Jumaat, 4 Oktober 2019

Analisa keputusan PRU14 Tanjung Piai - Siri 3

Analisa keputusan PRU14 Tanjung Piai

Objektif
1. Menentukan jumlah sokongan pengundi2 berbilang kaum di Tanjung Piai kepada BN, PAS dan PH

Data dianalisa dengan merujuk juga rumusan keputusan PRU14 dan lain2 faktor yang berkaitan terutama rekod calon BN Tanjung Piai.
1. Peratusan undi kaum2 utama di Malaysia seperti Melayu, Cina, India dan Lain2 kaum
i. Bangsa Melayu didapati mengundi BN 40%, PAS 32% dan PH 28%
ii. Kaum Cina mengundi BN 2.47% dan PH 97.53%
iii. Kaum India mengundi BN 30% dan PH 70%
iv. Lain2 Kaum mengundi BN 50% dan PH 50%
2. Kerusi Parlimen Tanjung Piai merupakan kerusi MCA BN Datuk Wee Jeck Seng yang diwarisi dari DS Ong Ka Ting. Secara tradisi, mana2 MP akan membina hardcore voters sebelum bersara. Walau pun sokongan pengundi Tanjung Piai kepada BN MCA merosot dari PRU11 hingga PRU14, sekurang2nya MCA masih lagi memiliki 15% sokongan pengundi kaum Cina. Sebagai rumusan, BN MCA masih mempunyai 17.46% sokongan dari pengundi2 Cina.
3. Undi Bangsa Melayu terpecah kepada 3 parti antara PAS, BN dan PH. Di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia, undi PAS adalah hanya sumbangan Bangsa Melayu sahaja. Oleh itu, Pengiraan Perjumlahan undi mengikut kaum akan dimulakan dengan menjumlahkan undi kaum Cina, India dan Lain2 kaum terlebih dulu.

Perjumlahan undi mengikut kaum yang mengundi BN dan PH di Tanjung Piai
1. Kaum Cina
i. Undi BN/MCA
Jumlah undi kaum Cina yang sah untuk perjumlahan undi ialah 18,767 dengan sokongan 14.7%
= 18,767 x 17.47%
= 3,279 undi
ii. Undi PH
Sokongan undi kaum cina kepada PH 82.53%
= 18,767 x 82.53%
=  15,488 undi

2. Kaum India
i. Undi BN
Sokongan undi kaum India kepada BN 30%
= 454 x 30%
=  136 undi
ii. Undi PH
Sokongan undi kaum India kepada PH 70%
= 454 x 70%
=  318 undi

3. Lain2 kaum
i. Undi BN
Sokongan undi Lain2 kaum kepada BN 50%
= 291 x 50%
=  145 undi
ii. Undi PH
Sokongan undi Lain2  kepada PH 50%
= 291 x 50%
=  146 undi

4. Perjumlahan undi untuk kaum Cina, India dan Lain2 kaum yang mengundi BN dan PH
i. Undi
= 3,279 + 136 + 145
=  3,560 undi
ii. Undi PH
= 15,488 + 318 + 146
=   15,952 undi

5. Undi Bangsa Melayu untuk BN dan PH
i. PAS seperti yang sedia maklum telah mendapat 2,962 undi dari 100% orang Melayu
ii. Undi PH 
= jumlah keseluruhan undi PH - jumlah undi PH yang diperolehi dari undi 3 kaum Cina, India dan Lain2 kaum
= 21,255 - 15,952
= 5,403 undi
% undi Bangsa Melayu untuk PH
= (5,403/25,600) x 100
= 21.1%
iii. Undi BN
= jumlah keseluruhan Melayu yang diterima SPR - undi PAS - undi Melayu untuk PH 
= 25,600  - 2,962  - 5,403
= 17,235 undi
% undi Bangsa Melayu untuk BN
= (17,235/25,600) x 100
= 67.32%

6. Jumlah undi mengikut pecahan kaum yang diperolehi BN dan PH seperti berikut,
i. BN
Melayu = 17,235 undi
Cina = 3,279 undi
India = 136 undi
Lain2 kaum = 145
ii. PH
Melayu = 5,403 undi
Cina = 15,488 undi
India = 318 undi
Lain2 kaum = 146 undi

(20,731/20,795) x 100%
= 99.6%
Data ini dianalisa dengan ketepatan 99.6%

Oleh :
Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan