Isnin, 20 Mac 2017

SITI KASSIM MENDESAK BUKAN ISLAM PERLU MEMBIAK LEBIH BANYAK



Siti Kasim sebelum ini telah berucap di hadapan penganut-penganut Kristian dalam sebuah forum anjuran sebuah NGO Kristian mendesak orang-orang bukan Islam agar mereka membiak bagi menghasilkan lebih ramai lagi anak yang bukan islam untuk mengimbangi bilangan orang Islam di Malaysia. Ini akan membolehkan mereka bangkit berjuang bersama dengannya untuk menentang kesemua orang Islam yang menyokong usaha pemerkasaan kedudukan Mahkamah Syariah di dalam Negara.

Siti Kasim meluahkan kekesalannya itu di dalam sesi soal jawab forum ‘Hadi’s Syariah Bill, What Christians Should Know’ yang dianjurkan di Petaling Jaya sebelum ini.  “Menurut bancian, terdapat 68% orang Islam. Tolonglah membiak lebih ramai lagi orang bukan Melayu. Orang bukan Melayu harus berjuang bersama-sama dengan Melayu yang seperti saya. Kita ada ramai”.  Menurutnya, terdapat sebuah gerakan yang sedang bergerak aktif untuk mengislamkan negara ini dan mendapat sokongan daripada majoriti masyarakat Melayu.

Siti Kasim mendedahkan bahawa pengislaman negara ini mendatangkan kegusaran di kalangan segelintir Melayu yang liberal, namun mereka berasa takut untuk bersuara bagi menunjukkan penentangan. “Sebagai seorang Melayu, saya mahu orang bukan Melayu faham bahawa saya tahu ramai Melayu yang tidak bersetuju dengan saya. Amat sukar untuk kita ubah keadaan ini melainkan menerusi kerajaan baru, atau mengubah sukatan pelajaran agar tidak lagi menggunakan ‘Islam’ versi Arab Saudi.”

Siti Kasim mendedahkan kesediaannya untuk berhijrah ke luar negara sekiranya beliau gagal dalam perjuangannya ini untuk menentang hasrat majoriti masyarakat Muslim Malaysia yang memilih untuk menjadikan negara ini lebih bercirikan Islam.
“Pada suatu hari nanti jika saya lihat negara ini sudah tidak dapat dibantu lagi, saya akan berhijrah meninggalkan negara ini. Sekarang kita masih boleh lakukannya. Bersama-sama, orang bukan Melayu, dan Melayu seperti saya mampu untuk melawannya!”
  
Begitu sedih sekali melihat seorang umat yang hilang jati diri dan bersikap sombong pada Penciptanya, sehingga lupa diri, angkuh dn sombong dengan kehidupan yang diberi. Dunia hanya sementara selagi masih sempat melihat langit dan bumi..
 
 
 
 
 
 
Tulisan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan