RAHSIA APA TU!!!!
Selain daripada mahir memanipulasi fakta, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pakar dalam mengubah fakta sejarah, bagi memastikan dirinya dipandang tanpa dosa. Bagi bekas Perdana Menteri itu, tidak mengapa jika kita mengubah sedikit sejarah atau berbohong demi cita-cita politik, kerana ia berkisarkan kepada tujuan berpolitik itu telah menghalalkan segala cara.
Baru-baru ini, boleh pula Mahathir membuat penafian bahawa krisis ekonomi yang berlaku di zaman sekarang bukan berpunca darinya dahulu. Malah, lebih menyakitkan telinga mendengar apabila Mahathir tidak mengaku sepanjang 22 tahun pemerintahannya dahulu, Beliau pernah membuatkan negara kita berada dalam krisis ekonomi yang teruk, masalah hutang negara yang tinggi dan lain-lain krisis lagi. Tapi dalam masa sama, Mahathir pula terlupa, bukan semua rakyat Malaysia boleh diperbodohkan dan dijadikan seperti badut oleh kenyataannya itu.
Rakyat Malaysia tidak akan pernah lupa akan sejarah bagaimana projek mega seperti Plaza Rakyat terbengkalai hingga pernah mendapat jolokan sebagai kolam paling besar di kotaraya Kuala Lumpur?
Bukan itu saja, projek berkenaan yang terbengkalai akibat krisis 1998 itu turut menjadi tempat pembiakan aedes terbesar di ibu negara, tidakkah Mahathir lupa? Yang penting rakyat tidak lupa.
Sehinggalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jugalah yang bertindak ‘mencuci najis’ yang ditinggalkan Mahathir ini dengan pelan pembangunan semula Plaza Rakyat yang dijadualkan bermula tahun 2017. Berdosakah Najib?
Selain itu, Mahathir juga membuatkan projek Bandar Wawasan turut terbiar begitu sahaja. Berapa juta wang rakyat telah dirugikan hangus? Sehinggalah Najib juga yang memulihkan kembali Bandar Wawasan itu yang kini tersergam indah sebagai Quill City Mall pada tahun 2012 lalu.
Masih berdosakah Najib? Mana lebih teruk? Ekonomi zaman Mahathir atau Najib?
Ada banyak lagi projek mega untuk rakyat yang Mahathir telah jadikan ia sebagai ‘besi buruk’ sepanjang pemerintahannya itu. Namun sehinggalah Najib mengambil alih tampuk pemerintahan, semuanya diperbaharui dan diperelokkan semula buat rakyat dapat mengecapi manfaatnya.
Catatan
Aspirasi Rakyat

Tiada ulasan:
Catat Ulasan