang kecewa apabila beliau gagal memenuhi apa yang diimpikan,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang menyifatkan Datuk Seri Hadi Awang kurang karisma hingga membuatkan parti itu keliru membuat keputusan.

 Mohd Amar berkata, pendirian Pas tetap kukuh sebagaimana terkandung dalam perlembagaan
“Kita tidak berganjak dengan apa yang telah diperjuangkan selama ini.  “Siapa jadi Presiden Pas ahli akan tetap memberikan sokongan,” katanya.

 Mohd Amar berkata, Pas juga tetap dengan pendirian untuk bersendirian pada PRU-14 nanti. 


Akhbar tempatan melaporkan, Mahathir membandingkan karisma Abdul Hadi dengan pimpinan Pas terdahulu iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat./sh

Terdahulu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Mas Kali Ke-64 di Madrasah Nasrullah Pohon Buluh di sini hari ini.
Turut hadir Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Mas, Datuk Hanifa Ahmad dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz serta barisan kepimpinan.


Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

DAP MENOLAK CADANGAN "MALAY LEAD ORGANISATION" OLEH PPBM DALAM PAKATAN PEMBANGKANG

Pakatan yang tidak sepakat
1- Tan Sri Muhyidin, Presiden PPBM berkata dalam ceramah di Kota Lama, Padang Rengas, Perak bahawa gabungan Pakatan Pembangkang oleh PPBM-DAP-PKR-PAN yang mahu menggunakan satu lambang bagi menentang Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 nanya perlu berteraskan Melayu dan dipimpin berasaskan "Malay Lead Organisation".
 
2- DAP menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden PPBM ini untuk menjadikan Pakatan Pembangkang sebagai "Malay Lead Organisation" kerana cadangan tersebut sama seperti Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO. 
 
3- Muhyidin dan PPBM diingatkan supaya jangan cuba menjadikan pakatan pembangkang sama seperti UMNO yang menjadi ketua kepada parti-parti komponen BN kerana dalam pakatan pembangkang suara semua kepimpinan parti gabungan adalah sama dan masing-masing mempunyai hak dan pendirian.
 
4- PPBM adalah sebuah parti baru walaupun kebanyakan pimpinan adalah orang lama daripada UMNO justeru sikap dan perwatakan perlu berubah. Perangai dan sikap sebagai "Melayu UMNO" perlu dikikis daripada pimpinan dan ahli PPBM. 

5- PPBM harus menjadi seperti Parti Amanah Negara (PAN) yang berjaya mengeluarkan diri mereka daripada kepompong pemikiran "Islam PAS".
 
6- PPBM baru sahaja diterima masuk dalam gabungan pakatan pembangkang dan jangan cuba menjadi "jaguh atau juara" kerana PPBM adalah sebuah parti baru yang belum mempunyai apa-apa bukti kejayaan berbanding DAP dan PKR. Kekuatan dan pengaruh PPBM hanya kepada Tun Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri sahaja. 
 
7- Pembahagian kerusi pakatan pembangkang dalam PRU14 yang akan dipertandingkan oleh PPBM dan PAN hanya kerusi milik PAS sahaja iaitu sebanyak 36 kerusi akan diagihkan sama-rata kepada PPBM dan PAN. DAP akan bertanding di 72 kerusi Parlimen. Justeru pimpinan PPBM dinasihatkan agar "sedar diri" jangan tamak kerusi dan meminta lebih.

8- Dasar perjuangan DAP iaitu hak sama-rata melalui konsep "Malaysian Malaysia" tetap konsisten dan tidak akan berubah. 
 
9- DAP menentang keras sebarang usaha dan cadangan penubuhan Negara Islam dan sebarang Undang-Undang berteraskan Islam di Malaysia seperti RUU355
 
10- DAP juga menentang keras sebarang usaha dan cadangan PPBM untuk menjadi ketua kepada parti-parti lain dalam pakatan pembangkang. 
 

Ini pula hikayat Asal Usul Babi n Cina Dapig

Sebelum kedatangan penjajah British dan pendatang Cina ke Tanah Melayu.. tiada kandang babi diusahakan di Tanah Melayu kerana bangsa Melayu Islam bukan bangsa yg makan babi.
Pendatang2 Cina kongsi gelap yg dibawa masuk oleh kafir British di Lombong Bijih di Kuala Lumpur mula membela babi secara dalam kandang. Semakin lama semakin membiak sehingga lah sekarang banyak kandang mega yang diusahakan secara terbuka.

Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 
 
 
 
 

CADANGAN MUHYIDDIN PPBM MACAM SAMPAH!!!


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini menolak cadangan yang dikemukakan rakan barunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mahu menjadi parti utama dalam Pakatan Harapan.
Kata Azmin, walaupun dia memahami hasrat parti itu untuk menarik orang Melayu dan mewujudkan partinya sebagai alternatif kepada UMNO, tegas beliau, semua pihak dalam PH terikat dengan rangka kerja dan dasar gabungan itu.
 
PPBM yang baru mengumumkan menyertai Pakatan Harapan cuba untuk menunjuk kuasa dan berlagak untuk cuba merampas perjuangan Pakatan Harapan
PKR menolak cadangan yang telah dinyatakan oleh Presiden PPBM itu dan turut menyifatkan bahawa parti itu dalam keadaan yang cukup terdesak
 
Malah PKR juga memberikan gambaran bahawa PPBM sedang berada dalam keadaan tertekan sejak menjadi sebahagian dari Pakatan sehingga membuatkan parti itu mahu menjadi 'Abang Besar' dalam Pakatan.
Muhyiddin dalam satu ceramah di Padang Rengas malam tadi mencadangkan gabungan berteraskan Melayu di mana parti pimpinannya itu akan menjadi parti utama mendukung perjuangan tersebut.
 
 
Bagaimanapun beberapa pemimpin Pakatan secara terbuka berpendapat tidak perlu ada sebuah parti berteraskan Melayu untuk menjadi ketua dalam usaha mewujudkan keyakinan rakyat kerana setiap parti mempunyai peranan yang sama penting.
 
Dalam pada itu, Guan Eng juga berkata PH memutuskan untuk mengekalkan nama gabungan itu, namun bersedia mendengar syor Muhyiddin yang mencadangkan nama PH ditukar kepada Barisan Rakyat.  Bagaimanapun ujarnya, mesyuarat akan datang yang membabitkan empat parti termasuk PPBM akan diadakan dalam masa terdekat, mungkin membincangkan cadangan tersebut.
 
 
 
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 
 

Sabtu, 25 Mac 2017

Nazri dikatakan masuk Parti Bungaraya..???

 
 
 
 
KUALA KANGSAR 25 MAC - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz (kiri) bertemu dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Lembah, Kuala Kangsar hari ini.  Setelah gagal bertemu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz akhirnya bersemuka dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Lembah di sini hari ini.  Mohammed Nazri dan Mahathir berjumpa di tepi dataran Sungai Perak di sini pada pukul 4.25 petang.
  Mereka hanya menikmati cendol dan laksa di bawah sebuah pondok di kawasan perniagaan makanan di sini.

Hadir sama Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
  Terdahulu, Mohammed Nazri dan para penyokongnya menunggu Mahathir lebih tiga jam di pintu masuk MRSM Kuala Kangsar di sini. 
 
Jangan pula ada ahli PPBM perasan yang Nazri akan masuk parti bungaraya.  Wacana tetap akan diteruskan cuma tunggu tarikh dan kebenaran dari pihak berkuasa.
 
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 
 
 
 

DAP ada ramai pemimpin penakut kerana tak berani suruh Kit Siang bersara.



Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mencadangkan supaya Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersara daripada politik dan memberi peluang kepada muka baharu seperti yang diingini oleh kalangan anggota akar umbi parti itu.
Menurutnya, berbanding dengan parti-parti politik lain yang telah melakukan transformasi, DAP masih lagi enggan melaksanakan peralihan kuasa kepada pemimpin muda dan sebaliknya terus mengekalkan Kit Siang yang berpandangan ekstrem bagi tempoh 51 tahun lepas.
“Mungkin juga kepemimpinan inilah yang menyebabkan DAP tak boleh menang pilihan raya umum.
“Ramai pemimpin DAP tidak berani bercakap di luar (mengenai perkara ini) dan mereka akan berterima kasih kepada saya dan rakan-rakan dalam BN yang mengatakan bahawa sudah tiba masanya Kit Siang bersara,” katanya pada sidang media selepas
merasmikan Persidangan Tahunan Peneraju Professional Chartered Financial Analysts (CFA) di sini, hari ini.

Abdul Rahman yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Kit Siang yang merupakan anggota Parlimen Gelang Patah
yang mahu mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya beliau tidak bersara dalam politik.  Dalam kenyataan terkini itu, Kit Siang juga tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi Parlimen lain pada PRU14 sebagai strategi politik.

Sementara itu, Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berikutan laporan DAP kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis kononnya beliau menyalahgunakan kuasa semasa menjadi Menteri Kesejahteraan Bandar,

Perumahan dan Kerajaan Tempatan.  Semalam, dua pemimpin akar umbi DAP mendedahkan dokumen-dokumen yang dikatakan menyokong dakwaan mereka mengenai penyalahgunaan kuasa oleh Abdul  Rahman semasa menerajui kementerian itu dari 2013 hingga 2016


Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Azmin gesa PAS-PKR berdamai selepas sehari menyindir Nik Abduh

Selepas mengutuk sekarang buat U-Turn memujuk pula... Ini menunjukkan PKR takut bila sedar kerusi empuk bila-bila sahaja berpindah hak milik..Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa PAS dan PKR menghentikan perbalahan dalam media, sebaliknya kedua-dua parti perlu membincangkan masalah mereka secara tertutup.  “Ini bukan masanya untuk kita berbalah secara terbuka. Saya menggesa semua pihak duduk dan berbincang,” kata timbalan presiden PKR itu selepas merasmikan Liga Bola Keranjang Komuniti Nasional ke-11, hari ini.


“Paling penting, letak kepentingan negara dan rakyat di tempat pertama kerana keutamaan kita ialah hadapi pilihan raya akan datang,” katanya.
Ketegangan antara kedua-dua parti semakin memuncak di Selangor selepas Azmin mengejek kekalahan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam pemilihan PAS Kawasan Pengkalan Chepa di Kelantan, pada 18 Mac lalu.  Anak bekas mursyidul am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencabar Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin untuk jawatan timbalan yang dipertua PAS kawasan terbabit, tetapi beliau sekadar meraih 37 undi berbanding 209 undi diraih Izani.


Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa disandang Nik Aziz dari 1974 sehingga 1986.  Azmin menerusi Twitter menulis: “Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur.” Sindiran ini dilihat ditujukan kepada Nik Abduh

Semalam, Ketua Wanita PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan menyifatkan Azmin umpama “kacang lupakan kulit” dan memberi amaran supaya tidak mencabar kesabaran parti Islam itu.
Beliau turut mengingatkan Azmin PAS yang membantu dan membenarkan beliau serta PKR memerintah Selangor.  “Azmin sepatutnya sedar dia pegang kerusi menteri besar atas cadangan PAS. Kalau nak harap parti dia sendiri, namanya langsung tiada dalam senarai,” kata Hasrina.

Azmin yakin perbalahan PAS-PKR boleh diselesaikan dengan baik.   “Saya yakin sebelum ini banyak isu yang lebih besar dari ini dan kita boleh selesaikan. “PKR sentiasa mengambil sikap untuk berbincang, berunding walaupun terdapat perbezaan. Perbezaan itulah kekuatan kita untuk mencapai permuafakatan lebih kuat untuk negara dan rakyat.   “Saya yakin dengan kewibawaan kepimpinan parti sama ada dalam Pakatan Harapan, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan PAS.
“Saya yakin mereka mahu negara lebih baik dari sekarang dan itu boleh dicapai melalui perbincangan dan rundingan,” katanya.

azmin
Azmin berkata, “PKR tidak pernah putuskan hubungan dengan mana-mana pihak. Ini kekuatan PKR, PKR sentiasa "terbuka" dan itu terserah pada pihak lain. “Itulah kekuatan PKR kerana kami sentiasa terbuka untuk perbincangan. Walaupun terdapat perbezaan di antara kita, perbezaan ini yang memberi kita kekuatan untuk mencapai kata sepakat antara satu sama lain.”



Semalam, Pemuda PAS Kuala Selangor, Subang, Serdang dan Pandan sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR, selepas usul sama diluluskan di Tumpat (Kelantan), Permatang Pauh serta Bayan Baru (Pulau Pinang).  PAS bertegas tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, sekutu PKR dalam Pakatan Harapan.



Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat


 

Khamis, 23 Mac 2017

Pertubuhan tarikat mahu bantu Siti Kassim kenali Allah


 
KUALA LUMPUR – Dalam keadaan ramai pihak mengkritik Siti Kassim ekoran pandangannya yang dilihat bertentangan dengan agama Islam masih ada pihaknya yang bersimpati dengannya.
Hari ini, Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia menawarkan diri membantu peguam itu untuk mengenal Allah.
 
“Kami amat berbesar hati untuk menjemput Puan Siti Zabedah Kassim, secara peribadi untuk di tunjukan jalan untuk mengenal Allah.  “Kami sangat berharap agar Puan Siti Zabedah Kassim dapat menghubungi kami di talian 03-2698 5768,” ujar entri media sosial pertubuhan berkenaan hari ini.
Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia juga menyertakan grafik ‘Kami Sayang Siti Kassim’.
 
Siti Kassim yang baru dilantik sebagai ahli Majlis Peguam itu sebelum ini mengkritik cadangan Rang Undang-Undang 355 dalam beberapa siri forum mengenai pindaaan kuasa mahkamah syariah itu.
Malah baru-baru ini, Siti Kassim mendakwa dirinya mengamalkan Islam versi dirinya sendiri dan tidak mengikut Islam seperti dianuti orang lain di Malaysia

Sudi ke Siti Kassim, menyahut panggilan Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia ini.. Apa pula yang bakal di ulas oleh Siti Kasim.  Sama-sama kita tunggu reaksinya

https://youtu.be/O1KCfzpj4k0




Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 

Mahathir Serang 1MDB demi Poket KRONI..!!!



Demi Poket Kroni Mahathir sanggup menyerang 1MDB.  Walaupun kes 1MDB telah melalui beberapa fasa siasatan SPRM, PAC.  Hujah lah dgn fakta Jgn takat melalak Penyangak Penyamun nak tutup konon diri suci Bagi kroni #IPP subsidi berbillion tu duit bapak ayam ka?

Di sini Aspirasi Rakyat menyiarkan keputusan siasatan 1MDB yang telah di keluarkan keputusannya oleh Gabenor BNM Datuk Muhammad Ibrahim.  Tindakan Terhadap 1MDB Telah Diambil, dan Kes Ditutup yang Diterbitkan pada : Jumaat, 12 Ogos 2016 2:50 PM

KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) selesai dan semua tindakan yang perlu telah diambil terhadap kumpulan wang pelaburan negara itu, kata Bank Negara Malaysia (BNM).  "Kami telah menyiapkan semua siasatan mengenai 1MDB berdasarkan kertas siasatan dan semua maklumat (yang ada).

"Kami telah mengenakan penalti kepada syarikat itu, kami telah mengambil segala tindakan yang perlu terhadap syarikat itu yang diamanahkan kepada kami di bawah undang-undang dan kami telah menutup siasatan," kata Gabenor BNM Datuk Muhammad Ibrahim.
Beliau menjawab soalan sama ada bank pusat akan memulakan siasatan baharu ke atas 1MDB selepas pendedahan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
 
 
DOJ bulan lalu memfailkan saman sivil terhadap beberapa individu untuk menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion yang didakwa diperolehi daripada hasil dana 1MDB yang disalahguna.
Muhammad berkata BNM akan dipandu oleh protokol antarabangsa jika DOJ mahu mendapatkan bantuan bank pusat itu dalam menyiasat isu berkaitan 1MDB.

"Apabila datang kepada penemuan antarabangsa, kami ditentukan oleh protokol tertentu," katanya.
 "Kami secara tegas tetap akan mematuhi protokol-protokol itu dalam kerjasama dengan mana-mana badan penyiasat luar," katanya.

BNM pada April mengeluarkan kompaun kepada 1MDB kerana gagal mematuhi sepenuhnya arahan yang telah dikeluarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
1MDB pada Mei berkata ia telah membayar sepenuhnya jumlah denda yang tidak didedahkan itu.
BNM ketika itu berkata pembayaran kompaun itu menandakan tamatnya siasatannya berhubung perlanggaran peraturan-peraturan bank pusat.

 
KES 1MDB SELESAI DAN KES DITUTUP !!
 
 
 
Catatan
 
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 
 








Kini ... PKR Mendabik Dada Mereka Menang PRK 2015 Permatang Pauh Tanpa Bantuan PAS



Naib Ketua Pemuda PKR yang juga EXCO Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin, semalam di dalam laman sosial Twitter, biadap dan kurang ajar, serta mendabik dada dengan kemenangan PRK 2015 Permatang Pauh kononnya tanpa sokongan malah diboikot daripada Pemuda Lebai (ditujukan pada Pemuda PAS).

Pastinya Pemuda PAS dan ahli PAS yang membantu PKR dan Dr Wan Azizah Wan Ismail mencapai kemenangan di dalam PRK Permatang Pauh tahun 2015 mesti terasa sedih.  Sekarang, PKR kata mereka menang atas usaha sendiri dan dengan "jentera PKR sendiri yang kuat" tanpa pertolongan dari Pemuda PAS.

Beliau juga merupakan antara pemimpin PKR yang sebenarnya tiada punya apa-apa cuma sebagai penjilat LGEng paling Wahid dengan balasan jawatan Exco yang kini disandangnya.  Beliau hanya bergantung harap kepada sokongan Pemuda Pas dan Pas Pulau Pinang untuk jawatannya sekarang.
 
Kenyataan sombong dan biadapnya itu seolah-olah cuba membuktikan betapa BODOHNYA PAS.  Ibarat pepatah habis manis sepah dibuang, habis dara dijamah dibiar mengandung tanpa berbapa. Dalam istilah anak muda sekarang puas mereka kena kencing dengan PKR. 
 
 
Pas yang telah mengorbankan segala-galanya titik peluh maupun tahan muka dicaci maki, sekarang ini dianggap sebagai PAK PANDIR oleh orang yang telah mereka tolong
 
Hendak dikatakan apa lagi. Sudah menang, PKR boleh cakap apa sahaja. Apa yang ahli PAS dan Pemuda PAS dapat lakukan lagi ? 
 
Baru-baru ini beberapa Dewan Pemuda Pas di Pulau Pinang telah memberi isyarat menolak untuk bekerjasama dengan PKR.  Keputusan yang tepat dengan menolak kerjasama bersama
PKR terpaksa di ambil untuk mengajar pemimpin PKR yang sombong, bodoh dan bongkak.
 
 
 
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rabu, 22 Mac 2017

Siapa yang lebih tercedera dengan debat yang bakal di adakan ??




Kami mendapat maklumat bahawa paling tidak suka debat di adakan adalah Mantan Tun Mahathir, kerana pada mereka jika debat atau “wancana” di teruskan , mereka amat khuathir isu Kehilangan wang FOREX Bank Negara akan di bangkitkan, dengan sedikit “preview” apa sebenar nya terjadi lalu beliau terpaksa bersilat untuk menepis nya.
 

Bagi Mantan Tun M, jika debat di adakan kemungkinan besar isu kehilangan wang rakyat melalui perjudian mata wang akan di bangkit kan oleh Nazri Aziz dan demi mahu selamat kan “tengkok” Tun M akan cuba mengelak dan menjawap dengan style biasanya lalu rakyat dapat mengesan ia adalah jawapan yang “gelabah” dan jawapan itu juga boleh memerangkap Tun M ketika perbicaraan RCI berkenaan kerana jika jawapan tidak selari bermakna Tun M berbohong.  Walaupun TV arus perdana tidak akan menyiarkan , namun beratus ratus pihak akan datang untuk merakamnya.  Jawapan Mahathir “will be use against him” pada perbicaraan nanti.
 
Raja Petra pada portal nya MalaysiaToday telah pun melepaskan satu das tembakan dengan tajuk terbarunya.  “Mahathir-using-stolen-forex-money-to-finance-pakatan”. Atau “Mahathir Guna Dana Di Curi Dari Kerugian Forex Untuk Biyai Pakatan”.  Ramai “inner circle” mempercayai dengan kebijaksanaan Tun Daim dan Mahathir di gabung , mana mungkin mereka tewas dalam berfikir berkenaan judi wang negara.  Pihak ini percaya mereka tidak kerugian , ia hanya laporan di buat buat , kerugian boleh di anggap sebagai salah urusan , namun kecurian ada lah jenayah, maka lebih elok di sebut “rugi” dari “curi”.
 
Atas sebab itu RCI perlu di ujudkan.  Sebenar nya itu ada lah sedikit peluru yang akan bakal di tembak oleh Nazri dan panglima Tun sudah menghidu nya.  Maka mereka tidak mahu ketika jutaan rakyat sedang di buai kisah dongeng Najib curi duit, tiba tiba cerita beralih kepada Mahathir pencuri wang rakyat melalui FOREX pula seperti yang di tulis oleh Raja Petra

Khabarnya Debat Nazri  Vs Mahathir akan diadakan di Karang Kraf S. Alam.  Tun Perlu bersedia bila hal kehilangan RM10b wang BNM untuk Forex ? Di zaman siapakah yang memerintah lebih RM1B pump RM utk KPB milik Mirzan? Kenapa Proton rugi?Tubuh Proton untuk gah atau untuk negara? Siapa parking RM komisyen berbilion di Hong Kong...bekas PM mana?  Siapa yang suka bergaduh dengan Sultan dn Raja Melayu dari dulu dan kini.  Sebab dia bukan orang Melayu? Anak didik siapa Amin Shah tak bayar hutang BBMB, NPL.  Kenapa tiada tindakan di ambil ? Siapa pilih Tajuddin teraju MAS ? MAS hampir tutup tapi Tajuddin kaya raya? Penswastaan itu dasar siapa dan mengkayakan konco-konco itu siapa? 

Siapa yang sedang jilat punggong Lim Kit Siang demi political survival anaknya? Anak siapa dalam senarai 40 terkaya di Malaysia? Di zaman siapa memerintah Presiden MIC dn MIC kaya raya?
Siapa anti ulamak? Kenapa kes sahabatnya Lorraine Rais tak dibicarakan di Malaysia? Kenapa kes pembunuhan pengurus BBMB di HK tak dibicarakan di Malaysia? YTL tu kawan baik siapa yang kontrol IPP ?  Angkara siapa menyebabkan bantera UMNO sentiasa dipukul gelombang dan tertubuh Semangat 46, PKR n Bunga? Daim tu kaya kerana usahawan terhebat atau kerana dikayakan oleh PM ketika itu?

Kali ni dia bertemu buku dengan ruas...kita nak tengok siapa Melayu Mudah Lupa tu sekali lagi memberi fakta mengarut  dan menunjukkan yang dia ini adalah benar, bersih, cekap, amanah dan Kepimpinan Yang Luhur Melalui Teladan??
Maka itulah sebabnya Debat lebih mencederakan pihak Mahathir lebih dari Najib.  Pro Tun pula yang tidak rapat dengan “circle” Mahathir amat percaya bahawa hero mereka hebat atas sebab  tidak tahu kisah di belakang tabir.  Malah mereka tanpa sedikit maklumat pun perasan bahawa Nazri pula yang takut dan tanpa tahu pihak panglima Tun yang ketakutan dan membuat kerja pembatalan.


Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 

JAWAPAN KEPADA FITNAH PM TAK HABIS BELAJAR

 
Parti Pribumi Bersatu, Dato 'Abdul Rahman Mohd Noor mengeluarkan video yang menyatakan beliau mahu bertanding di Pekan menentang PM Najib.  Walaupun beliau menyatakan bahawa  beliau pesara miskin, ia tidak bermakna beliau boleh mengeluarkan video terbabit. Beliau kini merupakan ahli lembaga pengarah untuk Daim PECD Bhd (Peremba) sejak 2008 dan jelas disitu bahawa dalam jangka masa yang panjang Mahathir dan Daim bersekutu.
 
Mahathir dan Daim bukanlah orang miskin.  Selain daripada mengulangi pembohongan yang Mahathir biasa lakukan, perkara yang mengganggu mengenai video tersebut ialah beliau mendakwa bahawa beliau berada di UK pada masa itu dan bahawasanya Perdana Menteri Najib tidak menduduki peperiksaan akhir di University of Nottingham.
 
Ini jelas menunjukan bahawa mereka mempunyai niat jahat menyatakan Najib tidak menerima ijazah daripada Universiti.  Walau bagaimanapun, pemeriksaan secara langsung dengan Universiti dan laman web sebenar Nottingham adalah seperti berikut:
 
 
"Najib menamatkan pengajian dalam bidang Ekonomi Perindustrian dari Universiti Nottingham pada tahun 1974 dan telah aktif dalam bidang politik di Malaysia lebih daripada 30 tahun."
Profesor David Greenaway, Naib Canselor Universiti Nottingham, berkata: "Saya amat gembira bahawa lulusan Universiti Nottingham telah memegang kedudukan jawatan yang penting di Malaysia. Pihak Universiti mempunyai sejarah yang baik kerana dapat bekerjasama rapat dengan Malaysia - dua bekas Kings juga adalah bekas graduan Nottingham, dan kami universiti British yang pertama telah menubuhkan kampus di negara ini.
 
Profesor Ian Pashby, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif The University of Nottingham Kampus Malaysia, berkata, 'Seluruh Komuniti UNMC sangat berbangga dengan graduan sendiri yang telah berjaya menjadi Perdana Menteri keenam Malaysia. "  Ia jelas menunjukan bahawa bukan sahaja PM Najib graduan dari University terbabit, malahan profesor di University of Nottingham turut berbangga dengan beliau.

Ini jelas menunjukkan bahawa ahli Pribumi, Dato' Abdul Rahman Mohd Noor adalah berniat jahat dan SALAH.  Dan dia bukan seorang pesara miskin sepertimana yang beliau katakan.
Sekali lagi, tak fitnah bukan Pakatan. Satu lagi pembohongan yang berniat jahat dan fitnah dari Mahathir dan kaumnya sekali lagi terdedah.
 
Diterjemah oleh : MOF Comms
 
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 
 

Berapakah jumlah ahli yang didaftarkan dalam "Parti Bebas Rasuah".??



Parti baru yang bakal ditubuhkan bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas Senator Datuk Ezam Mohd Nor, dijangka akan memohon untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan.
Khairuddin yang dipetik Sinar Harian berkata, ia merupakan langkah pertama yang akan dibuat selepas mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
“Insya-Allah, dengan izin Allah sekiranya parti baru kami diluluskan pendaftaran oleh ROS maka perkara pertama yang Ezam serta saya lakukan adalah untuk memohon menjadi rakan ‘coalition’ dalam Pakatan Harapan,” katanya.
Khairuddin berkata beliau gembira melihat apa yang berlaku dalam pembangkang hari ini yang selaras dengan kehendak Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan penyatuan antara seluruh barisan pembangkang.
“Ini merupakan berita yang amat menggembirakan saya. Ini yang sepatutnya dilakukan dari awal lagi.
“Kita harus perkemas serta perkuatkan kedudukan rumahtangga sendiri di samping terus berusaha berunding dengan PAS,” katanya lagi.
Semalam, Majlis Presiden Pakatan Harapan menerima PPBM sebagai anggotanya dan bersetuju untuk mendaftarkan gabungan pembangkang itu dengan ROS.

Tetapi parti yang bakal dinamakan dengan Parti Bebas Rasuah ini atau lebih jelas lagi parti gila nak kuasa ini ada berapa orang ahli yang mereka bawa masuk untuk bersama Pakatan Haprak ?
100 ribu.? 10 ribu ? atau seribu ahli yang akan turut serta..? Atau cuma Ezam Kotak dan Kudin ini sahaja..?

Ezam dan Kudin ini tahu ke, cadangan yang di kemukakan oleh Tun M supaya PH menggunakan satu logo dibantah keras oleh LKSiang..??
Memandangkan Ezam menyimpan 6 kotak document rasuah, tak sabar rasanya Aspirasi Rakyat nak tahu masih ada ker kotak-kotak tersebut atau hanya gimik.  Untuk benteras Rasuah rasanya sekarangpun kerajaan menjalankan operasi besar-besaran bersama SPRM membenteras aktiviti rasuah dimana sekarang ramai yang tertangkap tanpa mengira kedudukan.  Jadi adakah "Parti Bebas Rasuah" ini mempunyai kepakaran untuk melakukan kerja mereka atau hanya bertempik di media social sambil mulut berbuih-buih menyalahkan kerajaan sahaja.  Sama-samalah kita tunggu dan lihat beberapa parti kecewa ni merebut kerusi bila datangnya musim PRU nanti.



Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat


Selasa, 21 Mac 2017

Eyeglass Candy Didakwa Ada Campuran Babi adalah Fitnah


 

Tular di media sosial dakwaan yang mengatakan gula-gula Eyeglass Candy mengandungi campuran babi.



CERITA SEBENARNYA :

Dakwaan bahawa coklat Eyeglass With Candy mengandungi bahan ramuan dari sumber haram sebagaimana yang disebarkan oleh pengguna di media sosial ini adalah tidak benar.
Salah faham timbul apabila pengguna tidak memerhati dengan jelas label sebenar yang tertera “free from pig’s products and its Derivatives”
Menurut JAKIM, coklat Eyeglass With Candy keluaran Goodfood Industries Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.



SUMBER :

Bahagian Hab Halal, JAKIM



Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat



 

Kerajaan meluluskan peruntukan bagi membantu 1.06 juta pelajar

 
 
Timbalan Menteri Pendidikan (KPM), Datuk P. Kamalanathan berkata peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan itu dianggarkan dapat membantu seramai 1.06 juta pelajar.

“Kementerian mengenal pasti penerima yang layak menggunakan tiga jenis data iaitu daripada data yang dikeluarkan e-Kasih dan diperhalusi ICU (Unit Penyelarasan Pelaksana) dan Jabatan Perdana Menteri, kedua data kepada murid orang asli dipantau dan diambil daripada pengkalan data murid di bawah simpanan sekolah di hantar kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

“Dan ketiga guna data sedia ada melalui permohonan dibuat jawatan pengurusan di peringkat sekolah dipengerusi oleh Guru Besar dan Pengetua,” kata Kamalanathan.


Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Fenomena Equinox - Jabatan Meteorologi Malaysia

SUMBER :
Jabatan Meteorologi Malaysia

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 16 Mac 2017 menafikan tular berkaitan gelombang haba yang melanda semasa Fenomena Ekuinoks yang telah tersebar luas melalui media sosial.  Memandangkan Negara terletak berhampiran khatulistiwa, terdapat sedikit kenaikan suhu harian dalam tempoh tersebut sekiranya tiada liputan awan. Walau bagaimanapun kenaikan suhu dijangka tidak menyebabkan gelombang haba seperti mana yang disebarkan.

Walau bagaimanapun Fenomena Equinox akan mempengaruhi Malaysia, Singapura dan Indonesia Suhu akan meningkat dan hal ini boleh menyebabkn dehidrasi kerana Fenomena ini adalah kerana matahari kini berada pada posisi tepat di atas garis khatulistiwa pada hari ini
 
Harap menjaga diri supaya tidak dehidrasi. Setiap orang harus minum kira2 tiga liter air masak setiap hari. Tekanan darah harus diberi perhatian dan dinasihatkan agar menjaga kesihatan dengan mandi air sejuk sekerap mungkin. Kurangkn mkn daging, perbanyakan mkn buah-buahan & sayur-sayuran.
 
Pengalaman pertama di Malaysia dan Singapore. Heat stroke yg tidak memiliki gejala indikasi. Setelah pengsan, yg serius berbahaya seperti kegagalan organ dalaman dan menjadi lebih serius !
 
Pesan kat anak2 banyak kan minum air kosong...



Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Isnin, 20 Mac 2017

GOLOK LIM GUAN ENG MAKAN TUAN


 

Debat Permata Datuk Rizal Mansur dan YB Yeo Bee Yin Adun Damansara bertukar dari mempersoalkan pelantikan Datin Sri Rosmah Mansur isteri Perdana Menteri sebagai Penaung Permata kepada kedudukan Betty Chew Isteri Lim Guan Eng dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) dan sebagai Pengarah syarikat perunding hartanah Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd bersama Phang Li Koon.
 
2.  Lim Guan Eng sebelum ini angkuh bahawa kedudukan jawatannya adalah dilantik rakyat tidak seperti Datin Seri Rosmah walaupun sebelum ini dijawab oleh Datuk Rizal Mansur sebagai jawatan Penaung tidak mempunyai kuasa Eksekutif. Captain M turut mendedahkan kedudukan isteri Lim Guan Eng yang dilantik oleh PCCC sebelum ini sebagai Ahli Jawatankuasa PCCC yang menjaga kepentingan hartanah. Apakah jawatan itu dilantik juga dilantik rakyat?
ISTERI LIM GUAN ENG DALAM DEWAN PERNIAGAAN CINA DIPILIH RAKYAT? KENAPA DAP MARAH ROSMAH PENAUNG PERMATA?
3. Hari ini Lim Guan Eng mungkin sedang bergembira kerana Perbicaraan yang sepatutnya berlangsung 27 Mac ini ditangguhkan bagi menunggu keputusan rayuan pihak pembelaan untuk mencabar keputusan yang mengisythiharkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah. Lim Guan Eng takut berhadapan dengan kesnya maka beliau sengaja melengahkan kes dengan segala cara.
 
4. Tapi senyuman Lim Guan Eng diganggu dengan terdedahnya dokumen baru Betty Chew isterinya adalah rakan niaga kepada Phang Li Khoon penjual banglo rumah murahnya. Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd. Apa agaknya kepentingan Betty Chew dengan Phang Li Khoon yang juga rakan seangkatannya sebelum ini dalam PCCC. 
 
5. Apakah ini tujuan sebenar Betty Chew dalam PCCC dilantik sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah untuk menguasai ketika projek hartanah di Pulau Pinang? Begitu mudah bersama Phang Li Khoon sebagai Pengarah syarikat Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd. 
 
6. Sememangnya sangat jelas ada 'Conflict of Interest' di situ iaitu suaminya sebagai Ketua Menteri dan Exco Hal Ehwal Tanah yang juga terlibat dalam urusan pembelian banglo Phang Li Khoon serta meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Am di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd milik Phang Li Khoon. 
 
7. Kerana kepentingan inilah Lim Guan Eng dituduh dengan 2 pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM (Akta 694) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 24 Akta yang sama dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574). 

8. Lim Guan Eng sudah pening bertambah pening. YB Yeo Bee Yin yang berlagak pandai akhirnya jadi "senjata makan tuan'. Menjolok sarang tebuan akhirnya sendiri merana!.
 
 
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Pejabat MB Kedah Keluar Senarai Calon BN Kedah Untuk PRU 14?

 

PALSU/ FITNAH:

Tular di media sosial mendakwa bahawa Pejabat Menteri Besar Kedah telah mengeluarkan senarai nama calon parti BN Kedah untuk pilihanraya umum ke 14 nanti.

CERITA SEBENARNYA :

Pejabat Menteri Besar menafikan mengeluarkan sebarang senarai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, perkara itu dipercayai dilakukan oleh pihak tertentu yang tidak matang kerana sekadar mahu mencipta sensasi dan mewujudkan kekalutan dalam suasana politik negeri.



Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

SITI KASSIM MENDESAK BUKAN ISLAM PERLU MEMBIAK LEBIH BANYAK



Siti Kasim sebelum ini telah berucap di hadapan penganut-penganut Kristian dalam sebuah forum anjuran sebuah NGO Kristian mendesak orang-orang bukan Islam agar mereka membiak bagi menghasilkan lebih ramai lagi anak yang bukan islam untuk mengimbangi bilangan orang Islam di Malaysia. Ini akan membolehkan mereka bangkit berjuang bersama dengannya untuk menentang kesemua orang Islam yang menyokong usaha pemerkasaan kedudukan Mahkamah Syariah di dalam Negara.

Siti Kasim meluahkan kekesalannya itu di dalam sesi soal jawab forum ‘Hadi’s Syariah Bill, What Christians Should Know’ yang dianjurkan di Petaling Jaya sebelum ini.  “Menurut bancian, terdapat 68% orang Islam. Tolonglah membiak lebih ramai lagi orang bukan Melayu. Orang bukan Melayu harus berjuang bersama-sama dengan Melayu yang seperti saya. Kita ada ramai”.  Menurutnya, terdapat sebuah gerakan yang sedang bergerak aktif untuk mengislamkan negara ini dan mendapat sokongan daripada majoriti masyarakat Melayu.

Siti Kasim mendedahkan bahawa pengislaman negara ini mendatangkan kegusaran di kalangan segelintir Melayu yang liberal, namun mereka berasa takut untuk bersuara bagi menunjukkan penentangan. “Sebagai seorang Melayu, saya mahu orang bukan Melayu faham bahawa saya tahu ramai Melayu yang tidak bersetuju dengan saya. Amat sukar untuk kita ubah keadaan ini melainkan menerusi kerajaan baru, atau mengubah sukatan pelajaran agar tidak lagi menggunakan ‘Islam’ versi Arab Saudi.”

Siti Kasim mendedahkan kesediaannya untuk berhijrah ke luar negara sekiranya beliau gagal dalam perjuangannya ini untuk menentang hasrat majoriti masyarakat Muslim Malaysia yang memilih untuk menjadikan negara ini lebih bercirikan Islam.
“Pada suatu hari nanti jika saya lihat negara ini sudah tidak dapat dibantu lagi, saya akan berhijrah meninggalkan negara ini. Sekarang kita masih boleh lakukannya. Bersama-sama, orang bukan Melayu, dan Melayu seperti saya mampu untuk melawannya!”
  
Begitu sedih sekali melihat seorang umat yang hilang jati diri dan bersikap sombong pada Penciptanya, sehingga lupa diri, angkuh dn sombong dengan kehidupan yang diberi. Dunia hanya sementara selagi masih sempat melihat langit dan bumi..
 
 
 
 
 
 
Tulisan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 

KEDIAMAN baharu 1Razak Mansion, Kuala Lumpur lebih selesa dan kondusif.

 KEDIAMAN baharu  1Razak Mansion,  Kuala Lumpur lebih selesa dan


PM serah kunci PA 1Razak Mansion    
          

Salah seorang penduduk, Zainab Hashim, 65, berkata, dia berasa terharu dan gembira serta menyambut baik usaha tersebut demi kelangsungan hidup masyarakat yang lebih sempurna.
“Saban hari saya melihat pergerakan projek pembangunan itu dan akhirnya, ia terlaksana juga. Sudah pasti, bukan saya sahaja yang seronok dan tidak sabar untuk menetap di kawasan rumah moden itu, tetapi perkara ini dinanti semua penduduk,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.



JANJI DIKOTA

 Pada 22 April 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Projek Pembangunan Semula Perumahan Awam 1Razak Mansion yang akan memberi manfaat kepada 658 keluarga.  Serentak dengan itu juga beliau mengumumkan "durian runtuh" kepada penduduk melalui tiga insentif antaranya 557 keluarga sedia ada akan menerima rumah baharu secara percuma,

Penghuni-penghuni ini akan menukar unit lama dua bilik tidur, satu bilik mandi saiz 399 kaki persegi dengan unit baru tiga bilik tidur dan dua bilik mandi bersaiz 800 kaki persegi. Unit baru ini bernilai 4 kali ganda nilai unit lama.  Manakala 101 keluarga penyewa ditawar harga jualan RM42,000 berbanding harga pasaran RM250,000.
 
Selain itu, Perdana Menteri memberitahu duti setem pemilikan rumah baharu berjumlah RM4,000 diberi subsidi dan ditanggung sepenuhnya berserta pemberian wang imbuhan RM3,000 kepada 557 penghuni sedia ada.  "Perumahan ini dekat di hati saya kerana Allahyarham Tun Abdul Razak pernah menjejakkan kaki beliau di sini dan seterusnya merasmikan Kawasan Perumahan Awam Razak Mansion kira-kira 47 tahun yang lalu.
 
Projek pembangunan itu akan melibatkan keseluruhan 658 unit rumah, 23 kedai, 110 lot pasar berserta kemudahan seperti pejabat kecil; dewan orang ramai; surau; tadika; pejabat persatuan penduduk; dan pondok polis.

 
Janji ditepati.
 
 
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Majlis Peguam Kekalkan Hidangan Arak

 
 Usul menggesa melarang hidangan arak pada program-program Majlis Peguam ditolak oleh hampir semua ahli yang menghadiri mesyuarat agung tahunan, hari ini.  Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata, beliau dan ahli-ahli yang lain menentang usul yang dibawa oleh Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor.  “Saya berkata, Islam tidak melarang umat Islam daripada berkomunikasi bergaul, dan berbincang dengan orang bukan Islam. “Sebaliknya, Islam melarang perbuatan memaksa nilai-nilai Islam ke atas mereka yang beragama lain,” katanya seperti yang dilaporkan FMT.  “Atas dasar itu, minum arak dilarang kepada umat Islam, ia adalah haram kepada orang Islam tetapi ia tidak haram untuk bukan Islam. Bagi saya, usul itu tidak Islamik.”  Kata beliau, usul itu tidak sepatutnya dibawa untuk perbahasan. “Pun begitu, ia telah ditolak,” kata beliau selepas mesyuarat tahunan yang diadakan Hotel Renaissance di sini.

Difahamkan, usul itu ditolak dengan 588 undi menentang, sembilan memihak manakala 16 berkecuali daripada mengundi. Ketika laporan berita ini ditulis angka rasmi belum disahkan oleh Majlis Peguam.  Muhammad Rafique Rashid Ali, seorang peguam jenayah juga menentang usul itu.
Dengan memetik al-Quran, beliau juga menyifatkan tindakan membawa usul itu sebagai sesuatu yang tidak Islamik.  “Terdapat ayat-ayat dalam al-Quran yang bercakap tentang larangan pengambilan alkohol oleh umat Islam akan berkuat kuasa secara berperingkat.”  “Jadi membanteras alkohol dalam Islam, sejak zaman Nabi Muhammad, telah dilakukan secara berperingkat.  “Mengapa saya petik ini, adalah kerana bukan sahaja usul itu tidak Islamik, tetapi Islam memastikan anda (umat Islam) tidak boleh minum arak, tanpa menyatakan bahawa anda boleh menghentikan orang lain daripada berbuat demikian.” Kata beliau: “Usul itu mahu hidangan arak pada majlis Majlis Peguam dihentikan, yang mana ia tidak Islamik.”
 
Laporan awal minggu ini memetik Amir berkata, penggunaan alkohol dalam acara-acara anjuran Majlis Peguam menjadikan ahli-ahli yang beragama Islam tidak selesa.
Kata beliau, keanggotaan Majlis Peguam terdiri pelbagai kaum dan agama, malah pengambilan arak dilarang oleh hampir semua agama.
 
 
 
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 
 
 
 
 




Adakah Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim murtad

 

Kita dikejutkan dengan kenyataan melalui getaran Siti Kasim boleh menghasilkan Tuhan..?? Berucap di satu temubual online dengan media berbahasa cina bahawa beliau pernah terfikir tentang asalusul kewujudan Tuhan. Sekiranya Tuhan itu yang menciptakan segala-galanya di alam semesta ini, tentulah tuhan itu pun diciptakan oleh seseorang.  Menurutnya tiada seorangpun yang boleh memberikan jawapan yang memuaskankan hatinya..
Jika beliau tidak berpuas hati kenapa tidak ambil kesempatan bersemuka dengan Ustaz Zakir Naik.. Kenapa cuba menghalang beliau memberi ceramahnya di sini.?. Namun satu persatu beliau cuba menunjulkan diri dengan mempersendakan agama islam dan Tuhan yang di sembah. 

Baru-baru ini sekali lagi beliau memberi kenyataan "Saya ada Islam Versi Saya Sendiri", yang mana ianya boleh memperlihatkan dirinya seolah-olah betul apa yang diperkatakan dahulu, bahawa beliau telah murtad
 

Mengimbas Penafian Siti Kassim bahawa dirinya murtad telah memaksa orang ramai berfikir adakah benar dia sudah memeluk agama Kristian tanpa menukar identiti Melayu di dalam kad pengenalan sepertimana kes Lina Joy ?

Ketika Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan gereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, ‘The Herald’ dalam versi bahasa Malaysia, Siti Kassim muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam.’  “Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.  “Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini.  “Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia,” kata Siti Kassim.
Siti Kassim (bertanda bulat) atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim adalah anggota LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ‘Seksualiti Merdeka’ yang bernaung di bawah Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR).
Turut kelihatan bersamanya adalah salah seorang lagi aktivis LGBT (bertanda bulat), salah seorang daripada 5 aktivis LGBT yang pernah memohon semakan kehakiman pada tahun 2012 berkenaan larangan pihaknya mengadakan program tahunan Seksualiti Merdeka di negara ini.
Portal Malaysiakini, menamakan 5 aktivis itu adalah Pang Khee Teik, Angela Marianne Kuga Thas, S Thilaga Socky Pillai, Siti Zabedah Kasim dan Md Nor Ismat Selamat (juga dikenali sebagai Michelle Nor Ismat) yang diwakili oleh peguam Honey Tan Lay Ean yang juga merupakan jurucakap Comango.  Selain Honey Tan, bertanda bulat, duduk di barisan hadapan (lihat gambar di atas) sekurang-kurang tiga lagi aktivis LGBT (bertanda bulat) yang berada dalam Comango.

Anggota Comango
 
 
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat