Ahad, 16 Ogos 2020

Analisa "game" politik terkini (siri 1)

 

Menurut kajian dari EMIR Research kelolaan Dr Rais Hussein, sokongan pengundi kepada MN (UMNO + PAS) meningkat 14% kepada 52% dari garis dasar 38% (ukuran pada PRU14). Sentimen ini terus meningkat setiap hari.

Manakala sentimen sokongan kepada calon bebas didapati juga mengalami peningkatan kecil sebanyak 1% kepada 18% berdasarkan garis dasar pada PRU14 di mana menurut Dr Rais, kuasa ketiga (third force) mungkin menjadi relevan untuk PRU15.

Kajian ini berakhir pada 24hb Februari 2020 iaitu tarikh hari yang sama kerajaan PH tumbang. Dan dipublish pada Jun 2020.

EMIR Research juga mendapati, sokongan rakyat kepada PH di tahap 30% dan dijangka terus merosot kesan daripada kekerapan berlakunya skandal, penyelewengan kuasa dan sikap pemimpin2 PH itu sendiri.

Ini bermakna, parti bebas (Pujawang) yang Tun Mahathir tubuhkan diistilahkan sebagai "kuasa ketiga" akan menjadi pencabar utama pada PRU15. 

Tambahan pula, pendedahan terbaru "kes liwat" DSAI yang sedang diviralkan dan "kes pengampunan oleh YDPA ke atas DSAI dikatakan tidak sah" telah berada di mahkamah. Kes ini telah mengambil ruang untuk menekan emosi DSAI dan penyokong PKR. Ramai juga penganalisa politik meramalkan DSAI bakal ke penjara semula. PKR yang semakin kehilangan ahli mungkin tidak relevan lagi. Parti DAP dan PAN mungkin akan mencari induk baru iaitu parti PUJAWANG pimpinan Tun Mahathir.


Oleh: Pena MZR

16hb Ogos 2020


Tiada ulasan:

Catat Ulasan