Jumaat, 7 Ogos 2020

Satu analogi scenario PRU15 PPBM lawan parti baru Tun Mahathir

Setujukah kalau saya katakan: Tun Mahathir tubuhkan parti kerana dia nak lawan parti PPBM TSMY. Di mana saja PPBM TSMY bertanding, Tun Mahathir akan hantar calon untuk lawan PPBM. 

※ Contoh: sekiranya TSMY PM ke-8 bertanding di Pagoh, Tun akan hantar calon parti dia untuk lawan TSMY di Pagoh.

※ Analogi mudah: di Pagoh adalah pengundi2 yang memenangkan TSMY pada PRU14 yang lalu. 

※ Tun Mahathir yakin yang pendirian pengundi2 UMNO/BN di PRU15 tidak sama seperti PRU14, kerana pada asasnya ketika ini pengundi2 BN yang terdiri daripada ahli UMNO sangat anti-PPBM (mereka menganggap PPBM adalah pengkhianat UMNO).

※ Teori inilah yang dikejar oleh Tun dan parti barunya. Kerana calon yang akan menang bergantung kepada scenario hari ini..

※ Seandainya, TSMY kalah... bolehkah dia jadi PM?. PAS pula tidak kuat di Selatan tanah air. Melainkan TSMY bertanding di Kelantan.


Oleh: Pena MZR

8hb Ogos 2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan