Selasa, 23 Julai 2019

NAJIS BURUNG MERPATI DI PASIR GUDANG TAK SAMA DENGAN DI BATU CAVES.??


Benarkah Tahi Burung Merpati menjadi penyebab berlakunya punca pencemaran udara di Pasir Gudang johor ??

Menurut Exco Kesihatan Johor... Pencemaran bau terhasil dari najis dan hama burung merpati di bahagian atas siling Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort mungkin menjadi antara faktor utama masalah gangguan kesihatan murid kata Exco Kesihatan, Mohd Khuzzan Abu Bakar...

https://ttkm.com.my/2019/07/23/tahi-burung-merpati-mungkin-punca-pencemaran-udara-exco-kesihatan-johor/amp/

Memandangkan punca pencemaran itu terhasil dari tahi burung merpati maka mari kita tinjau pula situasi yang mungkin akan terjadi jika perkara ini tidak dipandang serius.

Di Batu Caves juga sejak bertahun lamanya terdapat banyak burung merpati berterbangan. Dari bawah temple mahupun ke dalam gua, anda akan diceriakan dengan berbagai jenis burung merpati yang comel dan cantik.

Di Batu Caves juga sering diadakan upacara keagamaan kaum hindu setiap tahun dan belum pernah kita dengar ada pengunjung yang di serang sesak nafas disebabkn pencemaran udara.. Begitu juga orang Batu Caves, orang Gombak, pelancung yang datang dalam dan luar negara, tiada satu berita pun dipaparkan, ada mangsa yang sesak nafas atau gangguan kesihatan berpunca dari najis burung merpati..

Memang belum pernah atau admin terlepas pandang bab pencemaran udara berhubung kait dengan najis burung merpati..

Apa kata pakar..??


Dari
Simah Mamat
Aktivis NGO
24 Julai 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan