Khamis, 8 Ogos 2019

Tutup Sahaja Sekolah-sekolah Vernakular


Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) mendakwa pengajaran khat di sekolah mungkin menyalahi Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.

Persatuan itu juga turut menggesa Kementerian Pendidikan menangguhkan pelaksanaan khat yang ditetapkan tahun depan sehingga semua kebimbangan yang dibangkitkan oleh pemegang taruh ditangani.


Mereka memainkan sentimen agama dalam isu khat dan jawi sekali gus mendedahkan betapa tebalnya perasaan benci mereka dan sentimen Islamophobia dalam diri mereka. Mereka cuba bermain api kononnya untuk keharmonian antara agama. Tetapi mereka bertindak sebaliknya. 
Ada baiknya tutup sahaja sekolah-sekolah vernakular dan sama-sama kita bangunkan sekolah aliran nasional bagi menjamin keharmonian negara.

Oleh;
Simah Mamat
Aktivis NGO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan