Isnin, 22 Julai 2019

YaPEIM TERIMA SIJIL BERSIH AUDIT NEGARA 2018

Kejayaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) meraih Sijil Bersih 2018 Jabatan Audit Negara membuktikan beberapa perkara.

1. Pengurusan lama YaPEIM di bawah kerajaan Barisan Nasional terbukti cemerlang dalam pengurusan YaPEIM.

2. Segala tohmahan, tuduhan serta propaganda jijik dan kotor pihak-pihak tertentu yang mencalarkan imej YAPEIM terbukti meleset, berbaur hanyir serta datang dari jiwa yang keji.

3. Usaha pihak-pihak tertentu yang menghabiskan ratusan ribu ringgit wang rakyat dengan menggunakan khidmat firma perakaunan antarabangsa Pricewaterhouse Coopers juga boleh dianggap sebagai usaha terdesak dan politik jijik balas dendam.

Bukan setakat itu sahaja, golongan tersebut juga terdesak menubuhkan Special Taskforce Internal Auditor (STIA) dalam kalangan pegawai yang mempunyai pelbagai masalah disiplin.

4. Perlantikan syarikat kroni mereka yang dikenali sebagai Viper Force Sdn. Bhd juga satu lagi pembaziran ratusan ribu wang rakyat yang dimiliki YaPEIM.

Kesemuanya dilihat bertujuan membongkar pelbagai salahlaku dan penyelewengan yang selama ini mereka gembar-gemburkan.

Ternyata, pihak Lembaga Pemegang Amanah (LPA) kini tersangat rakus, boros dan  ghairah menghabiskan wang rakyat yang terkumpul di YaPEIM oleh kerajaan terdahulu.

Ramai di kalangan  kakitangan YaPEIM sendiri bimbang pihak LPA dan pengurusan tidak mematuhi pelbagai Standard Operational Procedure (SOP) dalam melunaskan dendam mereka pada kepimpinan terdahulu.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) perlu peka, cakna serta tegas mendepani isu-isu sebegini.

5. Bagi Tahun Kewangan 2019, umat Islam berhak berasa ragu dan bimbang sekiranya YaPEIM bakal menerima nasib sebagaimana Tabung Haji.

Moga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr. Mujahid Yusuf serta Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YaPEIM, Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar mampu mengekalkan rekod kecemerlangan YAPEIM dan kerajaan terdahulu.

Bukankah selama ini mereka cemerlang dalam propaganda fitnah dan hasutan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan