◾️Tun Mahathir menggunakan "Trojan horse" untuk kekalkan kedudukannya sebagai PM ke-7. 'Trojan horse' beliau jugalah yang memecahkan PKR. Laporan terakhir, DS Azmin menyatakan beliau ada 20 MP tetapi rakan kerjasama (collaborator) kata ianya sekitar 15-16 MP.
◾️Ramai pemimpin politik tahu dan beranggapan Tun berada di dalam keadaan terdesak. Walau pun terdesak, beliau tak pernah tunjuk dan berlutut untuk minta tolong.
◾️DS Zahid Hamidi Presiden UMNO nampak situasi ini. Beliau sengaja panaskan suasana dengan menawarkan peluang bagi bekas MP2 UMNO yang lompat parti kembali ke pangkuan (crossover to return) UMNO. Namun begitu, ada di kalangan ahli UMNO (grassroots) yang tidak faham dan seterusnya tidak bersetuju dengan sikap Presiden UMNO itu.
◾️Tidak ramai yang sedar dan mengambil berat dengan kenyataan DS Zahid yang menyatakan UMNO ada 91 MP di tangan. Ramai penganalisa politik, ahli UMNO (grassroots) dan politikus tidak dapat membaca (interpretation) maksud DS Zahid berkenaan angka 91 MP.
◾️Mesyuarat pada 18hb November 2019 antara 18 MP UMNO dengan DS Azmin Ali, diterjemahkan oleh Tun Mahathir sebagai sekadar mampu melengkapkan sedikit bilangan MP, masih berguna tetapi hanya untuk bertahan dalam mood "Status Quo"
◾️Gerakan Tun Mahathir melalui H2O tidak akan melepasi 30 MP kecuali beliau sendiri berlutut dengan Presiden UMNO. Tetapi ianya tidak akan berlaku kerana ego serta kerasnya hati seorang yang bernama Tun Mahathir.
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2019/11/invoking-trojan-horse-in-pkr-but-in.html?m=1
30hb November 2019
Oleh: Pena MZR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan