Lim Kit Siang naik hantu apabila Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, mengelar Kit Siang sebagai seorang diktator. Dia dan bukan sahaja anaknya Lim Guan Eng, bahkan anak beranak dan menantu semuanya diangkut masuk dalam DAP pegang jawatan penting. Atau lebih sesuai dipanggil Lim Sdn. Bhd
Penggal pilihan raya 2008 dan 2004 menyaksikan isteri Guan Eng, Betty Chew adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Melaka. Adik perempuan Guan Eng sendiri, Lim Hui Ying pula setiausaha DAP Pulau Pinang. DAP ini nama sahaja Parti Tindakan Demokratik dan dalam perlembagaan sahaja kata dia mengamalkan demokrasi. Tetapi tindak-tanduk pemimpin DAP khususnya Kit Siang dan Guan Eng jelas membuktikan DAP bukanlah sebuah parti yang menjunjung nilai-nilai demokrasi.
Misalnya dalam isu-isu yang mempunyai kepentingan negara seperti National Security Council Bill dan perjanjian perkongsian Trans-pasifik (TPP) sebelum ini, Kit Siang sendiri berdegar-degar meminta Ahli Parlimen BN menggunakan conscience vote (mengundi mengikut pertimbangan sendiri) kononnya bagi menghormati demokrasi. Tetapi mengapa pula dalam isu yang menyentuh kepentingan negeri, Guan Eng menyifatkan ADUN-ADUN PKR yang mengundi mengikut conscience vote sebagai mereka yang menikam dari belakang? Lantas dipecatkan dua ADUN PKR terbabit. Tidakkah ini double standard namanya?
Dan apabila Lim Kit Siang tidak berani menegur tingkah laku melampau anaknya sedangkan ia bertentangan dengan prinsipnya sendiri maka nyatalah Lim Kit Siang juga bukan pemimpin yang benar-benar berpegang kepada prinsip (berpegang kepada prinsip hanya bila prinsip ini menguntungkan DAP sahaja.
Parti-parti politik di negara ini cukup maklum tindak tanduk diktator Kit Siang. Kalau tidak dia, Guan Eng. Boleh `google' di internet kalau tak percaya. Kalau mahu perkuatkan lagi hujah ini, pemimpin-pemimpin DAP negeri pun sudah merasa `sepak terajang' Kit Siang.
Pemimpin DAP Johor, Kedah, Sabah, Selangor dan Melaka cukup maklum `penangan' Dinasti Lim. Di Johor, boleh tanya Dr. Boo Cheng Hau dan Norman Fernandez akan `sepak terajang' dari `dinasti' itu. Di Kedah, jumpalah dengan Lee Guan Aik. Bekas ADUN DAP Teratai di Selangor, Jenice Lee tentu ada banyak rahsia untuk dikongsi dengan penentang anak beranak Lim. Dr. Hiew King Cheu di Sabah pula bagaimana?
Kesemua mereka kini berada di luar DAP - sama ada letak jawatan atau dipecat. Bulan lalu, Melaka juga digemparkan dengan tindakan empat orang kuat DAP keluar parti. Kalau ditanya kepada mereka di lima negeri berkenaan, jawapan atau punca kenapa keluar DAP ada persamaannya - berkisar tidak puas hati dengan amalan kronisme, tidak demokratik dan diktator kepimpinan DAP Pusat. Dan baru-baru ini DAP sekali lagi dikejutkan 182 org ahli di Melaka bertindah keluar parti.
DAP memang berada dalam genggaman erat anak beranak Lim. Jadi, tidak perlu Kit Siang hujahkan kepada Annuar dia bukan diktator. Kit Sianglah diktator nombor satu Malaysia. Bila baton berganti, semua pasti maklum siapa lagi kalau bukan Guan Eng.
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan