Mereka telah merancang dengan begitu teliti sekali. Sikap orang melayu yang paranoid menjadikan ianya lebih mudah untuk mereka memanipulasi minda orang melayu.. "Orang Melayu ni Paranoid. Kalau kita Ratifikasi ICERD. Hak-hak Istimewa Bumiputera masih terjamin. Nak batalkan Perkara 153 bukan saja perlu 2/3 majoriti, tetapi perlu kelulusan Raja-raja Melayu, jangan bimbang ia bertempatlah!"
Bagaimana orang melayu Singapura terpinggir..?? Ini jawapannya:
Perkara 152 (2) Perlembagaan Singapura juga menyebut tentang kedudukan istimewa Melayu sebagai kaum Pribumi (indegenous people) dan tanggungjawab kerajaan mereka dalam memelihara hak dan kepentingan kaum melayu dari sudut Bahasa, Pendidikan, Agama, Politik, Sosial dan Ekonomi.
Mereka jadikan Perlembagaan hanya tinggal pada nama sahaja maksudnya hanya di atas kertas. Apabila dasar kerajaan sedia ada akhirnya meminggirkan bangsa melayu. Sebagai contoh, selepas kemerdekaan daripada Malaysia tahun 1965. Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan Singapura telah menghentikan penggunaan nama melayu bagi jalan di negara tersebut. Malahan mereka mula menggantikan perkataan 'lorong' kepada 'aveneu' atau 'drive'.
Bermula dari tahun 1980an, nama-nama Cina pula digunakan, jadi dimana pemeliharan kedudukan Melayu dari segi bahasa? Perkara ini sama seperti yang sedang DAP cuba lakukan dimana mereka cuba membantah tulisan jawi dan nama jalan yang cuba ditukar.
Selepas tahun 1965. Singapura telah memperkenalkan kuota perumahan, Skim penempatan semula bandar dan mewujudkan sistem perwakilan undi (GRC).
Keadaan ini telah mencairkan kuasa politik melayu dan melemahkan parti-parti pembangkang pro Melayu seperti PKMS. Jadi dimana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi Politik?
Jangan lupa kaedah yang sama cuba diguna pakai oleh DAP bila mereka cuba mengujudkan kembali pilihan raya PBT.
Kuota kediaman etnik juga diperkenalkan pada tahun 1989 dengan syarat bahawa peratusan etnik melayu tidak boleh melebihi 20% daripada sebuah kawasan pilihanraya dan 22% daripada komposisi penduduk blok perumahan awam. Jadi dimana pemeliharaan kedudukan melayu dari segi Ekonomi sedangkan tumpuan perniagaan dan infrastruktur adalah kepada kawasan perumahan berpusat seperti ini?
Dari segi Pendidikan, kedudukan Melayu lebih parah. Sehingga 2005, tidak pernah ada seorang pun melayu menerima biasiswa Angkatan Tentera Singapura (SAFOS) 98% daripada penerima biasiswa luar negara SAFOS pula berbangsa Cina. Bermula tahun 1990. Kerajaan Singapura telah membatalkan dasar pendidikan percuma kepada kaum melayu tanpa syarat yg diwarisi dari zaman British. Kesannya, mana-mana keluarga melayu berpendapatan SGD 2000 sebulan perlu membayar yuran pengajian yang tinggi. Jadi dimana pemeliharaan terhadap kedudukan melayu dalam pendidikan?
Perkara ini juga sedang berlaku di Malaysia. Yuran di naikkan dan cubaan mengurangkan kuota serta campurtangan mereka di dalam system pendidikan negara
Seandainya Bangsaku jahil. Jahil itu adalah satu penyakit. Dan penyakit itu sudah tentu ada ubatnya. Belajar dan membaca adalah ubat kejahilan..Tetapi jangan ada penyakit Bodoh Sombong. Kelak anak cucu kita yang bakal menjadi pendatang di Tanah airnya sendiri.
*Melayu mudah lupa, akhirnya terjual di Negara sendiri.*
#SingaporeanSingapore
#MalaysianMalaysia
Oleh;
Tinta Biru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan