Rabu, 15 Julai 2020
Fakta Ringkas di mahkamah oleh TS Shafee Abdullah: Siapa Nik Faisal Ariff Kamil bekas CEO SRC International?. (Siri 2)
Siapa Nik Faisal Ariff Kamil bekas CEO SRC International..?
※ Nik Faisal (CEO SRC) adalah individu yang diberi tanggungjawab terhadap hal2 kewangan dan pentadbiran di syarikat SRC International. Di dalam kes pemindahan wang RM42 juta dana SRC, beliau telah gunakan kuasa yang ada padanya dengan mengarahkan pemindahan wang berjumlah RM50 juta dari syarikat SRC dilakukan kepada Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd. Pemindahan wang tersebut dilakukan melalui 3 transaksi iaitu RM40 juta, RM5 juta dan RM5 juta antara 24hb Disember 2014 dan 6hb Februari 2015 (Datuk Suboh Md Yassin: S.H.1/7/2019).
https://www.sinarharian.com.my/article/35280/BERITA/Mahkamah/Nik-Faisal-arah-saya-tandatangan-surat-arahan-pemindahan-wang-Saksi
※ Apabila wang tersebut telah berada di dalam akaun syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB), tercatat di borang kiriman wang (remittance form), bahawa wang itu adalah untuk tujuan pembayaran program CSR.
※ Adalah sesuatu yang pelik bagi pandangan pihak IPSB apabila bayaran program CSR kali ini tidak seperti biasa kerana kebiasaan bayaran CSR mesti mengikut arahan Ung Su Ling Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M). Semakan di bank juga gagal mengenal pasti pemilik akaun tersebut kerana pihak bank tidak akan dedahkan nama pemilik akaun itu kepada pihak ketiga.
※ Namum, arahan dari pemberi dana (funder) kepada IPSB, Ung Su Ling dan Dennis See wang tersebut terpaksa dimasukkan ke akaun AmPrivate Banking-MY (no akaun 211202201880) tanpa mengetahui siapa pemiliknya. Pembayaran berjumlah RM27 juta dan RM5 juta dibuat pada 26hb Disember 2014 dan RM10 juta pada 9hb Februari 2015. Pihak IPSB menyedari akan hal dana RM42 juta pada 1hb Julai 2015 apabila cerita tersebut disiarkan dalam laman web Wall Street Journal.
https://www.sinarharian.com.my/article/28317/BERITA/Mahkamah/Saya-tidak-akan-buat-bayaran-RM42-juta-jika-tahu-itu-akaun-Najib
Oleh: Pena MZR
13hb Julai 2020
Tiada ulasan:
Catat Ulasan