Jumaat, 4 September 2020

Analisa Keputusan PRK DUN Slim (siri 2)

 


Analisa Keputusan PRK DUN Slim

※ Sebanyak 8,327 undi yang diperolehi oleh Arwah DATO' KHUSAIRI TALIB (BN) pada PRU14 adalah hasil kerjasama 3 rakan parti komponen BN iaitu UMNO, MCA dan MIC.

※ Menurut kajian dari Ilham Centre, apabila keputusan PRK DUN Slim ini dibandingkan dengan keputusan PRU Ke-14, keputusan menunjukkan peningkatan sokongan pengundi Cina kepada BN sebanyak 50% dan undi kaum India meningkat 37%.

※ Pada PRK ini, kaum India telah menyumbangkan undi sebanyak 1,255 (61.49%). Peningkatan ini adalah 37%.

= 1,255 x 37%

= 464 Undi

Oleh itu, pada PRU14 undi kaum India ialah

= 1,255 - 464

= 791 undi

※ Manakala dapatan undi kaum cina di PRK ini meningkat 50% berbanding PRU14. 

= 1,111 x 50%

= 556 undi

Maka undi kaum Cina pada PRU14 adalah

= 1,111 - 556

= 555 undi

※ Dengan mengandaikan undi dari kaum Sabah, Sarawak, Orang Asal dan lain2 kaum pada PRU14 adalah 800 undi untuk BN. Maka, undi bangsa Melayu untuk BN pada PRU14 adalah

= 8,327 - (791 + 555 + 800)

= 8,327 - 2,146

= 6,181 undi

※ Pada PRK DUN Slim, calon PN/MN/BN memperolehi undi dari bangsa Melayu sebanyak 10,491 undi. Perbezaan undi Melayu pada PRK dan PRU14 adalah

= 10,491 - 6,181

= 4,310 undi

※ Manakala undi PAS pada PRU14 pula adalah 4,103 undi dan sudah semesti undi PAS ini datang dari bangsa Melayu beragama Islam. Perbezaan undi ini adalah

= (PRK) 4,310 - 4,103 (PRU14)

= 207 undi.

※ Kesimpulan, PAS seperti yang mereka janjikan telah menyumbang 100% undi kepada calon PN/MN/BN pada PRK DUN Slim ini dan PPBM menyumbangkan 207 undi Melayu kepada calon PN/MN/BN.

Fakta DUN Slim N.58 (BN)

Undi Cina 

1. PRU14 = 555 undi

2. PRK = 1,111 undi

Undi India

1. PRU14 = 791 undi

2. PRK = 1,255 undi

Undi Melayu 

1. PRU14 = 6,181 undi

2. PRK = 10,491 undi


Rujukan

1.

https://twitter.com/sprgovmy/status/1299694996673576962?s=20

2. Ilham Centre

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/08/726196/bn-raih-91-peratus-sokongan-pengundi-melayu

3. Janji Pesuruhjaya PAS Perak kepada PN/MN/BN

https://harakahdaily.net/index.php/2020/08/30/rakyat-hantar-ph-ke-penghujung-hayat/

4. DS Zahid minta komitmen PPBM

https://umno-online.my/2020/08/28/muafakat-nasional-mempunyai-makna-dan-signifikan-yang-tersendiri-di-slim-ahmad-zahid/


3hb September 2020

Oleh: Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan