Rabu, 9 Oktober 2019

PRN DI NEGERI PERAK SEMAKIN MENJADI KENYATAAN.

Sejak semalam tular sepucuk surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia (Negeri Perak) yang memberi kebenaran kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak untuk membuat lawatan awal ke sekolah-sekolah sebagai pusat mengundi dalam Negeri Perak.  Satu surat bertarikh 6 Oktober menjelaskan,  Kementerian Pendidikan membenarkan  SPR mengadakan lawatan itu bermula 1 September hingga 30 November ini.

Penularan surat itu di media sosial mengukuhkan lagi bahawa kemungkinan berlakunya pilihan raya negeri susulan kemelut politik yang berlaku di Perak.

Hubungan rapuh antara parti komponen Pakatan Harapan yang memerintah Perak melibatkan PKR, BERSATU dan DAP. Ini diburukkan lagi dengan krisis dalaman susulan kes rogol melibatkan exco Perak, Paul Yong yang kini dihadapkan ke mahkamah. Kemelut DAP Perak kini dilihat mula berpecah kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan diketuai Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dan satu kumpulan lagi diketuai oleh M Kula Segaran (Naib Pengerusi DAP Pusat).

Malah difahamkan, terdapat tiga ADUN DAP Perak dikatakan tidak sehaluan lagi dengan parti dan berkemungkinan akan lompat atau keluar parti menyebabkan kedudukan Pakatan Harapan di Perak goyah. Seperti yang diketahui, Pakatan Harapan membentuk kerajaan di Perak hanya disebabkan ‘ihsan’ dua ADUN Barisan Nasional keluar parti dan menyokong Datuk Seri Faizal Azumu yang kemudiannya menjadi Menteri Besar.

Pada PRU14 lalu, BN menang 27 kerusi manakala PH 28 kerusi dan PAS menang tiga kerusi. Namun dua ADUN BN keluar parti dan menyokong PH yang memiliki kelebihan 30 kerusi ADUN berbanding BN-UMNO 28 kerusi.

Sampai masanya Muafakat Nasional (MN) memastikan kemenangan di Dun Perak. Pastikan MN berjaya merampas kembali 40 kerusi Dun Perak dari PH.

Oleh :
Simah Mamat
Aktivis NGO


Tiada ulasan:

Catat Ulasan