Impian untuk mengangkat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai calon Perdana Menteri akan ‘terkubur’ kerana ia bercanggah dengan prinsip demokrasi. Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata angan-angan disemat Pakatan Harapan jika berjaya menawan Putrajaya, berbeza dengan realiti masa kini.
Katanya, pertimbangan untuk memilih Perdana Menteri harus bersandarkan beberapa faktor, khususnya parti yang mempunyai pegangan jumlah kerusi terbesar dalam Dewan Rakyat.
“Impian itu (memilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai calon Perdana Menteri) berbeza dengan realiti kerana dalam politik, kita kena lihat kekuatan parti.
“Ahli Parlimen UMNO yang menyandang kerusi Pekan (Datuk Seri Najib Razak) menjadi Perdana Menteri kerana UMNO adalah parti terbesar (jumlah kerusi terbanyak) dalam Parlimen.
“Kalau kita tengok Pakatan Harapan sekarang, parti paling kuat ialah DAP, justeru bagaimana seseorang daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, termasuk Ahli Parlimen Pagoh mahu menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita, di Parlimen, hari ini.
Beliau mengulas senarai Kabinet bayangan Pakatan Harapan yang menjadi viral, baru-baru ini, dengan membariskan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Menurut lampiran berkenaan, ‘orang kanan’ Muhyiddin atau Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.
Barisan Menteri di Jabatan Perdana Menteri terdiri daripada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Rafizi Ramli, Salahuddin Ayub, Tony Pua dan Ramkarpal Singh.
Barisan Kabinet bayangan itu selaras pandangan Muhyiddin ketika berceramah di Kota Kiri, Padang Rengas, Sabtu lalu.
Abdul Rahman berkata, DAP yang memegang ‘suara’ besar dalam Pakatan Harapan akan mempengaruhi setiap keputusan mana-mana pemimpin yang dicalonkan menjadi Perdana Menteri.
“DAP mempunyai kuasa untuk menarik balik sokongan mereka jika Muhyiddin yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri tidak mengikut telunjuk parti berkenaan berhubung mana-mana dasar.
“Ini kekhuatiran kita kerana bila calon itu datang daripada parti kecil, waima ada nafsu besar untuk jadi perdana menteri pun akan dipengaruhi parti terbesar dalam Pakatan Harapan,” katanya.
Cacatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Tiada ulasan:
Catat Ulasan