Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr. Cheah Soon Hai berkata, parti itu akan menyebarkan pelbagai dakwaan palsu semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga memburukkan nama negara.
Menurutnya, antara fitnah yang disebarkan adalah lebih 40,000 rakyat Bangladesh dibawa masuk sebagai pengundi hantu dan berlaku gangguan bekalan elektrik ketika kiraan undi di Bentong, Pahang pada PRU yang lepas. 
Mereka juga sering menyebarkan berita yang tidak tepat atau separuh betul hanya semata-mata nak naikkan kemarahan rakyat sehingga membenci BN. Kita boleh lihat dakwaan mereka itu seperti yang didakwa oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang Malaysia akan bankrap tapi saya dengar isu ini sejak 40 tahun lalu sedangkan Malaysia semakin maju," katanya ketika berucap pada Ceramah Rakyat, Negaraku Generasiku di Padang Awam Taman Kucai di sini malam ini.-

Kini mereka memainkan isu Akta RUU355 dengan mendesak pemimpin parti komponen BN meletakkan jawatan jika akta tersebut dibahaskan. Ini adalah semata-mata untuk meraih simpati dan sokongan dari kaum cina. Nasibnya tidak menentu kerana masalahnya bertimpa-timpa apabila anaknya Lim Guan Eng yang bakal dibicarakan atas kes rasuah dan berkemungkinan bakal dipenjarakan... Ini semua menambahkan lagi tekanan dan melihatkan yang Parti DAP semakin lemah.


Tulisan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat