Kita dikejutkan dengan kenyataan melalui getaran Siti Kasim boleh menghasilkan Tuhan..?? Berucap di satu temubual online dengan media berbahasa cina bahawa beliau pernah terfikir tentang asalusul kewujudan Tuhan. Sekiranya Tuhan itu yang menciptakan segala-galanya di alam semesta ini, tentulah tuhan itu pun diciptakan oleh seseorang. Menurutnya tiada seorangpun yang boleh memberikan jawapan yang memuaskankan hatinya..
Jika beliau tidak berpuas hati kenapa tidak ambil kesempatan bersemuka dengan Ustaz Zakir Naik.. Kenapa cuba menghalang beliau memberi ceramahnya di sini.?. Namun satu persatu beliau cuba menunjulkan diri dengan mempersendakan agama islam dan Tuhan yang di sembah.
Baru-baru ini sekali lagi beliau memberi kenyataan "Saya ada Islam Versi Saya Sendiri", yang mana ianya boleh memperlihatkan dirinya seolah-olah betul apa yang diperkatakan dahulu, bahawa beliau telah murtad
Mengimbas Penafian Siti Kassim bahawa dirinya murtad telah memaksa orang ramai berfikir adakah benar dia sudah memeluk agama Kristian tanpa menukar identiti Melayu di dalam kad pengenalan sepertimana kes Lina Joy ?
Ketika Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan gereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, ‘The Herald’ dalam versi bahasa Malaysia, Siti Kassim muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam.’ “Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim. “Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini. “Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia,” kata Siti Kassim.
Siti Kassim (bertanda bulat) atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim adalah anggota LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ‘Seksualiti Merdeka’ yang bernaung di bawah Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR).
Turut kelihatan bersamanya adalah salah seorang lagi aktivis LGBT (bertanda bulat), salah seorang daripada 5 aktivis LGBT yang pernah memohon semakan kehakiman pada tahun 2012 berkenaan larangan pihaknya mengadakan program tahunan Seksualiti Merdeka di negara ini.
Portal Malaysiakini, menamakan 5 aktivis itu adalah Pang Khee Teik, Angela Marianne Kuga Thas, S Thilaga Socky Pillai, Siti Zabedah Kasim dan Md Nor Ismat Selamat (juga dikenali sebagai Michelle Nor Ismat) yang diwakili oleh peguam Honey Tan Lay Ean yang juga merupakan jurucakap Comango. Selain Honey Tan, bertanda bulat, duduk di barisan hadapan (lihat gambar di atas) sekurang-kurang tiga lagi aktivis LGBT (bertanda bulat) yang berada dalam Comango.
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan