KUALA LUMPUR – Dalam keadaan ramai pihak mengkritik Siti Kassim ekoran pandangannya yang dilihat bertentangan dengan agama Islam masih ada pihaknya yang bersimpati dengannya.
Hari ini, Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia menawarkan diri membantu peguam itu untuk mengenal Allah.
“Kami amat berbesar hati untuk menjemput Puan Siti Zabedah Kassim, secara peribadi untuk di tunjukan jalan untuk mengenal Allah. “Kami sangat berharap agar Puan Siti Zabedah Kassim dapat menghubungi kami di talian 03-2698 5768,” ujar entri media sosial pertubuhan berkenaan hari ini.
Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia juga menyertakan grafik ‘Kami Sayang Siti Kassim’.
Siti Kassim yang baru dilantik sebagai ahli Majlis Peguam itu sebelum ini mengkritik cadangan Rang Undang-Undang 355 dalam beberapa siri forum mengenai pindaaan kuasa mahkamah syariah itu.
Malah baru-baru ini, Siti Kassim mendakwa dirinya mengamalkan Islam versi dirinya sendiri dan tidak mengikut Islam seperti dianuti orang lain di Malaysia
Sudi ke Siti Kassim, menyahut panggilan Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia ini.. Apa pula yang bakal di ulas oleh Siti Kasim. Sama-sama kita tunggu reaksinya
https://youtu.be/O1KCfzpj4k0
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan