Sabtu, 1 April 2017

Muncul Zurairi AR yang menyokong pelakuan homoseksual LGBT

Petaling Jaya: Penolong pengarang berita Malay Mail Online, Zurairi Abdul Rahman (A.R) menempelak masyarakat Melayu yang menolak perhubungan seks songsang sesama jantina sebagai bersifat ‘homophobia’ dan menolak fitrah semulajadi hidupan. Beliau yang lebih dikenali sebagai Zurairi A.R juga menolak akan kemungkinan berlakunya sebarang malapetaka mahupun kemusnahan yang disebabkan oleh pelakuan seks songsang tersebut.

Zurairi berkata, “Dunia sudah berubah. Generasi akan datang tidak lagi terikat dengan idea-idea lapuk yang masih dipegang oleh orang-orang tua yang mahu memaksa kepercayaan-kepercayaan mereka ke atas orang lain. Dan kita sebagai ibu bapa hendaklah mengambil cabaran ini untuk turut maju.”  Dengan tegas dan yakin Zurairi menolak kemungkinan akan berlaku malapetaka atau kemusnahan di negara ini sebagai balasan Tuhan ke atas perbuatan seks sumbang sesama jantina sepertimana yang berlaku pada kaum Nabi Lut yang tertulis di dalam kitab-kitab agama Samawi.

“Kerosakan yang bagaimana sebenarnya? Golongan LGBT sudah wujud buat jangka masa yang lama, dan kita masih belum pernah lagi melihat Malaysia dihancurkan oleh gempa yang berkadaran sama dengan yang berlaku di Sodom (kaum Nabi Lut). Elok sahaja jika kita salahkan golongan gay sebagai penyebab Tanah Melayu berulang kali dijajah oleh Belanda, Portugis, British dan Jepun. Kenapa berhenti sekadar itu? Mari kita dakwa bahawa dinosaur-dinosaur telah dihapuskan kerana dinosaur-dinosaur itu gay,” tegas beliau.

Beliau mengemukakan pandangan tersebut di dalam tulisannya yang berjudul ‘It is homophobia that is unnatural’ yang disiarkan di laman blognya yang bermaksud “homofobia itu yang sebenarnya di luar fitrah”.
“Pelakuan homoseks boleh dilihat secara universal di hampir kesemua spesis, namun ‘homophobia’ hanya terlihat di satu spesis sahaja – manusia. Kita hanyalah satu-satunya spesis yang mampu berfikir bahawa homoseksualiti adalah sesuatu yang bukan bersifat semulajadi, tetapi juga merupakan punca segala jenis kejahatan dan kemusnahan,” katanya.




Catatan
Aspirasi Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan