PENGERUSI Parti PPBM (Parti Bunga Raya) Tun Madey akhirnya  mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP. Dengan rasminya PAS menganggap terputus hubungan dengan parti berkenaan.  PAS telah memaklumkan tidak akan menyertai Pakatan Harapan. Semalam parti Bunga mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bakal mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP.
 
Namun begitu, Mahathir berharap dapat mengubah beberapa aspek termasuk nama pakatan itu serta logo. Pelik bukan, sebenarnya siapa yang menyertai siapa? Pakatan Harapan mohon sertai parti Bunga atau parti Bunga yang mahu menyertai Pakatan Harapan yang diketuai DAP. Lontaran untuk segera mengubah LOGO Pakatan di sambut oleh Lim Kit Siang, bahawa DAP tidak sekali-kali menukar logo Roketnya seperti yg di minta oleh Tun Madey. Ini dikhuatiri DAP akan kehilangn sokongan jika logo Roketnya ditukar.

Apabila Mahahir mendakwa pemimpin Pakatan Harapan sudah mengetahui niat parti Bunga mahu menyertai gabungan berkenaan adakah ini bermakna mereka bersedia untuk menukar nama serta logo? Sikap “bossy” Mahathir tidak pernah berubah dari dahulu hingga lah sekarang. Beliau seolah-olah lupa bahawa Pakatan Harapan ini “milik” DAP.
Keputusan PAS yang tidak mahu mengadakan sebarang perbincangan untuk bersama-sama menghadapi pilihan raya diadakan di antara parti berkenaan dengan parti Bunga dianggap amat tepat pada masanya.

Kini PAS sudah membentuk pakatan dengan beberapa pihak bagi mewujudkan “blok ketiga” yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera. Gerakan itu akan dilancar secara rasmi pada muktamar PAS yang bakal diadakan di Alor Setar, Kedah, hujung April ini.
Nampaknya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru hampir di kebanyakan tempat. Lim Kit Siang dilihat bakal gigit jari lagi untuk memerintah Malaysia.
Beberapa hari yang lepas DAP dikejutkan berita 182 orang ahlinya di Melaka bertindak keluar parti.  Ini menunjukkan DAP kini mengalami krisis dalaman yang semakin meruncing. Begitu juga dengan PPBM Kedah dimana ahli akar umbinya pun bertindak keluar parti kerana rasa terpinggir dan tidak dihargai.

Adakah PRU14 bakal menyaksikan tsunami masyarakat Cina berakhir dengan aman setelah menyedari mereka tidak akan mempunyai peluang untuk merampas pentadbiran Malaysia dari tangan Barisan Nasional? setelah kita terus dipertontonkan dengan adengan keluar parti DAP dan PPBM maka dengan rasminya Pakatan Harapan akan “dibungkus” dalam pilihan raya akan dating


Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat